Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyahut cadangan debat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum PRU-13.
Presidennya Amidi Abd Manan dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua pihak khususnya Najib perlu menyahut peluang ini untuk menjelaskan beberapa isu yang menjadi perbualan dikalangan rakyat.
"Abim yakin menerusi saluran debat ini Datuk Seri Najib Tun Razak boleh membersihkan imejnya yang dilihat sebagai "penakut" untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang.
"Di samping itu juga, beliau juga boleh menggunakan peluang ini untuk, menjelaskan beberapa isu yang menjadi perbualan serta tanda tanya seperti kes pembunuhan Altantuya, kes pembelian kapal selam Scorpene yang sedang dibicarakan di Perancis, dan pemborosan yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor," katanya.
Beliau memberi contoh debat antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Srtategi PKR Rafizi Ramli malam tadi telah mencetuskan fenomena politik yang segar di negara ini.
Menurutnya lagi, debat kini dilihat salah satu medium terbaik untuk menyalurkan perbezaan pendapat dan ianya dapat diurus secara matang dan harmonis.
"Sekiranya debat antara Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini diadakan, ia sedikit sebanyak akan menganjak paradigma baru amalan demokrasi serta politik di negara ini.
"Sebarang penganjuran debat ataupun wacana seumpamanya seharusnya diraikan memandangkan ia adalah mekanisme pengurusan konflik yang berkesan," katanya. -HD

6 ulasan:
apo nak dikato,rakyat mempunyai pm yang terpalit dengan pelbagai skandal.janganlah kita membuang masa serta tenaga untok mengajak pm berdebat,dia punyai kuasa untok menafikan hak rakyat serta memutarbelitkan kebenaran.lebih baik masa dan tenaga yang kita miliki ditumpukan pada pilihanraya.LAWAN TETAP LAWAN.
ada t*lur ka itu orang....
Najib tengah demam, tak nak berdebat. Kalau nak bergaduh sampai tumpah darah tentu dia mau. Tapi bukan dia yang berada di barisan depan. Dikerahnya samseng-samseng untuk berbuat demikian. Tengoklah apa yang sedang berlaku kebelakangan ini.
Najib ada berani ke?
pakai tekencing dalam seluar la najib altantuya....macam pondan je najib ni aku tengok
Orang tua-tua dulu kata, kalau bini kita jenis "QUEEN CONTROL", maka kita ni digelar "DAYUS". Manusia yang dayus mana ada keberanian berlawan 1 sama 1. Lelaki yang dayus memang kat luar tu suka cakap besar, berlagak besar, maki orang lain, ... kerana ini adalah satu-satunya peluang dia meluahkan perasaan yang terpendam. Kalau di rumah, dia tak ada power untuk bercakap dan hanya jadi "YES MAN" only. Kasihanilah dia. Kalau tidak, tak ada tempat lagi yang boleh dia melepaskan perasaan. ATAU DIA TAKUT JADI MACAM MENTERI SUKAN MALAYSIA. Bila berdebat, air liur penuh kat mulut tapi isi, tak ada atau "elek" (Tamil).
Catat Ulasan