Sepasang pasangan kekasih, yang juga orang kelainan upaya (OKU), dicekup berkhalwat oleh sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) ketika sedang berdua- duaan di sebuah bilik sewa di tingkat atas sebuah bengkel di Jalan Langgar, kelmarin.
Pasangan itu dikatakan melarikan diri dari rumah ibu saudara masing-masing di Kuala Lumpur dan pergi ke Kedah serta menumpang di sebuah bilik sewa sebelum merancang bernikah di Thailand.
Difahamkan mereka bertindak untuk menikah di Thailand selepas hubungan cinta mereka dilarang ibu lelaki berkenaan kerana bimbang anaknya akan gagal menguruskan rumah tangga disebabkan dia tidak mampu bekerja kerana mempunyai masalah lembap.
Wanita tersebut pula cacat fizikal dan perlu menggunakan kerusi roda.
Pasangan berasal dari Johor itu dikatakan berkenalan di sebuah Pusat Latihan dan Kemahiran OKU di Sentul, Kuala Lumpur, sebelum menjalinkan hubungan cinta.
Lelaki berusia 26 tahun dan wanita berumur 18 tahun itu dikatakan menumpang di sebuah bilik sewa ibu saudara wanita tersebut sejak 17 Oktober lalu sebelum dicekup berkhalwat.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jaik, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh, berkata berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota jabatan itu memeriksa sebuah daripada empat bilik sewa di tingkat atas sebuah bengkel di Jalan Langgar pada 9.15 pagi.
Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang memakai seluar pendek paras lutut dan berkemeja-T membuka pintu lalu membenarkan pemeriksaan dijalankan.
Pasangannya sedang berbaring dengan memakai kemeja-T dan berseluar pendek paras paha. -hm
Ulasan GB
OKU, seperti juga manusia biasa yang lain, ada perasaaan, ada nafsu.
Justeru, adalah tidak wajar mereka disekat untuk berkahwin yang kemudiannya mereka terjebak dengan penderitaan batin dan akhirnya bertindak melepasi garis syariat.
Sekalipun alasan ibu lelaki itu baik iaitu bimbang anaknya akan gagal menguruskan rumah tangga disebabkan dia tidak mampu bekerja kerana mempunyai masalah lembap, namun menghlang beliau berumahtangga adalah sesuatu yang tidak wajar.

5 ulasan:
Assalamualaikum
Kalau dah naama `sistem ankabut` atau sistem sesawang labah2 mmglah yang teperangkap serangga kecil dan lemah sahaja! Bagaimana pula dengan mereka yang kaya dan berkuasa? Jabatan Islam mana yang berani masuk apartment2 VVIP? Ingat orang miskin saja yang berani buat makar dan maksiat?
Apo nok di kato....
Pernah ka kita dengaq jbatan agama p buat serbuan di hotel2 bertaraf 5bintang?. Selalunya htel2 murah ja jadi sasaran. Bila buat laporan berkaitan htel2 5star ja msti senyap.
hotel kat PD?
ada je jabatan agama buat rush dekat awana porto malai
bukan hotel mahal ke tu?
Catat Ulasan