1 Okt 2011

ADUN Bentayan Dedah Ditawar Habuan Lumayan Jika Jadi Wakil Rakyat Bebas [updated]

ADUN Bentayan mengaku ditawar habuan lompat parti

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Johor Gwee Tong Hiang hari ini mengaku ditawarkan habuan lumayan jika lompat keluar daripada parti DAP dan menjadi wakil rakyat bebas.

Habuan itu meliputi ganjaran sejumlah RM150,000, pemberian 50 ekar tanah, elaun tambahan melebihi RM5,000 sebulan, serta skuad khas bagi membantu menyelesaikan masalah kawasan Bentayan termasuk isu majlis perbandaran dan agihan tanah.

Semua tawaran ini dijanjikan hanya jika selepas beliau bersetuju untuk keluar DAP dan mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas, serta bertanding menentang DAP dalam pilihan paya umum akan datang (PRU13). -FMT


ADUN DAP dakwa ditawar RM150,000 lompat parti


ADUN Bentayan, Gwee Tiong Hiang hari ini mendedahkan bahawa tawaran telah dibuat oleh pihak-pihak yang mendakwa mewakili perdana menteri supaya meninggalkan DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebasd.

Dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP di Kuala Lumpur, Gwee berkata, beliau telah ditawarkan RM150,000 wang tunai, 50 ekar tanah, sekurang-kurangnya RM5,000 elaun bulanan tambahan, sebuah pusat perkhidmatan dan seorang pembantu peribadi jika bersetuju melompat parti.

Menurutnya, seorang lelaki, yang pertama kali menghubunginya melalui telefon pada 26 September dan mendakwa sebagai setiausaha agung persatuan klan Wee Johor Baru, juga memberi jaminan bahawa Gwee, akan diberi sokongan jika bertanding menentang DAP dalam pilihan raya umum.

Gwee mendedahkan trankrip rakaman satu lagi perbualan telefon antara beliau dengan 'ejen' empat hari selepas dihubungi.

Katanya, 'ejen', tersebut, yang mendakwa mewakili perdana menteri, berkata wang tawaran itu akan datang dari pusat, tetapi akan disalurkan melalui persatuan berkenaan.

Rakaman perbualan dalam bahasa Mandarin pada 30 September itu juga diperdengarkan semasa sidang akhbar tersebut.

Gwee berkata, 'ejen' itu, bersama dengan seorang lelaki Melayu yang Gwee dakwa mewakili Jabatan Perdana Menteri, bertemu dengannya pada 28 September untuk buat tawaran pertama RM50,000.

"Lelaki itu berkata dia berasa kesian dengan saya bahawa kami berkongsi nama keluarga yang sama dan dia mahu membantu saya kerana parti saya tidak mahukan saya lagi ...

"Tetapi saya rasa saya masih seorang (ADUN) DAP. Tawaran BN ini adalah tidak betul, saya perlu mendedahkan. Saya boleh memberitahu BN bukan setiap (ADUN) atau ahli parlimen DAP boleh dibeli. Saya sayangkan parti. Parti saya hanyalah DAP," kata Gwee, sambil mengesat air mata. -mk


5 ulasan:

KAKIPUKUL berkata...

UMNO BODOH

Tanpa Nama berkata...

apa lagi nak diharapkan daripada parti politik rasuah nombor satu dunia. memalukan melayu, memalukan islam

Tanpa Nama berkata...

Tahniah untuk Adun Bentayan kerana tidak menerima rasuah kami bangga dengan YB.. kalau semua seperti YB selamat Malaysia...

anti-zulnoordin alghuyub berkata...

yg paling bodoh,zulnoordin kutty,zahrain buncit dgn geng2 perak 3 jahanam...
melayu paling kuat rasuah...lepas tu jaja satu negara nak perangi rasuah...piiiraahhhhh

Unknown berkata...

kesian orang umno, dari dulu pemikirannya menjurus kepada rasuah sahaja. dia tahu duit.kalau tak ada duit, ramai yang lari tinggalkan umno. inilah didikan kepada ahli umno. nak dapat sokongan perlu perhabis duit dan tanah begitu banyak. rakyat tahu, tu sebab orang umno, ketua bahgian pun dah kaya raya, kaum bangsawan kita pun katagih benda begini, tanah ratus ekar dan habuan lagi. dan akan ada ganjarannya yang lain menanti. sampai bila?