24 Jul 2012

Masa Depan Asrul Terjejas, Buta Sebelah Mata Terkena Kanister Gas Pemedih Mata

Kuala Lumpur: Seorang anggota Unit Amal memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa mata kanannya kemungkinan besar mengalami kecacatan kekal akibat terkena kelongsong gas pemedih mata pada perhimpunan Bersih, 28 April lalu.

Asrul Hadi Ahmad, 26 berkata, beliau menerima rawatan di lima hospital, dua hospital kerajaan dan tiga hospital swasta.

"Doktor bagitahu penglihatan saya ada masalah dan pakar telah memberitahu mata saya sukar untuk pulih atau cynical blind," kata beliau pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini.

Asrul yang berasal dari Pulau Pinang menerima sembilan jahitan di mata dan dua jahitan di hidung dan masih menerima rawatan susulan sehingga hari ini.

Ketika kejadian, beliau berada di kawasan Masjid Jamek untuk menyertai perhimpunan Bersih 'Duduk Bantah'.

Ketika mencari ayahnya yang terpisah selepas gas pemedih mata dilepaskan, satu kelongsong gas yang dilepaskan mengenai tepat mata kanannya.

Beliau pengsan dan dirawat orang sekeliling sebelum dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur.

Menurut Asrul juga, masa depannya turut terjejas akibat kecacatan tersebut.

"Sepatutnya saya lapor diri di sebuah syarikat selepas 28 April tapi akibat mata saya yang macam ni, saya tidak diterima bekerja.

"Saya pun ada pergi temuduga di tempat lain tapi syarikat kata sukar nak ambil saya kerja sebab mata itu sangat penting. Susah kalau saya hanya dapat melihat sebelah mata sahaja," kata beliau yang berkelulusan jurutera mekanikal dari universiti tempatan.

Asrul memberi keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. -HD

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tutup mata sebelah ni yang BN dan UMNO kata JI

Tanpa Nama berkata...

sebab ni orang muda di Malaysia tak suka UMNO, orang muda dilabel sebagai musuh

Tanpa Nama berkata...

apa tindakan PR? sy juga turun duduk bantah dlm keadaan baru pulih dr kecederaan kemalangan jalanraya, dlm situasi kucar kacir ditempat yg berisiko, pendemo harus bijak menjangkakan keadaan supaya bertindak sblm berlaku kecederaan serius. amat malang..masih muda, dgn kecacatan trsebut beliau susah diterima untk bekerja.

Tanpa Nama berkata...

Saya amat simpati dengan nasib orang muda ini dan UMNO harus bertangungjawab dan membayar pampasan kepada orang muda setelah kejayaan kes Bersih di mahkamah Tinggi baru - baru ini.

Tanpa Nama berkata...

Anak-anak muda benci BN-UMNO.