13 Apr 2012

Pembantu Wakil Rakyat Pakatan Dakwa Dipukul Polis Dalam Lokap

Putrajaya – Seorang pembantu ahli parlimen di Kelantan mendakwa dipukul tiga anggota polis ketika dalam tahanan, bulan lalu.

Mangsa, Ahmad Amin Draman, 47, ditahan kerana dituduh membakar bendera dan mengganggu ceramah sebuah parti politik di Tanah Merah, Kelantan, 11 Mac lalu.

Ahmad berkata, pada awalnya dia ke Balai Polis Tanah Merah bagi memberi keterangan, tetapi terkejut apabila ditahan atas beberapa pertuduhan.

Dia ditahan dari 26 Mac hingga 3 April lalu. “Semasa dalam tahanan, saya dimarahi seorang anggota polis kerana tidak menutup pili air dan atas sebab itu, tiga anggota polis lain membawa saya ke lokap yang tiada kamera litar tertutup, memukul di perut dan kaki.

“Mereka mengatakan saya samseng dan melakukan perbuatan tidak senonoh dalam lokap,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani dan Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa. Sementara itu, Fariz berkata, polis perlu mengambil tindakan dengan menyiasat perkara ini atas dasar ketelusan dan profesional. -SH

4 ulasan:

Amuraria berkata...

APA LA POLIS MALAYSIA ! PROFESIONAL LA SIKIT ;)

Kak Mahh berkata...

Bahaya...juga sang polis.

Tanpa Nama berkata...

Kuat sgt makan rasuah gitu la jadinya

1 Malaysia berkata...

Ini baru dikatakan POLIS. Mana mungkin ada POLIS yang baik? Ada orang kata bukan semua POLIS jahat, ada juga POLIS yang baik. Kalau dah POLIS yang dikatakan BAIK tu dok bersubahat dengan POLIS yang jahat, enggan mendedahkan salah laku POLIS dsb, jahat le tu.
Setakat ni AKU hanya kenal POLIS yang baik di gelanggang/padang permainan saja. Di luar, setakat ni ....