11 Mac 2012

Ibu Lega Hazim Yang Hilang Ditemui Semula

Kuala Lumpur - Umi!... jeritan pertama yang membuat Wan Nor Azma Wan Yusof sebak dan mengalir air mata apabila anaknya Wan Hazim Mohd Khadhir yang dilaporkan hilang memeluknya ketika ditemui semula kelmarin.

Aksi dramatik itu berlaku apabila Wan Nor Azma mengambil semula anaknya di rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Cheras, semalam.

Kanak-kanak berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar bersendirian dari rumahnya di Jalan PJS 10/1 Subang Indah Jumaat lalu ditemui semula oleh seorang lelaki dalam keadaan yang terpinga-pinga dan sedang berjalan merayau di bawah jejambat berhampiran Summit USJ di Subang Jaya, jam 2 pagi pada hari yang sama.

Wan Nor Azma ketika ditemui berkata, keluarganya bersyukur kerana anak kedua daripada tiga beradik itu ditemui semula dalam keadaan selamat.

“Ketika saya mengambil Hazim di pusat perlindungan itu, dia sedang leka bermain dan melukis watak adiwira kegemaraannya Ultraman, dia tidak menangis malah gembira bertemu semula dengan saya,” katanya.

Wan Nor Azma, 33, berkata, risalah yang diedarkan di kawasan perumahan termasuk Balai Polis Subang Jaya membantu mengesan anaknya apabila pihak polis menyedari gambar risalah itu menyamai gambar yang berada dalam simpanan mereka.

“Saya menerima panggilan daripada polis malam kelmarin mengarahkan saya datang ke balai polis berkenaan untuk membuat pengecaman gambar. Saya mengesahkan gambar itu adalah Wan Hazim,” katanya.

Sementara itu, bapanya, Mohd Khadhir Hassan berkata, beliau berterima kasih kepada lelaki yang menjumpai dan menghantar anaknya itu ke balai polis berkenaan, kemudian Hazim dihantar rumah perlindungan JKM.

“Saya berhasrat untuk berjumpa dengan lelaki itu untuk berterima kasih. Kini kami sekeluarga boleh tidur dengan lena, Hazim anak yang manja dan selalu tidur dengan saya,” katanya. -SH

Ulasan GB

Syukur alhamdulillah, telah ditemui semula.

Iktibar: Ibubapa tidak boleh leka menjaga anak-anak mereka.

Dan doa seorang pengunjung Blog GB yang bernama "kak mah" nampaknya dimakbulkan Allah swt.

kak mah said...
Ya Allah,mohon sesiapa yang jumpa kanak-kanak ini segera menghubungi keluarganya.


Doa yang kecil, tetapi pengertian yang besar buat ibu Hazim.
Semua "kak mah" diberikan ganjaran pahala oelh Allah s.w.t.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Tiada ulasan: