Penulis blog tak bersalah hina almarhun sultan
Mahkamah memutuskan penulis blog Khairul Nizam Abd Ghani yang didakwa menghina almarhum Sultan Johor tidak bersalah atas tuduhannya.
Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, kata peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin melalui SMS kepada Malaysiakini.
Khairul Nizam, 31, atau nama penanya Aduka Taruna dihadapkan ke mahkamah pada 29 Januari dua tahun lalu selepas direman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu.
Beliau didakwa menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Januari 2010.
Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.
Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu. -mk
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

5 ulasan:
syabas! tapi kalau aduka kalah pun baguih jugak.. lagi benci laa rakyat pada 'geng makan free'
teringat pula kes prebet adam mengamuk guna m-16 suatu ketika dahulu, apa punca nyer erk?
xbleh ulas banyak2 nanti kena dakwa bawah akta hasutan !
syabas aduka,
kejayaan bagi pihak yang benar.
aku ramalkan kesultanan kat malaysia nih akan terhapus dalam masa 20 tahun lagi kalo para sultan dan anak pinak mereka tidak perihatin kepada rakyat dan menunjukkan contoh yang bertentangan dengan jawatan mereka sebagai Ketua Agama.
Mudah2an kita semua diselamatkan oleh Allah hendaknya.
BravoooOOO!!!!!
Catat Ulasan