Kuala Lumpur: Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jingga 13 hari ini mengemukakan laporan polis berhubung kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang dikatakan menghina hukum hudud.
Chua dalam kenyataan dipetik akhbar The Star 29 Oktober lalu berkata hukum hudud akan menjadikan negara ini mundur dan menakutkan pelabur asing.
Menyifatkannya sebagai biadap, Koordinator Jingga 13 Fariz Musa berkata kenyataan itu mengguris perasaan apabila seorang rakyat bukan Islam dengan mudahnya mempersoalkan pelaksanaan hukum hudud di sebuah negara yang majoritinya Islam dan mengaku menjadi model negara Islam.
Katanya, kenyataan Presiden MCA itu juga mampu menghasut masyarakat bukan Islam lainnya untuk membenci hudud.
Malah kedudukannya sebagai presiden parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) dikhuatiri akan menyebabkan salah faham besar antara agama dan kaum.
Rusuhan kaum, agama
“Kami khuatir kenyataan Chua itu akan menimbulkan kebencian agama dan kaum, selain menggugat dan mengancam keharmonian negara.
“Chua juga perlu serta merta memohon maaf atas kebiadapan itu kepada seluruh umat Islam di negara ini,” katanya.
Laporan itu dibuat wakil Jingga 13 Mohd Khairul Zaman Khairan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini.
Beliau turut mendesak supaya akhbar The Star digantung lesen penerbitannya mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atas sifat melulu dan tidak profesional ketua pengarangnya menyiarkan artikel sedemikian tanpa usul periksa.
“Kami mendesak Chua supaya mohon maaf secara terbuka kerana telah menghina Islam sebagai agama rasmi dan Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua agama,” katanya.
Katanya, masa 48 jam diberikan kepada Chua sebelum pihaknya mengemukakan memorandum di hadapan Pejabat MCA di sini Rabu depan.
Sementara itu, Fariz turut menyelar Umno yang selama ini bersikap diam diri apabila Chua mengeluarkan kenyataan sedemikian.
“Kalau mereka boleh adakan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) untuk mempertahan akidah umat Islam dari murtad saya minta mereka jangan bersikap pilih kasih dalam hal ini,” katanya. -FMT

3 ulasan:
Lu hina Islam lu hina YDP AGONG
Dato' Chua Seks Lek,
Salahkah orang Islam nak praktik hudud dalam kehidupan depa? Lu siapa untuk menghalangnya? Bukankah hang telah melanggar hak asasi manusia lain iaitu hak beragama? Hang serupa dengan Karpal Singh. Kedua-dua hangpa bukan orang yang pegang kuat pada agama hangpa. Yang hang tu zina, yang karpal tu 'murtad' singh sebab tak pakai serban. Di manakah letaknya hak hangpa berdua bercakap pasal agama? Tak usah cakap pasal perlembagaan kerana kami pun ada hak dan hak kami tidak mengganggu hak hangpa berdua. Kenapa harus hang berdua mengganggu hak kami? Bagi AKU, bila hak kita mengganggu hak orang lain, maka itu sudah bukan menjadi hak tapi aniaya.
Dato' Chua Seks Lek, hang seorang manusia yang jahat sama seperti puak UMNO. Munafik sebenar-benarnya. Mulut bila berbicara, berbicara kerana orang Cina tapi tindakannya .... elek.
JAIS patut keluarkan waran tangkap pelakon video lucah ni atas 2 tuduhan:
(1) Berlakun dalam video lucah.
(2) Menghina Islam.
Ini baru betul.Nak tangkap Bob Lokman buat apa?
Catat Ulasan