Jangan bertindak sendiri’
ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak membenarkan orang awam mengambil tindakan sendiri termasuk mengoyak papan iklan kerana perbuatan berkenaan menyalahi undang-undang.
Datuk Bandar MBAS, Datuk Mat Noh Ahmad (gambar kecil) berkata, walaupun papan iklan itu tidak mempunyai permit kelulusan namun mereka tidak boleh berbuat sesuka hati kerana masih bawah bidang kuasa MBAS.
Menurutnya, selalunya dalam kes melibatkan iklan haram MBAS akan merampas papan iklan berkenaan termasuk menurunkannya sehingga pemilik datang menuntut semula termasuk membayar permit sebelum boleh digantung semula.
“Kita tidak akan merosakkan papan iklan berkenaan kerana soal permit dengan kos pembiayaan iklan berkenaan berbeza dan pemilik boleh mengambil tindakan termasuk membuat laporan polis sekiranya iklan mereka dirosakkan untuk menuntut ganti rugi.
“Perbuatan merosakkan papan iklan itu akan menyebabkan pemilik terpaksa menanggung kerugian,” katanya kepada Sinar Harian.
Sinar Harian Jumaat lalu melaporkan, Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) membantah tindakan pemaju Aman Central menaikkan papan iklan memaparkan gambar surau baru bersebelahan Madrasah Salihiah kerana dianggap boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai.
Pengerusi BBSMS, Mansor Ahmad berkata, mereka mula menyedari kewujudan papan iklan itu sejak seminggu lalu dengan menjangkakan ia mendapat kebenaran MBAS bagaimanapun setelah dirujuk papan itu dinaikkan tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) .
Mengulas mengenai kejadian itu, Mat Noh berkata, beliau tidak mengetahui tentang perkara berkenaan. -SH

Bantah pemaju letak iklan surau
ALOR SETAR - Tindakan pemaju Aman Central menaikkan papan iklan yang memaparkan gambar surau baru bersebelahan Madrasah Salihiah dianggap sebagai satu provokasi untuk menimbulkan kekeliruan orang ramai.
Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS), Mansor Ahmad berkata, mereka mula menyedari kewujudan papan iklan itu sejak seminggu lalu dengan menjangka ia mendapat kebenaran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).
Bagaimanapun, setelah merujuk dengan MBAS, ternyata papan iklan itu dinaikkan tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu serta menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan anak kariah.
“Tindakan pemaju, Belleview Sdn Bhd, jelas dilihat menghina dan mengganggu perjalanan proses pengurusan mahkamah memandangkan isu saman injuksi Madrasah Salihiah masih dalam proses dan akan disebut semula pada 11 Mac ini di Mahkamah Tinggi Alor Setar.
“Saya membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Kota Setar pada 8.47 pagi semalam meminta mereka membuat siasatan mengenainya,” katanya kepada media di Madrasah Salihiah, Tambang Badak di sini, semalam.
Mansor turut kecewa dengan Kerajaan Negeri kerana membenarkan pemaju bertindak sedemikian. Sungguhpun begitu, mereka akan terus berusaha mempertahankan tanah wakaf serta bangunan surau dari dirobohkan.
“Kami kesal pemaju dilihat sengaja meletakkan papan iklan bersebelahan Madrasah Salihiah kerana ia bukan dalam kawasan tapak cadangan pembinaan surau baru itu yang terletak hampir 13 meter dari madrasah ini.
“Difahamkan gambar reka bentuk surau baru yang tertera pada papan iklan berkenaan baru sahaja dihantar kepada MBAS pada 18 Januari lalu dan masih belum mendapat kelulusan,” katanya.
Sehubungan itu, mereka meminta MBAS lebih sensitif terhadap papan iklan dan papan tanda haram yang boleh mengganggu proses perbicaraan berlangsung di mahkamah, terutama berkaitan dengan Madrasah Salihiah.
“Kami tidak mahu orang ramai terpengaruh dengan gambaran kosong mengenai surau baru pada papan iklan itu,” katanya. -SH 2/3/2012
4 ulasan:
Puak2 umno ni dah tahap GANSTER dah ni.
Takkan tak dak tindakbalas kot?
Paling kurang jadi dinding batu. Bila SAMSENG2 ni baling bola ke dinding batu, bola tu melantun balik kena muka samseng tu sendiri.
Ini tak dak respons langsung.
puak UMNO nak turun kain rentang supaya orang ramai tak tahu surau yang akan dibina lebih baik lagi
Hehe poyo yea x stuju..esok2 kompleks dh naik ank cucu depa jgk yg keja kat ctu..besa la politik..
Yg smngt bntah2 ni, rjen ke pi solat kt situ???
Catat Ulasan