5 Mac 2012

Kesemua Akur Dan Patuh Arahan PAS Pusat Tapi...

Exco: Phahrolrazi, Ismail akur keputusan PAS Pusat

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Isu pergolakan kerajaan negeri Kedah selesai apabila Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh akan menyertai semula barisan Exco kerajaan negeri.

"Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula Exco," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.

Ketika ditanya, apa matlamat itu, Phahrolrazi berkata, beliau mahu pentadbiran negeri Kedah dijalankan secara berjamaah.

"Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri," kata beliau lagi.

Dr Ismail Salleh pula ketika dihubungi berkata, beliau juga menerima baik keputusan PAS Pusat dan akan menyertai semula exco sebagaimana yang diarahkan.

"Kami buat baru-baru ini macam kamikaze untuk meminta pimpinan memberikan perhatian kepada apa yang berlaku di Kedah ini. Sekarang semua dah beri perhatian dan mekanisma pentadbiran juga dibentuk melalui Jawatankuasa Pemandu, kami akan sertai semula exco selepas diarahkan," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau memberi jaminan akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperkuatkan PAS dan menjatuhkan Umno di negara ini.

"Kami tidak ada niat lain melainkan untuk kepentingan jamaah. Kami bukan nak jadi Hasan Ali. Tok Guru Haji Hadi tok guru kami, ustaz kami. Kami hormati mereka," kata Dr Ismail yang bersama Phahrolrazi tidak mengangkat sumpah exco baru-baru ini.

Kedua-dua mereka mengulas keputusan PAS Pusat yang menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk memantau semua kerajaan negeri yang ditadbir dan disertai PAS.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Alor Setar awal pagi semalam.

Meyuarat itu diadakan selepas pertemuan muhibbah PAS Pusat dan PAS Kedah yang diadakan sebelum itu iaitu mulai jam 10 malam Sabtu hingga jam 3.00 pagi semalam.

Pagi ini, di Kuala Lumpur, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengumumkan keputusan mesyuarat JK Pusat di Alor Setar semalam.

"Dalam mesyuarat tersebut kita telah memutuskan bahawa Datuk Seri Diraja Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar.

"Selain itu juga kedua-dua exco perlu kembali dalam Exco Pentadbiran Negeri Kedah.

"PAS akan menubuhkan satu JK Pemandu untuk membantu negeri-negeri yang PAS tadbir dan negeri yang PAS sertai," jelasnya ketika bercakap pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini. -HD

Ismail tolak exco jika tiada 'perubahan pentadbiran'

Exco kerajaan negeri Kedah Datuk Dr Ismail Salleh berkata, beliau tidak akan menerima lantikan semula jawatannya selagi tiada penambahbaikkan dalam 'pentadbiran' negeri pimpinan Datuk Seri Azizan Razak.

Katanya, perubahan perlu dilakukan memandangkan pelbagai masalah-masalah dalaman yang telah timbul.

"Jika perubahan tidak ada, saya tidak akan terima (jawatan exco). Perubahan mesti dilakukan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Saya nak perubahan tertentu dalam pentadbiran negeri. Saya juga mahu (PAS) Pusat ambil perhatian terhadap masalah yang kami hadapi.

"Dah lama benda ini kami sebut tapi tidak buat apa-apa. Jadi kami ini seolah-olah 'kamikaze' untuk perkara ke arah kebaikan."

Walaupun enggan mengulas sama ada beliau merujuk supaya menteri besar diganti, Ismail berkata, isu berhubung "orang yang mentadbir" perkara kedua.

Ditanya lagi sama ada Azizan perlu meletakkan jawatan, Ismail berkata, terpulang kepada kepimpinan Pusat PAS untuk membuat keputusan.

"Kami sudah beritahu apa yang kami tidak puas hati. Bergantung pada Pusat untuk menilai. Kalau perlu (letak jawatan), buat. Pusat lebih layak buat keputusan," katanya.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pagi ini berkata, Ismail dan seorang lagi exco Datuk Phahrolrazi Zawawi perlu menerima semula jawatan mereka kerana sudah diputuskan dalam mesyuarat khas di Alor Setar pada Sabtu lalu.

Marah sebab tak faham

Selain itu, Ismail menjelaskan, apa yang dilakukannya ini bukanlah sebagai tanda kecewa terhadap parti tetapi demi kebaikan.

"Saya harap orang faham apa yang saya buat. Ada orang yang marah dengan tindakan saya ini. Saya anggap mereka tak faham. Bila tak faham, mereka marah.

"Saya bukan kecewa dan saya bukan kejar jawatan. Apa yang saya nak ialah perubahan ke arah lebih baik. Untuk perubahan yang baik itu payah dan yang susah itu kami pilih.

"Saya cuma mahu pertahanankan Kedah pada pilihan raya akan datang dan seterusnya ke Putrajaya " ujarnya.

Ismail dan seorang lagi exco Datuk Phahrolrazi Zawawi (kanan) dijadual mengadakan sidang media di Alor Setar hari ini bagi mengumumkan tindakan lanjut mereka.
-mk


Azizan: Saya patuh arahan Pas Pusat

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akur pada keputusan muktamad pimpinan Pas Pusat berhubung kemelut pelantikan Exco Pas, yang menetapkan kedua-dua Exco terlibat, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang sebelum ini menolak tawaran dilantik semula bagi penggal 2012/2013.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, selaku pemimpin tertinggi Pas Kedah dan negeri, beliau perlu mematuhi arahan yang diputuskan oleh Pas Pusat.

“Saya ikut sahaja apa jua keputusan dalam mesyuarat yang diputuskan Pas Pusat, termasuk arahan yang dikeluarkan. Pada awal lagi, bukan saya yang buang mereka, tetapi mereka yang tidak mahu,” katanya, ketika dihubungi, semalam.

Berdasarkan keputusan yang dicapai selepas pertemuan melibatkan semua pihak di kediaman rasmi Menteri Besar, di Seri Mentaloon, malam kelmarin, Pas Pusat memutuskan Azizan kekal sebagai Menteri Besar sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Phahrolrazi dan Ismail kembali sebagai Exco dalam pentadbiran negeri selain menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat untuk memantau dan memberi pandangan kepada negeri-negeri diterajui Pas dan negeri-negeri di mana Pas adalah sebahagian daripada pentadbiran negeri tersebut.

Azizan turut menyerahkan sepenuhnya kepada Pas Pusat untuk berbincang dengan kedua-dua Exco berkenaan sekiranya, selepas arahan dikeluarkan, timbul masalah lain membabitkan mereka.

“Jika selepas ini pun, mereka masih enggan ikut arahan yang ditetapkan Pas Pusat, saya nak buat macam mana. Selepas ini, saya serah pada Pusat untuk uruskan, lagipun isu ini sudah diambil sepenuhnya oleh Pusat dan mereka akan pantau apa yang berlaku,” katanya.

Dengan nada sedih, Azizan berkata, “Saya tak kelahi dengan sesiapa pun, tetapi orang yang cari gaduh dengan saya.”

Azizan bagaimana pun berkata, buat masa ini beliau belum berhasrat untuk mengadakan sidang media khas berhubung isu ini. -SH


Ulasan GB

Kamikaze?

Niat yang baik tetapi kaedah yang salah (sehingga jemaah menjadi porak-peranda) tidak menepati akhlak jemaah.

Anehnya semua tak mahu diasosiasikan dengan nama Hassan Ali, tapi cara dan tindakan Hassan Ali itulah yang diikutinya.

Dewan Ulamak PAS Pusat perlu lebih proaktif selepas ini supaya semua ahli jemaah khususnya peringkat "pemegang jawatan" diberikan tarbiyah sewajarnya.

Ketara di dalam isu Kedah ini ada ahli peringkat pimpinan sendiri tidak mengethaui kaedah tanzim di dalam jemaah.

36 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bersangka baik itu lebih baik dari terus menimbulkan tanda tanya dan memanaskan emosi ahli jamaah. mungkin kita hanya melihat tindakan orang lain memporak perandakan jamaah tapi terlupa tindakan kita mencetuskan tanda tanya sebenarnya turut menggugat jamaah.

Tanpa Nama berkata...

GB,
Saya belum dengar lagi si Pahrorazi ni menarik balik ugutan dan perancangan pemboikotan kepada Ir amiruddin?

Rakyat nak tahu ni...!

Admin berkata...

Mungkin sudah melakukan mengikut saluran2 yg betul dan tiada tindakan yg di ambil, mungkin itu yg diperkatakan.Ada ke org umno akan menolak jawatan Exco walau tidak sebulu dengan MB.

Sabina45 berkata...

Aku memang setuju cara masyuarah dan keputusan yang diambil oleh kedua kepala bengkak ini ,tetapi lain kali janganlah tunjuk yang kita tu tak boleh bawa berbincang dengan ketua kecuali dengan ada orang ketiga yang datang menyelesaikan masaalah dalaman kita , nampak sangat yang ahli jamaah dalaman kita banggang tak tau yang kita tu duduk dalam pimpinan ,kalau pandangan kita tak diterima itu bukan bermakna buah fikran kita ditolak mungkin dianalisa dulu sebelum diguna pakai , jadi aku harap hampa berdua ni jangan jadi Hassan Ali sudahlah ,hari ini cakap dah baik besok tikam jamaah dari belakang ,aku nak tengoklah betoi ka apa yang hampa mengaku tu .

Istiqomah berkata...

The real winner sebenarnya Salahuddin Ayub.

taraknama berkata...

alhamdulillah..ok la kira selesai...dan gb pon dah tahu hujung pangkalnya....kawasan saya tuu...dan dah tau awai lagi bab kamikaze nie sbb dah tak ada cara dah dilihatnya....namun akhirnya dh kembali ke landasan semula....alhamdulillah...

Tanpa Nama berkata...

anon 6:10, kita x blh brsangka baik benda yg jelas buruknya. Kalau mcmtu brsangka baik kpd perompak, mungkin dia miskin, brsangka baik kpd perogol sbb dia nk derma airmani..

tholib syar'ie berkata...

politik islam ada feqahnya, tanzim islam pun ada feqahnya, cara hangpa dua orang hayati politik dan tanzim persis tiada feqahnya. maqasid hangpa dah tercapai tapi wasaail hangpa bathil....aku rasa sapa2 org pas nak diangkat jadi pemimpin, harus kena faqqih syar'ie walaupun dia IR ka DR ka...supaya Islam yang didaulatkan itu terpelihara keunggulannya. jangan jadi tunggui....

Tanpa Nama berkata...

Aku ingat dalam BN jer ada orang yang tak cerdik nie. Rupa-rupanya dalm Pas pun ada. Lagi alim lagi menjadi-jadi perangai kebudak-budakkan. Masalah rumah tangga jangan bagi orang luar tau. Bawa bincang bukan canang satu Malaysia. Kalau baru perintah negeri dah kalut...bolehkah perintah Malaysia. Kalau perintah sorang2 takpalah kut....nie dengan PKR dan Dap....kami penyokong pun dah naik meluat nie rakan2 pakatan....muhasabahlah diri tu....

Tanpa Nama berkata...

yg jadi masalahnya org pas k.kedah x sabar nak naikkan phahkolrazi sbg mb. Tu yg kipas habis, phkol naik tucang, ketua sendiri dilawannya sbb x dpt projek, kmdn tuduh mb bagi kat umno, burukkan mb.

penjual bunga berkata...

salam
lain kali sesiapa yang nak menulis dan komen selidiki lah terlebih dahulu hujung dan pangkal nya.
jangan terus menghentam kumpulan pahrolrazi dan kawan2 nya dan jangan terus menghentam azizan dan kawan2nya.
kita di kedah tau apa sebenarnya.
biar lah kita berdoa dari memihak kepada sebelah pihak.
Terimakaseh din ayob yang berusaha keras dan tidak memihak kepada mana2 pihak seperti seorang lagi naib presiden dari kedah yang seolah2 memihak kepada satu pihak.
apa pon sama2 kita sujud syukur membesarkan Allah di atas anugerah nya.

Tanpa Nama berkata...

teruk sangatkan ust azizan perintah..2 org x mau mcm dh tsunami..bygkan klu 8 org x nak aku rasa smpi presiden depa sruh turun..hati2 ni perancgn empa ingt hbska..dlm politik x hbsla...yg ikut islamje selamat..agak2 dua ekor ni ikutke

ABU ANAS berkata...

Pastikan setiap tindakan itu biarlah tidak melemahkan jamaah, Islam lebih diberikan keutamaan..jgn sampai fitnah kepada Islam dan jamaag Islam..Kita baru memimpim..

shuibsaad berkata...

La ni 2 exco kira puas hati dh kot? Kamikaze..... Buat malu orang Pas saja. P/raya ni bleh cari calon lain lg yg lebih layak dan faham ttg perjuangan islam yg sebenar.

Tanpa Nama berkata...

Aku dulu pun samalah mcm kes diaorg ni.. Byk tindakan ketua caw. yg aku x stuju, pendapat aku dia x terima.. tapi aku still berjuang.. kita x pyh nk lebih2 kalu pendapat kita x diterima.. kalu kita betul akhirnya akan nampak jgk..
Skg ni apa2 pun dia akan bincang ngan aku dulu, meting pun dh mesra alam..
Moral of story..
Dlm berjuang ni kena byk sabar..

Tanpa Nama berkata...

PAS Kedah bernasib baik sebab ada orang-orang yang macam dua exco yang bertindak berani untuk menegur MB Kedah yang terkenal dengan keras kepala dan angkuhnya. Rata-rata ahli PAS tahu bahawa MB Kedah adalah mirip team mesra UMNO yang cenderung kepada Kerajaan Perpaduan. Jadi tak peliklah jika Hassan Ali pada malam semalam menyebut MB Kedah ini sebagai rakannya.

Banyak NGO-NGO pro PAS dari awal-awal lagi memberikan komen yang tidak memihak kepada MB Kedah disebabkan sikapnya berlagak pandai dan ego macam Hassan Ali. Malah ramai ahli PAS merasakan patah hati terhadap kepimpinan MB Kedah sekarang. Namun semua pihak di dalam PAS akur pada saranan pimpinan PAS yang lain demi menjaga kesejahteraan kerajaan Kedah yang ingin dipertahankan. Selain disebabkan MB Kedah tidak menampakkan dirinya melakukan dosa atau maksiat yang membolehkan rakyat bangun menentangnya secara mutlak.

Namun tindakan dua exco tersebut dilihat cenderung kepada memberikan 'sign' kepada PAS Pusat bahawa sesuatu yang janggal (tidak betul) telah dilakukan oleh MB Kedah, yang merosakkan parti. Apa perlu PAS Pusat mengambil pandangan mereka dan mengarahkan mereka kembali memegang jawatan exco jika tindakan mereka itu dilihat sebagai tidak munasabah atau bersifat 'kudeta' yang bernafsu 'gila kuasa' sehingga berpakat menyingkirkan MB Kedah. Sudah pastinya ada kejanggalan yang dilakukan oleh MB Kedah yang mampu merosakkan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dan PAS Kedah secara amnya sehingga kedua-dua exco tersebut berbuat demikian demi untuk menegur dan menarik perhatian pihak yang lebih tinggi bagi menyelamatkan kerajaan dan parti di negeri Kedah.

Apa-apa pun semua pihak di negeri Kedah akur untuk mempertahankan penguasaan Pakatan Rakyat di negeri Kedah, lebih dari mempertahankan seorang pemimpin. Tidak sekali-kali akan berputih mata untuk melakukan penyerahan mudah kepada UMNO/BN. Malah ahli PAS sedia maklum bahawa pemimpin di dalam PAS boleh datang dan boleh pergi, malah boleh berhambus jika mahu, namun pentadbiran kerajaan yang adil dan berkebajikan berlandaskan Islam tetap ingin dibentuk dan dipertahankan demi kesejahteraan rakyat dan keredhaan Allah SWT.

Tanpa Nama berkata...

anon 8:03, hassan ali yg kamu quotekan sdgkan kita tahu dia hanya mengambil kesempatan di setiap kekecohan yg timbul dlm pas, sama dgn perangai umno. Kami semua x jadikan beliau sbg rujukan. Hanya parasit yg percaya pd kenyataan parasit.

Tanpa Nama berkata...

salam'

Udah la cerita bab ni..dah tamat dah, mai kita pakat2 salam minta maaf sama...sekarang ayoh kita pakat2 bekerjasama tawan putrajaya....JOM kita kerja kuat...fikirkan PAS boleh!!!

Tanpa Nama berkata...

siapa nak bantu kami siswazah menganggur yang hutang PTPTN???

Johan berkata...

Menteri besar ibarat kapten kapal, manakala exconya adalah pembantu kepada kapten. Exco boleh menyuarakan pendapat tetapi keputusan tetap ditangan kapten. Kaptelah yang bertanggung jawab hala tuju kapal berkenaan dan bukannya Exco. Dalam amalan pelayaran exco tersebut wajib diberhentikan khidmatnya kerana mensabotaj kapten. Mengaibkan kapten adalah kesalahan yang serius, kapal boleh tenggelam.

Tanpa Nama berkata...

saya setuju sgt2 dgn anon 6:10pm, penjual bunga taraknama dan anon 8:03pm.

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa anon 8:03 PM tahu apa sebenarnya berlaku dalam pentadbiran MB Kedah dan sebabnya mengapa exco bertindak macam si penderhaka kata kebanyak pengomen, tapi dia cuma berkias untuk mengelakkan hal sebenar diketahui ahli-ahli PAS dan pihak musuh. Cuma org yang tidak tahu saja yang membuat bermacam kecaman dan kejian. Kepada johan 10:23, saya nak ajukan persoalan, katakanlah kapten kapal berkawan dengan perompak dan musuh no 1 ugama anutan kapten kapal tapi dia sebaliknya diambil sebagai penasihat ulung kemudian diberikan pula sumber untuk mendapatkan wang dimana wang itu juga nanti yang akan bakal digunakan untuk memerangi kapten kapal dan seluruh isi kapal yang lain agar tenggelam. Apakah tindakan johan dalam hal ini, nak duduk diam atau nak bersuara?.Bila saudara bersuara dan cuba memberi nasihat tapi tidak dilayan oleh kapten kapal. Bahkan sipenasihat dianggap penderhaka dan pengkhianat dan bermacam-macam lagi gelaran oleh orang yang tidak tahu hal sebenar.Adakah kita nak halang dari awal walau pun pedih atau nak biarkan sampai kapal kita hancur dan tenggelam diserang oleh sipanasihat ulung baru kita nak bertindak? Wallahualam.

1 Malaysia berkata...

Proses "tarik tali" atau "mohon-minta" tidak seharusnya ada pada seorang pemimpin Parti Islam. Perbezaan pendapat adalah perkara biasa bagi makhluk yang bernama "manusia". Berbuat kesilapan juga adalah sifat semula jadi manusia.
Sepatutnya sesiapa saja yang dah terasa dia tak mampu bekerja dengan MB, letak jawatan sungguh-sungguh. Kalau ada rezeki, bekerjasama pulak dengan MB baru selepas MB lama tu tamat tempohnya. Berbuat porak peranda ni bukan sifat seorang pemimpin Islam. Ingat, saudara, jawatan tu ialah amanah dari Allah swt. Ianya adalah anugerah dan ujian. Ianya bukan untuk direbut. Ingat Allah swt, insyaallah kita akan selamat walaupun nampak kalah.
Ingat peribahasa, "LUDAH KE LANGIT AKHIRNYA JATUH KE MUKA SENDIRI JUGA".

Tanpa Nama berkata...

saya lihat tulisan2 para penyokong phahrolrazi ni mcm dialah saja yg tahu hal Kedah... asyik2 kata org lain x tahu hal Kedah...

persoalan pokok yg perlu digarap sekarang ialah akhlak jemaah.

menuduh mb dengan hal yang bukan2.

contohnya di dalam anologi dari anon 11:25 mengenai kapten kapal yang sinis menyindir MB Kedah.

"atakanlah kapten kapal berkawan dengan perompak dan musuh no 1 ugama anutan kapten kapal tapi dia sebaliknya diambil sebagai penasihat ulung kemudian diberikan pula sumber untuk mendapatkan wang dimana wang itu juga nanti yang akan bakal digunakan untuk memerangi kapten kapal dan seluruh isi kapal yang lain agar tenggelam. Apakah tindakan johan dalam hal ini, nak duduk diam atau nak bersuara?"

itu fitnah yang jelas dijadikan modal oleh golongan pakholrazi dan ismail.

kalau tak tahu feqah jemaah pergi belajar lagi.

yang kita nak tegakkan ialah sebuah negeri berkebajikan yang mendapat redha Allah. Jadi kena ikut peraturan yang Allah beri bagaimana cara kita berorganisasi.

Kalau kamu nak ikut stail UMNO, main buran semacam, pergi masuk UMNO.

lagipun 8 exco menyokong MB Kedah, yang tak sokong cuma 2. Disitu saja kalau ikut prinsip mesyuwarah pun 2 exco tu dah kalah.

Saya jaminlah kalau buat survey, penyokong dua orang exco tu macam penyokong Hassan Ali juga dari segi kuantiti dan kualitinya.

Tanpa Nama berkata...

pada pandangan gua, kalau phahrolrazi atau ismail salleh jadi mb, terlukup negeri Kedah.. lagi ramai orang tak suka. umno tentu tak suka, org pas 80% (jika tengok kepada 8/10 exco terima perlantikan) tak suka.

Tanpa Nama berkata...

salam'

apa benda la merepek depa ni.... PAS Pusat dah buat KEPUTUSAN, kena akur dan taat setia la dengan keputusan tu...ape benda dok pertikai lagi ni....Mabuk ka apa depa ni? tak faham ka? tak reti ka? pasal meeting atau mesyuarat....

Tanpa Nama berkata...

Kamikaze??? Dr Mail faham ka kamikaze ..... ??? Tentera Jepun buat kamikaze utk selamat pasukan @ maruah pasukan dia. Hang buat kamikaze utk rosak jamaah pas. Bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Matlamat tercapai ??? Jika utk wujudkan JK Pemandu sebagai matlamat, sampai mcm ni ka??? Bengong

ST berkata...

Sabar boh... lu orang semua jgn melatah. GB pun dah cool down... pas pusat dah buat keputusan. bukan mb dan 2 exco tu je kena akur..lu-lu org pon kena akur. depa semua dah mau kembali dalam satuteam..jgn laa dok ungkit lagi hal2 lepas yg merosakkan. fokus misi utama.

ust azizan mesra umno? wa tak tau nak cakap laa bro bab ni. zahirnya memang nampak ustaz azizan mesra umno. tambah2 kpd org pas yg pernah kena marah dgn ust azizan yg cegei... lagi laa nampak ust azizan pro umno..kah kah kah

bagi wa itu maybe strategi ust azizan jugak. wa tak tau. tak boleh komen lebih. hati manusia siapa yg tau.

tapi sepanjang isu2 sejak 2008 yg menghentam ust azizan, 1st round setiap isu mesti nampak ust azizan kalah. tgk isu harga air, isu kuin, isu madrasah salihiah dll... terok dia kena bantai dgn umno mahupun geng sendiri. last2 sekali hujung2 isu, ust azizan nampaknya menang balik. isu kuin - aziz bari yg komen pon terdiam sampai hari ni... kah kah... isu air - umno ternganga... isu madrasah salihiah - pemuda umno meroyan sampai terpaksa koyak iklan madrasah baru... kah kah kah

yg isu kata mesra umno ni, maybe belum nampak ust azizan menang. asyik terok kena tibai...dgn geng sendiri... may be.. may be.. maybe.. wa tak tau... selagi tak bertentangan syariat, wa sokong lagi laa MB ni walau matsamankati tak suka, walau GB tak suka.. walau tukar tiub taksuka.

wa takmo jd mcm ust fadzil... masa hidupnya org tak berapa nampak dia hebat... selepas dia tak ada baru laa lu org nak munaqasyah idea dia. baru laa nak nhilight kehebatan dia. eh eh memang pon org tak munaqasyah pemikiran org idop...nnt jd riak mcm Dr Madey.. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Kepmpinan adalah amanah. Sekiranya pertembungan antara jamaah dengan perkara lain yang boleh merosakkan jamaah....kepentingan jamaah hendaklah diutamakan.. INSAFLAH PERJUANGAN AMAT MEMERLUKAN TUAN-TUAN. "Orang mukmin cukup menakjubkan" Ditimpa musibah, ia bersabar dan apabila diberi kebaikan ia bersyukur, kedua-duanya mendapat ganjaran".

Tanpa Nama berkata...

kan dah pecah pasal kontrak RM600 juta tu yg Azizan nak beri pada geng2 UMNO walau ditentang oleh exco2.

walaupun mungkin Azizan mempunyai alasan untuk memberinya, exco2 juga mempunyai alasan untuk tidak bersetuju. tapi ramai sudah maklum akan sikap cengei Azizan.

sekarang sudah nampak, exco2 tersebut memang bukan mengejar jawatan MB tetapi disebabkan sudah putus harap akan kepimpinan Azizan, dan mereka pun mengatakan dgn adanya JK Pemandu, mereka merasa lebih yakin untuk terus berada di barisan pimpinan negeri.

bagaimana agaknya semua yg mengutuk bersungguh2 kedua2 exco tersebut sebelum ini? bagaimana juga GB?

Tanpa Nama berkata...

anon 6:11 pm

projek RM600 belum lagi dianugerahkan kepada sesiapa dan ia cuba fitnahkan kepada mb kononnya hendak diberikan kpd org umno.

sebenarnya phahrolrazi yang terkilan apabila projek itu melepas sebab syarikat perniagaan kejuteraannya dikatakan yang hendak membolot projek itu.

Ia telah dihentikan oleh MB sendiri untuk elak dituduh kronisme.

kalau tak tahu kisah jangan merepek.

Tanpa Nama berkata...

anon 7:07 kalau tak mau dipanggil kronisma....maknanya kena bagi semua projek yang ada kat kedah tu pada orang UMNO lah? orang pas tengok jer...dulu masa UMNO perintah pun dia tengok, dapat perintah pun dia tengok? Pandai orang PAS memerintah.Jemaah Pas pun dapat faedah sama kot?

Tanpa Nama berkata...

anon 10:40 pm

itu bukan soalnya. soalnya phahrolrazi itu ada kepentingan.

tak da bukti umno diberikan kontrak berkenaan. ia hanya direka-reka dan spekulasi semata-mata.

Tanpa Nama berkata...

Anon 7:07 dan anon 11:29
soal phahrolrazi nak membolot dan tak dapat kontrak tu pun hanya spekulasi dan rekaan hang semata2

Tanpa Nama berkata...

apalah anon 1:00, bila fitnah kepada MB Kedah berlaku komain disokong agaknya, tapi bila terkena ke btg idung sendiri tuduh ia direka pula.

takkah juga phahrolrazi menyatakan projek 500 juta itu kononnya nak diberikan kepada kroni umno itu spekulasi dan rekaan semata2?