31 Mei 2012

Guru Wanita Trauma Ingin Bunuh Diri Kerana Dicabul

Kuala Lumpur: Seorang guru wanita kini trauma dan mengalami tekanan perasaan serius sehingga mahu membunuh diri selepas mendakwa mengalami gangguan seksual serta dicabul guru lelaki di sekolahnya di sekitar Bangsar, di sini.

Gambar: ADUAN...Ayu menunjukkan laporan polis mengenai kejadian dia dicabul.

Gangguan seksual itu didakwa berlarutan sejak lebih tiga tahun lalu dan guru lelaki berusia 50-an yang bercucu itu pernah meluahkan perasaan cinta kepada mangsa.

Guru berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ayu, 32, berkata, kemuncak gangguan itu ialah pada 30 April lalu apabila guru lelaki terbabit memegang kemaluannya selepas sering menghantar SMS lucah kepadanya.

“Saya mengalami tekanan seperti mahu membunuh diri. Tiada siapa yang menghulurkan tangan membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya menuding jari kepada saya seperti saya pula yang bersalah.

“Sedangkan lelaki yang melakukan pencabulan ke atas saya tidak dikenakan sebarang tindakan. Setiap hari di sekolah saya perlu berdepan dengan lelaki miang itu menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan teruk,” katanya ketika ditemui Harian Metro.




11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku budget cikgu ni mesti cantik...tp si tua kutuk tu mg kurang ajar....bersabar la cikgu...org2 mg suke menyalahkan org lain tanpa usul periksa...so aku suggest kalau lepas ni tua kutuk tu cube wat hal lg....cikgu bg jer flying kick kat tmpt sepatutnyer...panas ati btl aku...dan aku rs org tua kutuk tu org umgok.....

Wanita Bertudung Hitam berkata...

Beauty is a curse..susah jd pmpuan lawa..ngadu kt rg lain,org2 tu plak jeles dia lawa,so dorg kenekan blk cikgu tu..sian betul

Tanpa Nama berkata...

bubuh tapak kasut je...pastu jerit kuat2...pertahankan diri cgu...jangan jadi mangsa lagi...kita ada maruah

Tanpa Nama berkata...

bawa je laporan polis tu ke KPM untuk mohon tukar sekolah. pindah je ke sek lain.

JAKA berkata...

SILA DAPATKAN NOMBOR TELEPON ADUAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA:

http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp05/bil22/garispanduan.pdf

http://tunjulia.com/?p=683

TAPI KALAU MALAS BAWA JE SERBUK CILI KAT SEKOLAH...

Tanpa Nama berkata...

Inilah di sekolah kadang2 ada juga cikgu yang biol dan mental.. kementerian pun dah tak tau nak letak mana cikgu2 yang mental macam ni...nak buang tak boleh...kalau pindah ke sekolah lain(pemangsa) pun dia tetap tak kan berubah..kalau dah cikgu mental...kesiann kat buadak2 sekolah...jgn di rogol pulak budak sekolah dah ler...

Tanpa Nama berkata...

takkan pokok bergoyang klu takda angin yang goyang, mybe ada tupai lompat2 kat dahan.. hahaaa

Unknown berkata...

aku pasal cabul ni tak leh sabar...kerat 12 je...

Tanpa Nama berkata...

aku rasa baik cikgu tu kawen cepat². kalau dh kawen ni, ada tempat nk mengadu, dan orang lain pun tak berani kacau dh. kalau ckgu miang tu nak cabul ckgu pmpuan, kenapa ckgu lain tak dicabul nye pulak. elok kasik karate 12kali je sama tengkok dia.

Tanpa Nama berkata...

MACAM NI LAA CIKGU...
BANYAK2 BERSABAR...
ADA JLN PENYELESAIANNYA.
SI TUA KUTUK TU ADA ANAK BINIKAN...
ADJUST JER KENGKAWAN POMPUAN SURUH DIAORANG KACAU2 BINI DIER...
CAKAP LER MANJA2 SKIT...KALAU BLEH GUNA PRIVATE NUMBER...
PASTU CAKAP LER YG SI 'DARLING' @ TUA KUTUK TU JANJI NAK KAHWIN DGN KITER...
SURUH DIA BERTANGGUNGJAWAB SBB DAH RASA KITA PUNYA...
BUAT BAIK DIBALAS BAIK...BUAT JAHAT KENA BALAS CARA JAHAT...
KITA BUKANNYA PERLU UPAH GENGSTER PUKUL DIA PUN...MALAH TAK JENTIK PUN TELINGA DIER...
KASI DIER PANAS TELINGA JERRRR....

Tanpa Nama berkata...

Masa keja dulu, mmg ade staf lelaki tua miang gatal mcm tu, yg mmg suka amik kesempatan pada staf2 wanita, esp yg baru masuk keja. Tak mesti staf tu cantik.
Tapi mungkin masa mula2 satf wanita tu tak tau perangai dia, jadi dia layan sikit2 berbual & pernah tumpanag kereta si miang tu utk ke bus stand, sbb lum tau perangai dia.

Ingatkan tua miang ni jujur, dah ade anak cucu malah bole anggap bapa, bila dalam kereta tngan situa tu meraba peha staf wanita tu. Wanita tu teperanjat & dgn kasar kasi warning si tua tu. Takut dia. Tapi mmg perangai dia tak berubah.

Caranya , JGN PERCAYA & LAYAN klu nampak baik lain macam. Esp yg dah kawin. Wanita pula jgn solek lebih2 & tutup lah aurat dgn sempurna.