WASPADA: Beli Handfon Dapat Lesung. Baca Tips Untuk Membeli Secara Online

Johor Bahru: Seorang kakitangan swasta yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran.

Gambar: KESAL...Hazirul menunjukkan lesung batu yang diterima selepas membeli telefon bimbit secara dalam talian.

Lebih menyakitkan hati, tulisan RM14.50 berkenaan masih ada pada lesung batu berkenaan dan mangsa, Mohd Hazirul Hisham, 30, tergamam ketika menerimanya.

“Saya membuat pembelian itu selepas melayari satu laman web dan tertarik dengan tawaran telefon bimbit Samsung Galaxy S bernilai RM1,100 seunit berbanding harga pasaran semasa iaitu RM1,900.

“Saya membeli tiga telefon bimbit berkenaan secara talian pada 6 Disember lalu dan membuat bayaran ke akaun seorang lelaki bernama Lim Tham Kim,” katanya, semalam.

Menurut Hazirul, dia kemudian menerima SMS daripada kakitangan sebuah syarikat menjual peralatan komunikasi yang menawarkan barangan percuma atau diskaun RM50.

Hazirul memilih tawaran diskaun berkenaan dan sehari kemudian, dia menerima bungkusan barangan dibeli.

“Saya gembira kerana telefon bimbit berkenaan tiba tepat pada masanya, tetapi terkejut apabila mendapati kotak bungkusan berkenaan cuma mengandungi lesung batu.

“Saya menghubungi nombor telefon tertera seperti dalam SMS diterima sehari sebelum itu, tetapi individu terbabit enggan menjawab panggilan saya,” katanya.

Hazirul kemudian melakukan pemeriksaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapati syarikat terbabit tidak wujud.

“Saya yakin dengan pembelian menerusi dalam talian kerana pernah membeli beg tangan dan tidak timbul masalah seperti ini,” katanya yang membawa perkara terbabit ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TT PM).

Sementara itu, Presiden TTPM, Quaik Chong Yu menegaskan penuntut perlu memfailkan kes hanya terhadap satu pihak saja kerana pasti timbul masalah pada peringkat penguatkuasaan jika perintah dikeluarkan.

“Pihak penuntut perlu pilih satu pihak untuk failkan tuntutan kerana invois dikeluarkan syarikat manakala wang bayaran dimasukkan ke akaun peribadi Lim, mereka akan saling menolak,” katanya.

Hazirul bersetuju menggugurkan tuntutan ke atas syarikat berkenaan dan meneruskan tuntutan terhadap Lim atas alasan lelaki itu menerima wang terbabit.

Quaik mengarahkan Lim mengembalikan RM3,250 kepada Hazirul dalam tempoh 14 hari selepas perintah dikeluarkan manakala tuntutan terhadap syarikat digugurkan.

“Lesung tu pula boleh disimpan di rumah,” katanya.

Wakil pihak penentang iaitu Lim dan syarikat terbabit tidak hadir pada perbicaraan. -HM

Ulasan GB

Dengan semakin banyaknya penipuan yang terjadi di alam siber untuk kes urusniaga jual beli barang, maka kini tidak dapat di hindari lagi tentang perlunya kita berhati-hati apabila membuat trasaksi di internet.

Berikut ialah tips yang dapat GB kongsikan bersama:

1. Anda patut curiga jika harga barang terlalu murah
2. Usahakan memberi barangan dari penjual yang berdekatan atau yang senegeri dengan anda, bererti anda boleh pergi ke tempatnya secara fizikal.
3. Usahakan anda mempunyai kenalan yang berdekatan atau senegeri dengan penjual, supaya rakan anda boleh membantu anda menyiasat kewujudan penjual berkenaan.
4. Usahakan supaya pembayaran sedapat-dapatnya dilakukan dengan cara tunai (COD) atau CashnCarry (CnC)
5. Hati-Hati terhadap desakan untuk segera melakukan pembayaran
6. Belilah di tempat yang pernah di beli oleh rakan-rakan anda dengan tiada masalah
7. Dapatkan dari Penjual yang memiliki Website / blog yang telah lama berada di internet.

Semuga tips di atas berguna membantu anda.


4 comments:

View Comments/Post a Comment

4 comments:

Anonymous said...

Kira nasib baiklah tu, yang habuk pun xdapat ramai jugak yang kena pasal suka beli barang harga tak logik.

kancil said...

Dia beli dari website mana ?

Kalau lelong atau forum lowyat ada panduan untuk belian secara pos.

Anonymous said...

nk buat berita biar laah tulis nama website..supaya org lain tk terkantoi ...

dapat lesung batu tu kira nasib baik...kawan aku order barang kt www.mudah.com.my ....apa pun tk dapat....duit bank in...

pak din tua said...

Buat la laporan Polis. Jelaskan dari web mana hang order supaya insan yang lain tidak terkena.....

Kembali ke Laman Utama




Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB: