29 Apr 2012

Peserta Demo Mengganas - Siapakah Mereka Ini??

Kenapa Mereka Tidak Memakai Baju BERSIH? Kenapa Mereka Nampak Teruja Sangat Memecahkan Sekatan Polis? Siapa Kenal Mereka2 Ini??

KUALA LUMPUR 28 April - Seperti mana dijangka, perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara hari ini berakhir dengan keganasan.

Ia berikutan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan biadab bukan sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut menyerang serta memukul sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera.

Tidak cukup dengan itu, peserta-peserta demonstrasi juga bertindak liar apabila mereka menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis yang terbabas.

Mereka juga turut memusnahkan kawat besi dan penghalang yang dipasang di laluan masuk ke Dataran Merdeka, penyokong Bersih sanggup melakukan apa sahaja keganasan termasuk mencederakan petugas media sehingga parah.

Utusek Malaysia

-bloglistpolitik

Ulasan GB

Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur semalam, Datuk Mohamad Salleh menyatakan "Kumpulan berkenaan terus bergerak untuk memasuki Dataran Merdeka, pihak polis melepaskan gas pemedih mata untuk menghalang kemaraan peserta perhimpunan"..

Sekarang timbul persoalan "siapa sebenarnya: yang membuka benteng polis itu?

Dari gambar yang tersiar, kelihatan beberapa "pemuda berjaket" merempuh dan mengalihkan sekatan.

Seperti kata blogger bloglispolitik, mengapa mereka tidak memakai baju kuning BERSIH jika mereka peserta BERSIH 3.0?

Insiden itu menjelaskan lagi bahawa ada provokasi melampau untuk "menjustifikasikan" tembakan gas pemidh mata oleh pihak polis.

Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).



10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macam polis Tel Aviv...

Tanpa Nama berkata...

UMNO dah rancang keganasan, supaya peserta BESIH 3 dikatakan mengganas

Tanpa Nama berkata...

siapa bunuh altantuya? siapa arah? siapa serang rakyat yang ikut BERSIH 3?, siapa langgar peserta BERSIH 3???????

Fais Al-Hajari berkata...

aku ada dalam gambar ni - perhatikan Unit amal kat belakang lelaku jaket kulit, pakai spek berbandana merah dan berlilit kuning kat leher - dan mangkuk yang pakai jaket kulit itulah siput babi yang aku halau sebab manjang provok polis dan provok peserta utk rempuh barricade.

somehow, depa gak yang start haruk.

Tanpa Nama berkata...

teringa lagi aku kes Altantuya?

siapa bunuh Alantuya kalau bukan polis yg bernama azilah hadri dan sirul azhar?

Amuraria berkata...

MODAL UNTUK AKHBAR MELOYA SAMPAH DAN PEMFITNAH HAHAHA ,TERMASUK TV3SUKU DAN RADIO TIPU MELAYU !

Tanpa Nama berkata...

ajib rosmah seorang yg sangat bijak.. Hahaha.. Bijak dalam propaganda yg boleh membinasakan malaysia.. Malang sungguh rakyatnya memiliki pemerintah yg sangat jijik akidahnya..

Tanpa Nama berkata...

ada org kata polis pakai baju bersih ada getah kuning kat lengan. cuba cek...

Tanpa Nama berkata...

Cuba tanya....
Polis bukannya kita tak tahu...
Kalau kena kat tubuh batang depa, langsung tak nak ngaku. Nak rahsiakan dpd umum supaya tak jatuhkan martabat polis. Jadi, sanggup menipu rakyat.

Contohnya...
Kes mata lebam DSAI.
Mati2 mulanya si Rahim Noor tu tak ngaku. Tapi akhirnya dgn kuasa Allah terbongkar juga yg si Rahim Noor yg BACUL tu membelasah DSAI.

Kalau ikut hati aku, jumpak saja KPN tu rasa nak ludah ja muka dia. Rasa lagi hina dpd anjing yang ada.

Tanpa Nama berkata...

Weiiii,,,
Kumpulan Lembu2 Umno nak buat larian bendera dari Utara sampai ke selatan.
nak pungut tanta tangan sokong perjuangan mereka.

Jom ramai2 kita kumpul kat tepi jalan kita "booooooo" lembu2 ni. Buat menyemak jalan raya ja. Buat kacau dan lambat perjalanan & pengangkutan kita ja hari tu.

Jom kita.....itu semua specis lembu2 gila yg nak menagig simpati rakyat ja