19 Nov 2011

Loceng Amaran Kepada Malaysia: Arroyo Ditangkap Kerana Menipu Dalam Pilihanraya

Manila - Polis Filipina semalam menangkap bekas presiden, Gloria Macapagal Arroyo kerana didakwa berkomplot dengan seorang panglima perang untuk menipu dalam pilihan raya.

Gambar: ARROYO duduk di atas kerusi roda semasa beliau dilarang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Paranaque, Metro Manila pada Selasa lalu.

Beliau boleh dipenjarakan seumur hidup kerana kesalahan tersebut.

Penangkapan itu berlaku selepas pihak berkuasa menghalang Arroyo, 64, daripada meninggalkan Filipina setibanya beliau di lapangan terbang Manila di sini dengan memakai alat penyokong leher.

Ketika itu, Arroyo mahu meningglakan Filipina untuk menjalani rawatan perubatan sakit tulang di luar negara.

Menurut polis, Arroyo bersama suami dan peguamnya semasa waran tangkap dihantar ke biliknya di Pusat Perubatan St. Luke di bandar Taguig, Manila tempat bekas presiden tersebut dirawat kerana sakit tulang.

Keputusan mendakwa Arroyo oleh Suruhanjaya Pilihan Raya semalam kerana menipu dalam pilihan raya senator pada 2007 turut menandakan kemuncak kempen Presiden sekarang, Benigno Aquino untuk mendakwa pemimpin itu kerana jenayah rasuah.

"Aquino berikrar untuk membawa Arroyo ke muka pengadilan selepas beliau memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya pada tahun lalu.

"Arroyo akan berada dalam negara dan berdepan dakwaan mensabotaj pilihan raya" kata Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima dalam satu kenyataan selepas sebuah mahkamah di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas presiden berkenaan.

"Adalah menjadi hasrat kami supaya rakyat Filipina mendapat keadilan yang sepatutnya," tambah kenyataan sama.

Arroyo yang merupakan seorang bekas profesor universiti dan presiden wanita kedua Filipina didakwa melanggar banyak akta rasuah dan penipuan pilihan raya semasa era pemerintahan beliau dari 2001 hingga pertengahan tahun lalu.

Beliau beberapa kali menggagalkan usaha Parlimen untuk memecatnya ekoran dakwaan melakukan penipuan dalam pilihan raya semasa memerintah Filipina.

Beberapa pembantu Arroyo menyatakan beliau dirawat di hospital kerana menghidap sejenis penyakit tulang yang jarang berlaku.

Arroyo juga telah menjalani tiga pembedahan tulang belakang sepanjang tahun ini.

De Lima berkata, pemerintah tidak membantah Arroyo ditangkap ketika beliau dirawat di hospital.

Namun, pihak berkuasa tidak bertindak segera untuk menangkap Arroyo.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada bekas pemimpin itu akan ditahan sehingga perbicaraan berlangsung.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, penipuan undi itu berlaku di wilayah Maguindanao, selatan Filipina yang diperintah oleh keluarga Ampatuan.

Sekutu-sekutu Arroyo rapat dengan keluarga Ampatuan.

Keluarga Ampatuan mempunyai reputasi sebagai penglima perang dan melaksanakan pemerintahan di wilayah itu selama satu dekad dengan satu kumpulan tentera peribadi yang ganas. - Agensi

Ulasan GB

Demikian hukum kebenaran. Mana mahu lari sekalipun penipuan itu telah lama berlalu. Akhirnya ia terbongkar juga.

Ia sepatutnya menjadi pengajaran kepada SPR, JPN dan semua yang terlibat dengan proses pilihanraya supaya JANGAN MENIPU dan JANGAN BERLAKU CURANG.

Nasib Arroyo itu bakal menimpa anda jika kesalahan yang sama dilakukan di negara ini.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

arroyo dah kene..najib bile lagi???tunggulah giliran najib dan rosmah..kalau tak kat dunia kat akhirat gerenti dapat..aminn(doa rakyat yg teraniaya)

Tanpa Nama berkata...

Tunggu Najib ? ... lama lagi lah.

TMM dan pencen ... kenapa bijak pandai yg dulu kata TMM menyeleweng tak ambik tindakan ?

Dah banyak sangat ... tentang politikus ... akhirnya senyap je !

Mana yg pandai-pandai timbulkan cerita tu dulu ... ambiklah tindakan !

Yg menunggu.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang berlaku diFilipina ni,tak akan berlaku diMalaysia.Macam menunggu kucing bertanduk sebab PRDM dan Peguam Negara serta sistem kehakiman diMalaysia sudah berada dalam saku pihak Eksekutif(PM).Kalau betul-betul nak ikut macam diFilipina,orang yang wajar diseret kemahkamah (yang utama)sepatutnya Mahathir Kutty.Apa macam? Ada berani?

Tanpa Nama berkata...

Benda2 camni takan berlaku laa kt Malaysia..kt negara luar..nk berdemo 10km pun lepas...tp kt mesia..berdemo 10m pun sakit nk lepas..

Walau pun kita mengharapkan agar pemimpin UMNO ni di tahan / di tangkap ..tp jgn lupa....kita berada di Malaysia..dan bukan di negara lain..malaysia semua tk bolehh..mcm kumpulan jambu maharaja lawak ..'apa pun tk boleh..'

Martoiriat berkata...

Salam GB..
Arroyo ditahan dan ditangkap sesudah beliau tidak berkuasa.

Begitu juga dinegara ini, jika UMNO-BN masih lagi berkuasa, Mahathir atau pemimpin2 UMNO, para-para hakim2 serta pegawai SPR yang terlibat dengan berbagai2 penipuan dan rasuah tidak akan didakwa apa lagi hendak ditangkap. Yang penting rakyat harus ubah kerajaan yang sedia ada. Ganti kerajaan UMNO-BN kepada Pakatan Rakyat terlebih dahlu. Undi Pakatan Rakyat dipilihan raya akan datang. Itu adalah sebaik-baik dan realitinya..

Tanpa Nama berkata...

Anon2 di ats, jangan putus asa, masing2 yg nakkan keadilan ada peranan masing2, ahli politik, ahli NGO, pelajar2, pensyarah2..termasuk kita yg tak terdaya berdemo ke, berhujah di publik mcm Dr Aziz Bari tu dll pemimpin.
Iaitu dgn sampaikan pada yg kita mampu, & DOA, DOA, DOA...kita serahkan pada Allah, kerana Allah lah yg seBijak2 & seBaik2 Penentu utk Malaysia ni.

Teruskan berjuang mencegah kemungkaran..