30 Mei 2012

Amy Search Masuk UMNO, PAS Tak Kisah Pun -updated

Legenda rock Amy Search sertai Umno

Legenda rock tanah air, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, menyertai Umno kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara......

Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya," kata Amy, 54, kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno bersama Mus May atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini....

Ditanya tindakan sesetengah artis menyertai PAS atas alasan agama, beliau berkata Umno juga memperjuangkan agama dengan cara lebih baik dan tidak terlalu ekstrem.

"Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulamak. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja," katanya.

Sementara itu, Mus, 44, berkata beliau menyertai Umno selepas menyedari hanya parti itu mampu memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah.

"Umno sudah matang dan sudah lama memerintah negara... Sudah banyak yang dilakukan kerajaan bagi menjaga dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia,"katanya.

Bagi Ibnor Riza, 51, beliau telah lama bercadang untuk menyertai Umno setelah sedar akan kemampuan parti itu dalam memberi masa depan yang cerah, khususnya kepada pembangunan negara.

Borang mereka diterima Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh, dan ketiga-tiga artis akan menjadi anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang.

Ab Rauf berkata Umno sentiasa menyokong langkah penggiat seni tanah air menyertai parti itu, dan mereka boleh bertindak sebagai duta Umno.

"Penggiat seni tanah air yang menyertai Umno ini saya lihat akan menjadi duta kepada Umno dalam menarik minat masyarakat di luar sana untuk masuk ke dalam keluarga Umno," katanya.

Kini terdapat 43 anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang yang terdiri daripada artis, antaranya Tan Sri Jins Shamsudin dan Jamal Abdillah. -Bernama

Ulasan GB

Amy Search masuk UMNO?

Tidak memeranjatkan. Malah PAS gembira apabila Amy memilih UMNO kerana ia tidak lagi "mengelirukan" ahli-ahli PAS yang sedia ada kerana sebelum ini dilaporkan Amy Search pernah menemui TG Nik Aziz.

Artis atau selebriti yang menyertai PAS adalah mereka yang telah "berhijrah", yang telah berubah dan yang telah bertukar dari mereka yang sekian lama tenggelam dalam kefasikan dan kemungkaran, bukan mereka yang masih terus bergelumang di dalam dunia kemaksiatan dan dunia kelalaian. Amy bukan dari kalangan mereka itu.

GB amat memahami keadaan Amy Search: bahawa beliau belum boleh mampu untuk meninggalkan dunia hiburan, (tidak seperti mereka yang telah berhijrah), masih belum ada kekuatan jiwa untuk meninggalkan pentas hiburan untuk melalaikan para pemuda dan remaja.

Jadi sekalipun pernah bertemu Mursyidul Am PAS, ia tidak bermakna beliau sudah berubah. Eh si munafik Abdullah Ubai juga pernah bertemu Rasulullah saw di Mekah dahulu, jadi apa ada hairan jika ada pertemuan Amy Search dengan TG Nik Aziz? Malah lebih dasyat daripada itu pernah berlaku, di mana ada seorang dari Pasir Mas pernah menipu Mursyidul Am PAS untuk menjadi wakil rakyat tetapi kemudian menikam semula TG Nik Aziz!

Serbannya lebih hebat dari TG Nik Aziz. Tetapi hukum kebenaran tak boleh ditipu. Dia tetap Amy yang dulu sekalipun pakaiannya nampak macam sudah berubah.

Justeru, kemasukan Amy Search ke dalam UMNO adalah Wal Hasil Balik Asal. Jiwanya lebih sesuai dengan UMNO, tak sesuai dengan PAS. UMNO menatang subur untuk mereka yang masih dengan dunia lagha, dunia maksiat dan dunia kemungkaran. Sambutan hari belia baru-baru ini mensahihkannya.

Kemasukan Amy ke dalam UMNO berarti Allah belum dapat menerimanya untuk berada di dalam jemaah orang yang terpilih, jemaah orang yang menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran (amal makruf wa nahi mungkar).

Kemasukan Amy ke dalam UMNO adalah ibarat sireh pulang ke ganggang. Dia sesuai di situ. Bukankah Tun Mahathir pernah mengakui bahawa dah berpuluh tahun, mereka yang cerdikpandai memilih PAS, UMNO hanya dipenuhi lembu-lembu...

Yang pandai-pandai yang baik-baik memilih PAS, yang bodoh-bodoh dan yang jahat-jahat pilih UMNO. Itu sebab sekarang ini ramai samseng dalam UMNO. Tunjuk punggung tunjuk bontot kepada tetamu. Bukankah itu budaya sang lembu? Sekarang ini di mana, samseng UMNO baling telur baling batu. Mencarut sudah lagi bukan perkara baru.

Petikan ulasan GB dahulu:

Beliau mungkin dah fed-up dalam UMNO dah tak ada orang yang pandai-pandai. Bererti TDM akui fakta bahawa UMNO kini dianggotai oleh kebanyakannya ahli yang bangang-bangang dan bebal-bebal yang sinonim dengan perkataan bodoh. Di dalam pepatah Melayu ada binatang yang dikaitkan dengan "bodoh" iaitu si lembu - bodoh macam lembu.

Bermakna, TDM mengakui yang di dalam UMNO kini terlalu banyak lembu-lembu dan mahu kandang UMNO dibuka supaya lebih ramai golongan profesyenal dan cerdik pandai menyertainya.


Hidayah, bukan milik kita dan kita tak mampu untuk memberikannya kepada sesiapa sekalipun terhadap orang yang paling kita sayang:

Sungguh, engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang paling engkau sayang, tetapi Allah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yangg mahu menerima petunjuk (Al-Qasas: 56)


28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sudah terang lagi bersuloh , biarlah Amy Search dengan 'searching'nya di dalam UMNO/APCO. Hidayah hanya ALLAH yang layak memberi kepada siapa yang dikehendakiNYA. Hanya ISLAM sahaja yang telah nyata kebenarannya membawa kerahmatan ke seluruh alam berbanding mempertahankan perpaduan bangsa melayu yang telah mula layu dikalangan masyarakat majmuk Malaysia kini. ISLAM UNTUK SEMUA.

Tanpa Nama berkata...

bagus lah tu...setidak2nya org ramai tak ler tertanya2 dia nih condong ke mana sebenarnya.

skang seme org dah tahu, dia berjiwa dgn umngok....

....ADA AKU KESAH..??

tanda soal berkata...

tuhan dah bagi otak, pastu fikir la sendiri yg mana baik & buruk..kalau dah 'golongan al-an am' memang pilihan mcm tu.. apa nak buat.. lantak la dia..

Tanpa Nama berkata...

Logik le orang Johor

zaminc berkata...

Satu teguran 'halus' kepada ahli2 PAS... jgn gembira sgt kemasukan artis ke dalam PAS...

jgn seronok sgt jaja muka artis yg sokong PAS dalam banner2 ceramah...

sampai org naik meluat.. ala kadar sudah laa...

Tanpa Nama berkata...

anon 10.20

tak mengapa jaja muka artis yg netul2 sudah berhijrah seperti bob lokman atau aisyah.

yang belum masuk saf tu yg tak boleh.

Tanpa Nama berkata...

bukan la nk kata die ni alim @baik ke x,
tp kalau betul2 die seorang bapa yg baik, kenpa die xnak tegur anak die c nabila tu..?? tp, betul la kan,hy yg xberape cerdik je yg masuk umno..
wallahualam..hy ALLAH yg mengetahui..

Tanpa Nama berkata...

X de apa yang pelik pun. Kalau dia masuk Pas, tetapi masih terhenjut2 di atas pentas, lagi memburukkan Pas. Lagi pun dia yang datang jumpa TGNA, bukan sebaliknya. Tuan guru masih kekal ditempatnya. Moga2 suatu hari nanti Allah kurniakan hidayah utk Amy dan moga beliau akan mengundi PR. Nak mengundi bukan perlu jadi ahli sesuatu parti tetapi perlu mendaftar di SPR

puspawangi berkata...

Allah SWT Maha Berkuasa, yang membolak balikkan hati manusia..yang belum mahu bersama kita , tidak mengapa, mungkin saja kerana kita yang gaglal meyakinkan mereka..semoga yang sudah bersama kita dan kita sendiri akan erus istiqamah..tetap hati dan jiwa dan faham, Islam itu cara hidup..bukan parti yang boleh dilompat2, atau baju ditukar ganti.

Tanpa Nama berkata...

Tengokkan aja.kebenaran akan spai tunggu aja.

Tanpa Nama berkata...

biorkanlah...amy masih berfantasia bulan madu....walaupun mentari merah sudah diufuk timur.......hihihihihi

Tanpa Nama berkata...

Bukan mudah utk dapat keyakinan akan kebenaran janji2 Allah SWT...sedikit kenikmatan n keseronokkan dunia....?

Tanpa Nama berkata...

Allah lebih sayangkan PAS, dan parti ini sememangnya tidak memerlukan apa-apa sumbangan dari golongan boleh mengelirukan ummah..sesungguhnya orang yang berkata-kata tetapi berdusta, telunjuk lurus kelingking bertaut, bila berseronok dan bergaduh melampau-lampau, cakap lain buat lain adalah merupakan ciri-ciri seorang yang munafik.

Saya SYG K-POP & Rosmah berkata...

Aku harap perhimpunan agong umno akan dtg menteri jemput kumpulan K-POP utk buat show!!! Ohhh YESSS!!!

Tanpa Nama berkata...

Amy kecewa kerana kena kepok dengan geng-geng agama yang memperdayakannya untuk mengwujudkan sebauh mahaad tahfiz.Duit habis berjuta hasil tarak,mungkin niatnya tak molek kot Allah tak izinkannya.Hanya Allah Yang tahu niat seseorang.Kita hanya boleh membuat spekulasi saja.

Tanpa Nama berkata...

Banyak perubahan yang perlu dilakukannya jika dia masuk PAS. Oleh sebab itulah dia fikir lebih baik masuk UMNO. Setidak-tidaknya dia masih boleh lagi terkinja-kinja di atas pentas walaupun usia dah melepasi separuh abad.

Tanpa Nama berkata...

Dulu lepas balik umarah..bukan main lagi ngan pakai jubah...dahi pun ada tanda hitam...berjinak2 dengan ulamak..tp ingatkan panas sampai ke petang..rupanya belum lunch time dah hujan..

Sekarang..dah mula back to normal..pakai rantai..sejak dia di lantik jadi pengetua AF ..

din berendoi berkata...

Tahniah Amy... elok la tu kalau tak susah jugak nak tafsir awak ni. Sekejap berjubah sekejap rock serabai sekejap bagi salam sekejap yooo brook, so now clear.... Tahniah jugak kat Mus. Sapa tak kenai Mus yang menyanyikan lagu yang mendewa-dewakan seorang manusia jahil sebagai mulia sesangat ! Si Ibno ni pulak biasa la, dia bukan ada apa dah, so nak hidup kan.......

Tanpa Nama berkata...

Kita semua yang masih kekal memilih dan terus memperjuangkan yang benar (haq) dan meninggalkan yang batil/lagha kenalah banyakkan bersyukur ke hadrat Allah swt di samping beristighfar. Moga kita terus istiqamah dalam jalan kebenaran ini. Allahu Akbar... Hati-hati dengan tipudaya syaitan (termasuk syaitan dari kalangan manusia). Wallahu 'alam.

Tanpa Nama berkata...

Ulasan mantop dari GB.
Kena juga dgn batang hidung kita, anak beranak, keluarga kita semua.
Fikir2kan le.

Klu yg masih lum sanggup berkorban sepenuhnya utk agama, ikut le jalan AMY, mudah2an satu masa juga akan timbul kesedaran yg hakiki.

Memperjuangkan Islam tak gentar pada manusia, cuma nak ajak manusia ke arah lebih dekat pada Allah.

Org kafir pun boleh datang tanya, sembang2 dgn pejuang2 Islam (tak kira sapa bukan saja ustaz2, malah tukang sapu atau tukang kebun selagi dia melaksanakan ajaran Islam & suka pada yg ingin menegakkan Islam), klu lum terbuka hati utk menerima, yg mendakwah tak bersalah.

Tanpa Nama berkata...

Dah nak masuk umur 50an...kita perlu lebih ke akhirat...banyakkan ibadah dan elakkan yg mungkar...akhirat tu kekal, dunia hanya sementara...

Tanpa Nama berkata...

Cari makan maaaa...

Tanpa Nama berkata...

Dia jemput Tok Guru dulu hanya untuk melariskan restorannya, bukan terpikat dengan PAS. Amy orang Johor yang kuat fahaman 'Islam UMNO', semua orang tahu dan tak hairan.
Dia pandai menyamar macam Breheng Ali demi mencapai matlamat.

Tanpa Nama berkata...

Biar seramai manapun penyertaannya bukanlah melambangkan kebenaran. Bukan kuantiti yg nak dicari..tapi kualiti.

Ahli neraka nanti sememangnya lebih ramai dari ahli syurga..

Tanpa Nama berkata...

Biarkan Amy dengan dunianya. Dia perlukan dunia daripada akhirat. Mungkin dia merasakan usianya 54 itu masih muda glamor. Biarkanlah dia terkinja-kinja di atas pentas. Sampai ketikanya dia akan pulang ke tempat asalnya.

Tanpa Nama berkata...

Dari dulu sampai sekarang, Ibnor Riza masih tertanya-tanya siapakah yang menjadi pendusta, BN atau Pakatan Rakyat. Akhirnya dia memilih BN walaupun majoriti rakyat mengetahui siapakah pendusta yang sebenarnya.

stif berkata...

Amy search kalau masuk Umno, kerajaan BN tak bagi la dia buat konsert besar-besaran....

Kita tak paksa orang masuk Pas. Bia yg masuk yang ada kualiti. Kualiti yg membawa niat memperjuangkan Islam...

Tanpa Nama berkata...

Tengok air mukanya pun kita boleh agak dah . Dalam hidup ni kita takut ALLAH kunci hati kita gelap selama lamanya. Sampai peringkat ini bagilah apa penawar sekalipun tak kan menjadi dan takut mati dalam keadaan .......`