19 Nov 2011

Isu Lembu Fidlot: Kenapa Tolak & Tak Mahu Akur Dengan Laporan Siasatan Audit Negara?

Tidak tepat: Tarik balik Laporan Ketua Audit

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Kerajaan digesa bertindak supaya laporan Ketua Audit Negara ditarik balik kerana suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyatakan laporan itu kurang tepat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan, laporan Ketua Audit Negara mestilah tepat kerana ia berkaitan dengan pengurusan kewangan negara dan jika laporan itu kurang tepat, ia tidak memberikan gambaran yang sebenarnya dan akan mengelirukan semua pihak.

"Jika laporan Ketua Audit Negara kurang tepat, ahli-ahli Parlimen bercakap berdasarkan fakta yang mengelirukan, rakyat mendapat maklumat mengelirukan dan kerajaan juga menjadi mangsa kerana dikritik berdasarkan maklumat mengelirukan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz berkata, dari segi pentadbiran kewangan, negara tidak boleh disogokkan dengan laporan yang kurang tepat berkaitan pengurusan kewangan negara dan oleh kerana suami seorang menteri kabinet sendiri yang menyatakan laporan Ketua Audit Negara kurang tepat, kerajaan mesti bertindak pantas untuk membolehkan Ketua Audit Negara menarik balik laporan itu dan membetulkannya untuk dibentangkan semula.

"Yang menyatakan laporan Ketua Audit Negara itu kurang tepat bukan taraf pemeriksa kira-kira Umno cawangan, tetapi suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat," katanya.

Menurut Mahfuz, tindakan pantas untuk membolehkan Ketua Audit Negara menarik balik laporannya itu amat tepat untuk dilakukan memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memperlihatkan keyakinan yang luar biasa besar terhadap projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang dikendalikan oleh suami Shahrizat itu.

Mahfuz juga meminta suami Shahrizat yang juga Pengerusi Eksekutif NFC mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Audit Negara kerana menyifatkan projek yang dianugerahkan kepadanya itu 'kacau-bilau' dan juga gagal menjalankan program keusahawanan seperti yang dikehendaki oleh kerajaan.

"Sudah ada peguam yang ramai orang dakwa ada taktik boleh menang kes, takut apa nak ambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Audit Negara?" kata beliau.

Dalam sidang akhbarnya semalam, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail berkata Laporan Ketua Audit Negara yang menyebut bahawa projek penuh kontroversi itu hanya mencapai 41 peratus daripada jumlah daging yang disasarkan adalah kurang tepat.

Malah, suami Shahrizat itu juga mendakwa pelaburan kondominium di Bangsar bernilai RM6.9 juta seunit menggunakan wang pinjaman projek lembu itu adalah keputusan perniagaan bijak.

Dr Mohamad Salleh malah dilaporkan mendakwa pihaknya berjaya menyewakan kondominium di One Menerung, Bangsa itu dengan nilai RM70,000 sebulan.

Dakwaan itu bagaimanpun ditolak oleh pakar-pakar hartanah yang menyatakan nilai tertinggi yang boleh dijana dari sewaan kondominium itu hanya setakat RM24,000 sahaja sebulan.

Sidang akhbar suami Ketua Wanita Umno itu turut dihadiri Penasihat Undang-Undang NFC, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah. -HD



Ulasan GB

Kita jadi hairan kenapa tiba-tiba pemimpin-pemimpin UMNO termasuk PM dan TPM dan bekas PM begitu kuat membela projek lembu NFC yang telah dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara mengandungi pelbagai penyelewengan dan salahlaku.

Kenapa marah kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang sekadar mengulangi apa yang didedahkan oleh Jabatan Audit Negara dan mengapa sampai ada ugutan dari peguam NFC yang bernama Mohd Shafee Abdullah untuk mengheret pemimpin PR ke mahkamah kononnya memfitnah tentang projek lembu?

Sudah jadi lembukah pemimpin-pmimpin UMNO dan peguam tersebut sehingga terlupa bahawa pendedahan awal penyelewengan itu adalah dari Jabatan Audit sendiri?

Apa yang jelas dan nyata dari laporan audit, penyelewengan memang sah wujud di dalam projek lembu berkenaan, jadi usah untuk pertahan dan cuba untuk menegakkan benang basah.

Kebenaran tidak dapat ditutup walaupun sekalian menteri kabinet UMNO bersekongkol menutup penyelewengan yang berlaku.

Apa yang rakyat tahu sekarang melihat muka Shahrizat teringatkan lembu, begitu juga melihat muka Najib, Muhyiddin, Pak lah, Noh Omar & Khairy, termasuk peguam NFC, orang akan segera terbayang wajah-wajah lembu di Feedlot. Salah siapa?


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tidak mustahil jugak laporan audit akan dipinda semula memandangkan banyak campurtangan pimpinan tertinggi umporno dan tidak mustahil jugak selepasnya ini Ketua Audit Negara akan dinasihatkan bersara awal....

zax berkata...

sekelian Lembu-lembu telah berkata-kata.. betul la otak saja besar, akai elek.

Tanpa Nama berkata...

Sejak berniaga lembu suami Shahrizat Jalil ni otaknya dah jadi otak lembu.Dia dianggap seorang suami yang amat bertuah sebab Anak Mammy dapat,duit pun dapat.Ada Phd pun tak guna sebab masih menumpang tuah isteri.

mahyuddinm berkata...

Assalammualaikum, jika benar-benar Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, penasihat undang-undang NFC hendak mengheret orang-orang yang berkenaan ke mahkamah, orang-orang itu ialah dari Jabatan Audit Negara daripada Ketua Pengarahnya hinggalah ke 'tea lady', sebabnya merekalah yang menyatakan dana untuk NFC disalahlaku.