Hari ini 11 November 2011. Tanggal 12 Novem 1975 Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdul Razak memberikan jawapan kepada Lim Kit Siang dalam parlimen mengenai royalti minyak.
Jawapan itu boleh dilihat pada poster di sebelah yang dihadiahkan oleh pihak kerajaan Kelantan kepada PM Malaysia sekarang, DS HJ Najib yang merupakan anak kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Malangnya jawaban Najib dalam Parlimen tentang royalti minyak Kelantan menyanggahi apa yang dijawab bapanya.
DS HJ Najib baharu pulang dari Mekah menunaikan haji. Orang balik haji yang dipanggil Pak Haji ni biasanya orang baik, atau orang mahu menjadi baik. Lepas lihat Kaabah, lepas tawaf, lepas saie, lepas wukuf di Arafah, lepas minum air zam-zam sepatutnya ada perubahan positif yang berlaku.
Dalam konteks seorang Perdana Menteri, perubahan yang berlaku antaranya perubahan sikap dan pandangan terhadap hak royalti Kelantan. Apatah lagi poster yang dibawa itu pula bukan setakat poster orang biasa, bukan poster orang Myanmar atau Kemboja di Seri Bandi atau Sungai Miang tetapi poster ayahandanya sendiri.
Tidak terdetikkah di hatinya yang baharu menunaikan ibadah haji itu untuk terasa menunaikan amanah bapanya sendiri dan membenarkan kata-kata bapanya itu, melampaui batas sempadan rasa sakit hati terhadap Kelantan? Atau merasai kuasa adalah segala-galanya sehingga menolak kebenaran ucapan bapa sendiri?
Kalau pembaca sebagai seorang anak, kemudian ditunjukkan gambar bapa dengan ucapannya yang tertentu bercanggah dengan ucapan saudara, apa perasaan saudara? Tidak terasa langsung dalam hati? Tidakkah hubungan bapa dan anak itu ada nilai sentimentalnya yang tersendiri?
Justeru, amat wajar tindakan kerajaan Kelantan membawa poster Tun Razak bersama jawapannya berkenaan royalti itu kepada anaknya Najib yang baharu pulang dari Mekah. Ia bukan perbuatan menangguk di air keruh dan semata-mata mengumpan sentimen bapa dan anak, tetapi mencedok di air jernih dan mahu menjadikan si anak itu menghormati kata-kata bapanya.
Nik Nasri Nik Malek
Kuala Terengganu

Kelantan hantar amanat Tun Razak kepada PM
Kerajaan Kelantan hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bagi membuktikan kepadanya bahawa dalam jawapan yang diberikan oleh bapanya, Tun Abdul Razak Hussein, di Dewan Rakyat beliau menyokong tuntutan royalti minyak Kelantan.
Merujuk jawapan lisan kepada soalan yang diajukan oleh ahli parlimen DAP Lim Kit Siang yang berusia 34 tahun ketika itu, Abdul Razak yang menyelia pewartaan Akta Petroleum 1974, berkata royalti perlu dibayar walaupun minyak ditemui di luar pesisir.
Jawapan yang diberikan pada 12 November 1975 itu berbunyi:
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontarktornya,".
Sehubungan itu, Kelantan yang diwakili oleh exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa menyerahkan surat atau amanat berkenaan kepada wakil perdana menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di parlimen hari ini.
"Kami berharap dengan pulangnya Haji Datuk Seri (Najib Razak) Perdana Menteri, hati beliau terbuka untuk bayar balik royalti, kerana ini adalah pesanan Tun Razak, ayahanda beliau," kata Husam pada sidang media yang turut dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -mk
5 ulasan:
Tengok gambar ayahandanya pun dah cukup tersentuh hati, belum lagi nak baca amanatnya. Tak tahulah apa yang hendak dikatakan lagi , tidak cukupkah anak yang telah diberi peluang sebagai perdana menteri ketika ini malaksanakan amanah ayahanda yang dikasihi. Apakah pesanan/peranan bonda pula dalam hal ini. semuanya akan terjawab dan sekiranya ianya bercanggah dengan amanah ayahandanya itu , luruh seluruhnya hati ini mengenangkan perjuangan yang telah diperjuangkan oleh ayahandanya itu. Lu orang pikir lah sendiri, tepok dada tanya iman.......
harta bapa diwarisi anak, tapi kebijaksanaan, amanah dan sifat2 positif yg lain yg ada pada bapa tidak semestinya diturunkan kpd anak...dan sebaliknya....
Iman tidak dapat diwarisi drpd seorg ayah kepada anak..Sedangkan hanya takwa dan iman shj dlm perkiraan Allah di sana nanti...
waksab.blogspot.com
Najib tak kan jatuh punya, kalu tak caya tgk lah dlm pilihanraya akan datang, Ini Malaysia lah bukannya nmcm negara maju lain yg selalu tukar kerajaan untuk kebaikan bersama. Ianya tak akan terjadi di Malaysia, sudah tertanam kukuh dlm jiwa rakyat, hanya BN yg mampu memerintah negara, org lain semuanya tak layak, hidup BN, hidup BN... Bn tak kan tumbang ... walau korup mcm mana sekali pun.. itulah realitinya politik Malaysia, hidup BN, hanya BN yg mampu membawa perubahan ke arah kebinasaan, hidup BN ...........
dulu ayah jd PM, lo ni anak jd PM, ini bererti Malaya dia yg punya. Kau org semua apa susah, ikut suka dia lah nak buat apa pun.
Catat Ulasan