11 Jul 2012

Finaz Yunus Akhirnya Mohon Maaf Kepada Abby Abadi

Finaz yunus yang mana namanya terkenal satu malam gara2 membuat posting menfitnah abby abadi, rujuk sini akhirnya tunduk dengan tekanan apabila membuat permohonan maaf secara terbuka di facebook. Mungkin kerana nama station tv Alhijrah turut terheret dalam kontroversi ini agaknya.

Apa pun samada dia ikhlas ataupun tidak usahlah kita pertikaikan lagi. Apa yang penting selepas neh dia akan lebih berhati2 sebelum mengeluarkan sebarang status di fanpage nya kelak.

Permohonan maaf finaz kat bawah neh ;


Sejurus selepas finaz yunus membuat permohonan maaf secara terbuka, fanpage yang dibuka untuk mendesak finaz membuat permohonan maaf telah pun ditutup. Jadi sekarang dah takde isu.

Dalam pada itu ada terbaca di blog rujuk sini, mengenai pandangan ustaz saiful islam terhadap isu finaz - abby abadi. Taktau kat mana dorang petik kenyataan tersebut. Mungkin di wall ustaz. Dah google tak jumpa pula. Harap2 betul lah. Kalau tak betul mohon betulkan ye.

Lihat bawah neh ;

Ini pandangan Ustaz Saiful Islam (Hasrizal Abdul Jamil)

Isu celaan Finaz Yunus terhadap Abby Abadi amat menyedihkan. Saya hanya melihat dari jauh dan tidak berhajat untuk membuat sebarang komen kerana asalnya seperti tiada keperluan. Tetapi saya kaget melihat reaksi melampau mereka yang tidak berpuas hati dengan Finaz Yunus menjalankan kempen memboikot TV Al-Hijrah.

Finaz Yunus terikat dengan TV Al-Hijrah dengan satu ikatan kerja antara majikan dengan pekerja. Tetapi TV Al-Hijrah lebih besar dan penting berbanding mulut Finaz Yunus. Malah maruah Abby Abadi pun boleh tercalar, dan tidak terkejut kalau disimpulkan oleh pihak ramai bahawa ia adalah ketaksuban orang PAS apabila Abby Abadi dihina.

1. Finaz Yunus patut meminta maaf secara terbuka seperti celaan terbukanya terhadap Abby Abadi.

2. TV Al-Hijrah mesti melindungi pekerjanya, tetapi melindungi Islam dan kepentingan ramai mesti lebih diutamakan.

3. Abby Abadi teruskan perjuangan dan kuatkan semangat. Jangan pedulikan Finaz Yunus.

4. Kita-kita semua ini, bertaqwalah kepada Allah

Sabda Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam: “Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]


-ehgosip

9 ulasan:

Rojak berkata...

Manusia beerjuang atas jalan agama di hina, manakala mereka yg berjuang dengan kemungkaran dipuja-puja.

Tanpa Nama berkata...

Tak tahu perkara ini. Tapi pasal dah tahu, saya boikot...Finaz Yunus...sekurang2nya tak akan tengok dia di kaca TV..

Tanpa Nama berkata...

nak dpt ilmu agama skrg berlambak2, pi le majlis2 ilmu berhadapan dgn tok guru, klu ade masaalah bole tanya terus samade berdua2an atau berhadapan, tak yah le tngok TV Hijrah yg akhir ni mcm bnyak laro.

Setakat ni ustaz Don aje le yg bole harap. Nak tngok Deen Show, Imam Suhaib dll, click aje tenet.

Ade ke patut, saranan baik2 spr prog ttg Rasulaullah dll (terbitan negara Arab) disiarkan waktu org sibuk nak solat jemaah.

Hantu ke yg nak tngok?

Unknown berkata...

Boikot tv alhijrah...

sEtuLusQasiHku^_^ berkata...

jangan lah boikot terus...
bg sy itu sudah terlalu kejam...
kita sedia maklum tv alhijrah tetap bawak jakim dan jakim bawah jpm dan jpm bawah goment...
berita mereka mmg tak lari mcm berita dr tv-tv yg lain jugak...
sy mmg tak tengok langsung berita hatta dr tv alhijrah sekalipun...sebab sume serupa...
tp tv alhijrah still stesen tv terbaik setakat ni...
sekurangnya,tv yg ada dirumah kita tu masih ada manfaat dia dengan menonton rancangan2 yg ada pd tv al-hijrah...

Tanpa Nama berkata...

ala..klau ulama'2 kt malaysia pon ade 'geng pas' & 'geng fatul bari', mmg x plik klau artis2 'islamik' pon terbahagi kepada 2. cumenye aku masih menggaru2 kepale knape mostly perempuan kt malaysia pikir: pakai tudung=tutup aurat smpurna...mmg btol perkataan yg berbunyi 'lebih baik dri x bertudung', tpi sampai bile mereka nk berpakaian cam harom neh???

Tanpa Nama berkata...

poyo je minah finaz yunus nie, muka cantik tak pe juga... nak cari publisiti murahan sebab orang pakai tudung sekerat2 tak cukup sifat nie tak ramai peminat... salam perjuangan buat Abby... semoga terus sabar

Tanpa Nama berkata...

Cara dia meminta maaf memang nampak sangat tak ikhlas... makin meluat dengan perangai dia... moga cepat dia pergi dari tv al-Hijrah

Tanpa Nama berkata...

ramai yg dh terkena dgn FY ni... yang terkena memang sakit... kak abby org yg kebrapa tah. minah ni sanggup buat apa saja untuk dia nampak hebat walaupun dia terpaksa gugat rezeki org. bab mengumpat2 memang dia nombor 1.aku dapat tahu ni dari kawan2 media prima... kisah dia belagak diva sangatlah panjang. itu terpulang pada dia. urusan dia dengan ALLAH. tapi jgn teOVER dik!! takut tersungkur terus.