24 Mei 2012

Peserta BERSIH, Asrul Wadi Mungkin Buta Sebelah Mata Akibat Terkena Kanister Gas Pemedih

Salah seorang peserta yang cedera serius terkena kanister gas pemedih mata sewaktu berlaku kekecohan ketika perhimpunan BERSIH 3.0, tampil hari ini untuk mencerita apa yang telah menimpa dirinya.

Asrul Wadi Ahmad (gambar), 29, dari Kepala Batas, telah diperiksa oleh empat orang doktor dan mungkin didiagnosis buta mata kanannya jika keadaan tidak bertambah baik dalam tempoh enam bulan.

Asrul berkata dia terkena kanister gas pemedih mata tepat di mukanya pada kira-kira jam 3.15 petang di sekitar Masjid Jamek, ketika dia menyertai bantahan BERSIH pada 28 April.

Katanya, dia hilang penglihatan di mata kanannya, dan setiap kali dia melihat, terdapat tompok hitam di dalam pandangannya.

Para doktor memberitahunya bahawa kesan pada matanya disebabkan oleh satu objek yang mengenainya pada kelajuan yang tinggi.


Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang, Asrul berkata keadaan adalah tenang ketika dia berada di sekitar Masjid Jamek, tetapi ia tiba-tiba bertukar menjadi kacau-bilau apabila gas pemedih mata ditembak ke arah orang ramai. -mk



Ulasan GB

GB sokong dengan beberapa komentar agar ditubuhkan satu tabung kebajikan untuk Asrul Wadi bagi membantu beliau endapat rawatan memulih kesihatan mata beliau.

J/K Bersih atau mana-mana pihak boleh tampil untuk mewujudkan tabung berkenaan sesegera mungkin untuk membantu pejuang muda ini.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga asrul peroleh penglihatan semula...amin

Tanpa Nama berkata...

Menurut KPN ia tidak membahayakan sebab dia atau sudara maranya tak kena.

RAZAN HOMESTAY berkata...

tembak plak kat mata rosmah...

walkstar berkata...

harap mangsa berbincang dengan para peguam pas/pakatan untuk menyaman kerajaan malaysia,menteri dalam negeri dan polis diraja malaysia bagi menuntut gantirugi untuk kecacatan kekal dan yang difikirkan perlu.Semoga asrul tabah dan mampu melihat semula,insyaAllah.

Sinner berkata...

Stuju ditubuhkan tabung sumbangan, at least dpt mengurangkan beban kos rawatan.

Moga regim yg bertanggungjawab terhadapan kezaliman ni akan mendapat balasan yg setimpal..

Tanpa Nama berkata...

sokong cadangan GB supaya ada pehak adakan tabung kutipan derma sesiapa yg ingin menyumbang supaya dapat meringankan beban yg ditanggung oleh wira muda ini dapat memberi sumbangannya.

Ulama Pewaris Nabi berkata...

Doa kami agar sdr Asrul Wadi akan sembuh atas izin Allah yg pemurah lagi penyayang.
Jangan lupa:
Bekas KPN yg jadi pengerusi Siasatan Bersih terbukti jahat semasa jadi Ketua Polis Negara kerana menumbuk DSAI (Dato Seri Anwar) hingga lebam.Lepas tu beliau(Dato Rahim Noor )KPN masa tu tiada pengakuan masa itu hingga Tun Mahathir (Masa tu belum Tun) telah menuduh Anwar menumbuk dirinya sendiri.
Bagaimana KPN kini yg mereka kata jaga solat setiap masa?

rahim berkata...

Mari pakat bantu dia

Tanpa Nama berkata...

UMNO SERANG RUMAH AMBIGA?????

Tanpa Nama berkata...

ini belum kena tembak dan bunuh macam Memali lagi....

Tanpa Nama berkata...

cadangan tabung membantu Asrul Wadi oleh GB patut dilaksanakan utk membantu beliau dapatkan rawatan terbaik di samping itu bantuan guaman juga patut diberikan utk menyaman pihak PDRM .....Allahuakbar..

Tanpa Nama berkata...

InsyaAllah sama2 kita bantu dia.

Tanpa Nama berkata...

Agak malang perkara ni terjadi. Inilah implikasi yg akan terjadi kalau tidak memngikut pertauran. Dah kata dah perhimpunan tu HARAM, tp nak pi jugak. Kalu dok di rumah tak kan jd begini. Anyway benda dah terjadi tu tak leh nak dilajak. Moga ada mana-mana badan kebajikan yg dapat menbantu sedara ni. dan yg lebih penting, lebih baik jgn terlibat dengan anasir-anasir haram ni. Yea la dah la dapat sakit dosa pun dapat....

Tanpa Nama berkata...

tak jln lagi tabung dermanya

Tanpa Nama berkata...

Siapa kata itu perhimpunan haram? Ketinggalan kereta api betul la mamat nie. Cuba fahami betul-betul apa yang berlaku. Anasir haram apanya? Sedarlah diri, Umno juga akan jadi pembangkang (dah jadi pun kat Penang, selangor, Kelantan dan Kedah). Adakah patut yang kena nyaya dapat dosa? Bertambah bengong mamat 11:36 nie!

Tanpa Nama berkata...

penykg gerakan islam: Kepada asrul hadi bnyk2 bersabar kami menyokongmu. Kejadia menimpa anda telah membuka mata seluruh rakyat malaysia cuma media umno-BN je buat2 tak tahu.Kezaliman Ini akan membuatkan Bn jadi BBn (bubar Bn) lps PRU 13

Tanpa Nama berkata...

org yg beri arahan lepaskan tembakan patut kena saman hishamudin n kpn... minta ganti rugi pd menteri depa byk duit tibai duit rakyat gila2 punya... kpd Asrul tabah dlm menempuhi kehidupan, anda adalah wira pejuang keadilan semoga kezaliman n kekejaman b end / umnok akan tumbang. Amin