27 Apr 2012

BN Sah Keluar Dari Putrajaya Jika Polis Teruskan Tindakan Halang BERS✔H 3.0

Polis ulangi langkah halang BERSIH 3.0 dengan perintah mahkamah?

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menerima khabar bahawa polis telah mengulangi langkah memohon perintah mahkamah untuk menghalang perhimpunan BERSIH 3.0, yang bakal berlangsung pada 28 April 2012.

Di samping itu, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein bersikap keras untuk memberi amaran kepada BERSIH, bahawa polis akan mengambil tindakan yang perlu seandainya penganjur meneruskan niat mereka untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 28 April.

Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Wong Chin Huat menulis dalam laman sosial Facebooknya, bahawa polis telah memperolehi perintah mahkamah untuk menghalang perhimpunan Duduk Bantah BERSIH 3.0.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Wong Chin Huat berkata pihak polis telah meminta media cetak utama untuk menyediakan ruang iklan, agar menyiarkan senarai nama orang yang diharamkan untuk berada di lokasi perhimpunan.

Bagaimanapun, Wong Chin Huat menghubungi MerdekaReview kemudiannya, bahawa polis tidak sempat untuk memperolehi perintah mahkamah, agar senarai tersebut boleh disiarkan pada hari esok.

Sebagaimana yang diketahui, berbeza dengan 91 nama yang terkandung dalam belasan helai kertas A4, senarai kali ini hanya memuatkan tiga helai kertas A4. Pada 7 Julai 2011, pihak polis berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang 91 orang daripada memasuki kawasan pusat bandar Kuala Lumpur, termasuk Pengerusi BERSIH Ambiga S, Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim dan lain-lain. Senarai tersebut juga disiarkan di media pada ketika itu.

Ketua Polis Negara Ismail Omar gagal dihubungi setakat ini untuk mengulas khabar ini.

Tindakan perlu jika perhimpunan di Dataran Merdeka

Di samping itu, menurut laporan BERNAMA, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein berkata polis akan mengambil tindakan perlu daripada aspek keselamatan sekiranya penganjur tetapi berdegil untuk meneruskan niat mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini.

"Kita sudah bertolak ansur dan telah memberikan alternatif kepada mereka untuk mengadakan perhimpunan di tempat lain.. jika mereka berdegil jadi terserah kepada polis (untuk ambil tindakan perlu)," kata Hishammuddin Hussein (gambar kiri).

Beliau berkata polis bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam terpelihara dan tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

"Saya harap pihak penganjur dapat berhimpun di tempat alternatif yang ditawarkan atas semangat transformasi politik dan perubahan yang dilakukan kerajaan, jadi semua pihak perlu menyumbang ke arah pembinaan demokrasi sihat dan matang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ditanya apakah tindakan yang mungkin akan dilakukan polis sekiranya perhimpunan yang dianjurkan badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang itu tetap diadakan di Dataran Merdeka, Hishammuddin berkata "ia bergantung kepada tindakan pihak penganjur".

Katanya polis juga sudah diarahkan bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan berdasarkan kepada pengalaman berdepan perhimpunan sebelum ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini menolak permohonan penganjur untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka kerana perhimpunan itu tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat dan menawarkan Stadium Titiwangsa di sini, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.

Hishammuddin berharap pihak penganjur dapat menerima tempat yang ditawarkan kerana mereka masih mempunyai masa untuk menukar lokasi perhimpunan itu. -MR

Ulasan GB

Tajuk Yang GB gunakan: BN Sah Keluar Dari Putrajaya Jika Polis Teruskan Tindakan Halang BERS✔H 3.0

Apabila kezaliman diulangi dan bermaharajalela, itu PETANDA JELAS bakal tumbangnya kerajaan UMNO BN.

Itu sunnatullah.

Salah satu sebab yang menyumbang kepada tumbangnya kerajaan Pusat UMNO BN nanti adalah kerana kezaliman mereka menganiaya rakyat sendiri yang mahu berhimpun secara aman...

Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya bahawa yang zalim pasti akan menerima balasannya. Allah tidak akan mengizinkan kerajaan yang zalim itu kekal lama. Bacalah Al-Quran. Di sana ada kisah-kisah pemerintahan Namrud dan Firaun yang zalim. Ada kisah Abu Lahab dan Qarun yang tamak haloba. "Baca" juga di sekeliling kita, tumbangnya Marcos di Filipina dan Thaksin di Thailand adalah kerana kezaliman dan salahguna kuasa. Begitu juga halnya di timur tengah seperti Syria dan Tunisia.

UMNO BN juga pasti tumbang. Itu keyakinan kita. Itu keyakinan orang beriman. Itu keyakinan pejuang kebenaran dan keadilan!

10 ulasan:

kayu_cemeti berkata...

umno memang sah pasti tumbang tersungkur dipaksa olih rakyat sendiri kerana rakyat telah cukup menderita diperkotak katikkan atau dalam bahasa mereka diperlembukan.. maka buatlah apa apa rancangan kerana rakyat juga sentiasa berdoa dan munajat dan Allah lah kesudahan segala rancangan jahat mereka yang pasti berlaku jadi 28hb ini janganlah gusar dengan ugutan demi ugutan dari parti bangkrap politik ini demi masa depan anak cucu kita dan yang penting sekali demi Islam tidak terus dipermain mainkan seperti barang gurauan umno mungkin sampai hari kiamat sebab rasuah penyelewengan fitnah sombong takbur sudah mendarah dagingkan urat saraf pemimpin melayu umno ..jom Bersih 3.o kita penuhkan dengan lautan manusia yang dahagakan perubahan.
Terimakasih Gb dengan ulasan yang tepat berani dan tajam kami sentiasa menyebelahi kebenaran yang datang teruskan perjuangan dan ana harap masa kempen nanti hidupkan kembali radio dengan info berguna bagi pastikan kita berjaya dan inilah sumbangan kita pada perjuangan krn kita semua mempunyai peranan dalam Islam sebagai khalifah yang Allah sebutkan dalam alQur'an semuga kita tetap istiqomah ...takbir !!

Amuraria berkata...

MEMANG KAMJAT DEPA NI !

Tanpa Nama berkata...

kita lihat nnti keputusannya. susah utk mengubah jika seseorang itu sudah menetapkan difikiran mereka bahawa kerajaan itu salah dan tidak boleh dipercayai. Insyallah, kebenaran pasti menang.

hairan berkata...

laaa tak kan la kita tak tau mentaliti umno/mca/mic nih??!!

kalo berhimpun duduk bantah dengan aman memang di HARAMKAN!

dia orang nih cuma beri kebenaran dan lesen kepada penari2, penyanyi2, jom heboh dan lain2 aktiviti yang bertujuan untuk BERSUKA RIA DAN BERBUAT MAKSIAT!

jelas kan mentaliti islam umno nih?!

Ngah Phg asal Melaka berkata...

kita teruskan perjuangan ..dan tumbangkan pemerintah yg zalim ni..ini adalah jihad utk kita..setiap peluh dan darah yg menitis nanti adalah pahala utk muslim termasuk pedih keperitan dan kesusahan ditempuhi ...

zairil berkata...

Doa-doalah tiada siapa yang dipengapakan.......oleh pihak polis dan oleh sesiapa yang menyamar jadik polis.

Good Luck Rakyat Malaysia!

Tanpa Nama berkata...

Penari bogel tiang kena denda rm25. imam nak tegakkan keadilan kena penjara setahun,anak muda perjuangkan reformasi pendidikan kena denda 10,000. Just in malaysia. Salam 1 Malaysia... hehe

Asmah berkata...

InsyaAllah, Allah bersama org2 yg di zalimi...Berbekalkan AlQuran kita umat Islam, redha dgn ketentuan Illahi...wajib menjalankan tanggungjawab kita utk memperjuangkan kebenaran dan keadilan..DUDUK/BANGUN BANTAH!

Tanpa Nama berkata...

transformasi politik taik kucing...... bos SPR tu pun orang UMNO

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah Ya Rabbi,Bebaskanlah bumi Malaysia, Ya Rahman Ya Rahim dari PENJAJAHAN Umno BN.