31 Mei 2012

[Video] Naib Ketua Umno Hulu Selangor Keluar Parti

Naib Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor Yusri Ishak mengisytiharkan keluar Umno serta merta dengan rela hati tanpa ada desakan mana-mana pihak.

Ekoran tindakannya itu, menyebabkan ramai pengikutnya bertindak mahu mengikut jejak langkah beliau.

Mereka bertepuk tangan sambil menjerit 'semua ikut' sebaik sahaja ditanya sama ada kehadiran mereka sebagai tanda sokongan atau turut sama keluar parti.

Dalam sidang media sebagaimana dipetik dalam satu video, Yusri berkata keputusannya itu mungkin memeranjatkan politik di Hulu Selangor.

"Keputusan ini adalah kehendak saya dan tiada paksaan mana-mana pihak.

"Saya Yusri Ishak, nombor ahli 0062549 dengan ini isytihar akan tinggalkan parti Umno berkuat kuasa serta merta," katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Cawangan tidak akan menyertai mana-mana parti selepas pengundurannya itu kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan dan keluarganya.


Bagaimanapun, beliau tidak menolak akan timbul persepsi negatif sesetengah pihak ekoran tindakannya itu memandangkan pilihan raya umum akan berlaku tidak lama lagi.

"Saya harap pucuk pimpinan bahagian pusat menghormati keputusan saya ini.

"Mungkin sudah sampai waktunya. Saya rasa waktu saya bersama Umno hanya setakat ini. Ini sudah ditakdirkan Allah SWT," katanya yang enggan menceritakan lanjut sebab pengundurannya itu.

Dalam pada itu, Yusri menafikan beliau mempengaruhi keputusan pengikutnya turut mahu keluar Umno.

"Saya tidak mengajak mereka untuk keluar Umno sama-sama, kalau mereka nak kerluar bukan kehendak saya. Saya tidak pengaruhi mereka.

"Mungkin sokongan selama ini, saya sudah bersama-sama mereka sejak 12 tahun lalu, ini mungin balasan mereka pada saya," katanya. -HD





5 ulasan:

Unknown berkata...

lepas ni akan keluar video baru ttg mamat ni macam mat kampar ari tu jugak ke? iduuup umno,idup umno... kahkahkah.

Tanpa Nama berkata...

Saya penduduk Sungai Buaya ,Hulu Selangor merasakan sebagaimana saudara lakukan tidak akan menyokong BN kerana kekecewaan 17 tahun pampasan penjualan tanah kebun masih belum di selesaikan.

Tanpa Nama berkata...

puak puak UMNO yang buat kecoh dalam parti UMNO hanyalah untuk ambil peratian NAJIB dan sekutunya untuk dapat duit/ WANG segera secara percuma, bila poket penuh makan sorang saja ahli UMNO yang bodoh macam pak turut kena tipu oleh pemimpin UMNO mereka.

PADAN MUKA Pada ahli UMNO yang bodoh telah diperbodohkan oleh pepimpin UMNO.
.Orang atas UMNO kayaraya , orang bawah UMNO papa kedana.

dulu aku ahli umno, sekarang aku keluar UMNO kerana diperbodohkan siang dan malam oleh pemimpin UMNO.

bekas ahli umno.

Martoiriat berkata...

Salam GB
Untuk dapatkan political milleage terus membuat kenyataan ahkbar untuk keluar parti. Mungkin setelah gagal dalam projek dan tender maka merajuk dan bukan keluar parti kerana berlandaskan prinsip dan kebenaran untuk membela rakyat. Segalanya dongeng yang tidak berpijak di bumi nyata tanpa mengentahui kenapa dan mengapa beliau keluar parti. Jika dilihat dari dulu sehingga kini dan selamanya yang menyertai politik dalam UMNO bukan berlandas perjuangan untuk membela rakyat tapi untuk mencari hala tuju politik pulus dan material.

waksab berkata...

Inilah lakonan dunia..jangan kita terpedaya dgn tipu helah mereka..Bersorak sorai meraikan tapi akhirnya hanya fitnah yang melanda..Jadikan Adun Kmapar dan lain2 katak yang melompat itu sebagai iktibar..Sesungguhnya segala perbuatan manusia itu ada hikmahNya yang disembunyikan oleh Allah agar manusia yang beriman dan berakal menngambil iktibar..