Bukit Kepong: Karpal mahu Mat Sabu tarik balik kenyataan
Pengerusi DAP Karpal Singh mahu rakan pemimpin parti pakatan Mohamad Sabu, menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.
Pemimpin DAP (gambar) itu berkata rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.
“Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mohamad Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya,” kata Karpal dipetik Bernama Online.
Mohamad Sabu, yang juga Timbalan Presiden PAS, semasa berceramah di Tasek Gelugor di sini pada 21 Ogos lepas didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.
Karpal berkata Mohamad sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.
“Saya bukannya anti-PAS dan saya juga tidak anti-Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini,” katanya.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata kenyatan Mohamad tidak wajar dan ia boleh menjejaskan parti pakatan.
“Beliau seharusnya menarik balik kenyataan kerana saya tidak nampak mengapa beliau tidak harus melakukannya.
“Saya tidak fikir apa yang beliau katakan itu mempunyai penghuraian positif bagi pakatan; ia negatif,” kata Karpal.
Dalam pada itu, Puteri Umno mendesak Mohamad supaya meminta maaf kepada rakyat negara ini atas kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.
Ketua pergerakan itu Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata ini kerana kehidupan dan keamanan yang dirasai oleh pemimpin berkenaan bersama keluarganya adalah hasil perjuangan pemimpin lampau yang memperjuangkan kemerdekaan negara.
Beliau berkata Puteri Umno kecewa dengan kenyataan Mohamad Sabu, atau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dan mahu beliau menarik balik kenyataannya itu.
“Ini merupakan satu kenyataan yang sungguh tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan keluarga yang terlibat terutama sekali keluarga pejuang-pejuang kita yang telah pergi berasa sedih, lebih-lebih lagi kita berada dalam suasana kemerdekaan serentak dengan sambutan Hari Raya.
“Kenyataan begitu sewajarnya tidak dikeluarkan oleh mana-mana pihak atau mana-mana parti politik sekalipun,” katanya di Papar. -TMI
Pengerusi DAP Karpal Singh mahu rakan pemimpin parti pakatan Mohamad Sabu, menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.
Pemimpin DAP (gambar) itu berkata rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.
“Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mohamad Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya,” kata Karpal dipetik Bernama Online.
Mohamad Sabu, yang juga Timbalan Presiden PAS, semasa berceramah di Tasek Gelugor di sini pada 21 Ogos lepas didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.
Karpal berkata Mohamad sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.
“Saya bukannya anti-PAS dan saya juga tidak anti-Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini,” katanya.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata kenyatan Mohamad tidak wajar dan ia boleh menjejaskan parti pakatan.
“Beliau seharusnya menarik balik kenyataan kerana saya tidak nampak mengapa beliau tidak harus melakukannya.
“Saya tidak fikir apa yang beliau katakan itu mempunyai penghuraian positif bagi pakatan; ia negatif,” kata Karpal.
Dalam pada itu, Puteri Umno mendesak Mohamad supaya meminta maaf kepada rakyat negara ini atas kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.
Ketua pergerakan itu Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata ini kerana kehidupan dan keamanan yang dirasai oleh pemimpin berkenaan bersama keluarganya adalah hasil perjuangan pemimpin lampau yang memperjuangkan kemerdekaan negara.
Beliau berkata Puteri Umno kecewa dengan kenyataan Mohamad Sabu, atau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dan mahu beliau menarik balik kenyataannya itu.
“Ini merupakan satu kenyataan yang sungguh tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan keluarga yang terlibat terutama sekali keluarga pejuang-pejuang kita yang telah pergi berasa sedih, lebih-lebih lagi kita berada dalam suasana kemerdekaan serentak dengan sambutan Hari Raya.
“Kenyataan begitu sewajarnya tidak dikeluarkan oleh mana-mana pihak atau mana-mana parti politik sekalipun,” katanya di Papar. -TMI
Pemimpin PAS pertahan Mat Sabu, dakwa Umno padam agamawan nasionalis
Dua lagi pemimpin PAS pusat mempertahankan Mohamad Sabu sambil menegaskan kefahaman bahawa hanya Umno memperjuangkan kemerdekaan negara seperti dicanang pihak tertentu untuk mendapat sokongan orang Melayu sama sekali tidak benar.
Ahli jawatankuasa kerja parti itu, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata gologan agamawan nasionalis yang dicap sebagai penentang atau golongan kiri oleh British juga merupakan pejuang kemerdekaan sebenar, namun tidak diangkat dalam sejarah.
Semalam, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengeluarkan pendirian menyokong timbalan presiden itu.
Mereka seperti Tok Janggut yang menentang British di Kelantan, Tok Ku Paloh dan Abdur Rahman Limbong di Terengganu, Datuk Bahaman di Pahang dan beberapa pejuang lain yang sanggup menggadai nyawa menentang penjajah.
Selain itu tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan negara yang lain seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Abu Bakar al Baqir dan Ahmad Boestamam juga seolah-olah dinafikan jasa mereka menentang penjajah.
“Pada saya, sebenarnya perlu kepada penziarahan semula sejarah kemerdekaan kita kerana sejarah yang ada pada hari ini hanya ditulis dari satu sisi pandang iaitu dari pihak Umno BN yang diberi kuasa oleh penjajah British,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.
“Kita menerima nasionalis berunding meja bulat dengan British kemudiannya diberi kuasa, namun kita juga perlu mengiktiraf dan merakamkan perjuangan agamawan nasionalis dan golongan kiri yang turut berjuang memerdekakan negara dari British,” katanya dipetik Harakahdaily hari ini.
Menurut sejarah, dalam pertempuran dengan British di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh dan mayatnya dibawa ke Kota Baru dalam kereta lembu yang menelan masa sehari.
Kemudian mayat beliau digantung secara terbalik beberapa hari di depan istana di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.
Abdur Rahman pula dilabel sebagai sebagai penderhaka kepada kerajaan Terengganu dan ditangkap dan dibuang ke Singapura dan selanjutnya di Mekah pada 1928 dan meninggal dunia selepas itu.
“Umno buat apa, berunding meja bulat sahaja, ini Tok Janggut, Abdul Rahman, Tok Ku Paloh, Datuk Bahaman berjuang angkat senjata lawan British bukan ikut telunjuk British,” tambah beliau.
Mengulas kenyataan Mohamad yang dimainkan akhbar Umno berhubung serangan terhadap anggota polis di Bukit Kepong pula, Dzulkefly berkata, anggota polis tersebut terperangkap sebagai mangsa keadaan.
Biarpun serangan itu adalah terhadap British, namun anggota polis tersebut menjadi mengsa kerana mereka pada waktu itu berkhidmat untuk British dan memerangi mereka yang menentang British.
Dalam pada itu, seorang lagi ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof berkata isu serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada 1950 iaitu tujuh tahun sebelum Merdeka merupakan serangan ke atas sarang penjajah British dan bukannya kepada anak bangsa sendiri.
Mujahid berkata, serangan kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950 itu manifestasi kemarahan rakyat terhadap penjajah British ketika itu, namun sejarah itu telah diseleweng oleh Umno BN.
Katanya, ia termasuklah kemarahan terhadap anggota polis yang pada waktu itu menjadi tali barut British.
“Isu Bukit Kepong tahun 1950 adalah serangan ke atas sasaran penjajah bukan kepada anak bangsa sendiri.
“Polis waktu itu adalah apparatus penjajah, penyerang pula adalah mereka yang menentang penjajah, apakah kerana ini mereka menjadi komunis,” soalnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, pada zaman British sesiapa sahaja yang menentang mereka akan dicap sebagai golongan berhaluan kiri atau komunis.
Golongan kanan atau konservatif pula adalah mereka yang mengikut telunjuk British, katanya.
“Golongan konservatif akan mengekalkan penguasaan British. Penentang keras dan mahu negara ini merdeka mengikut acuan sebenar dicap kiri atau komunis,” jelasnya lagi.
Mengulas lanjut kecaman Umno terhadap Mohamad itu, Mujahid berkata, Umno adalah anak didik British yang diiktiraf sebagai golongan konservatif, sebab itu sehingga sekarang walaupun sudah 54 tahun merdeka, mereka masih bermati-matian mempertahankan British.
“Umno adalah golongan konservatif yang menjadi anak didik British, malangnya setelah 54 tahun merdeka Umno masih mempertahankan British.
“Cuma Umno tidak sedar mereka adalah 'radio buruk' hari ini di mata rakyat yang sudah merdeka,” katanya. -TMI
18 ulasan:
Jejaskan PR??????????????
Beliau lupa banyak kenyataan DAP melukakan PAS
Bodoh juga ghupenye si karpal ni...
Sepoi digunakan oleh British untuk bunuh pejuang Melayu. Sepoi ni kebanyakannya India/Punjap dan Nepal. Tolong betulkan kalau Yong silap.
Dimanakah para benggali ketika British menjajah malaya? Woooo
sebagai anjing yg taat, (an obidient dog), PAS seharusnya akur dan ikut kenyataan Karpal itu.
ingat la, sumber duit dan sumber undi PAS bergantung penuh kepada karpal si taghut itu.
Mat Indera sendiri adalah ahli PKM yg mengikut telunjuk En. Goh (rejimen ke 4 PKM).
wallahualam. Amin.
Depa serupa...
PunjabPutra...(Karpal)
BumiPutra...(UMporNO)
UMNO rasa merekalah pejuang sebenar.Sebenarnya mereka lah talibarut British ketika menjajah MALAYA.Renungkanlah siapakah yang telah ditahan, dibunuh, dibuang daerah, dibuang negeri dicop sebagai haluan kiri dan pengganas?????????Mereka adalag pejuang-pejuang Islam yang tak ada un nilai sejarah pada UMNO.Selama ini UMNO menipu rakyat dalam buku=buku sejarah yang kita baca.Cukulah UMNO.............
mat sabu terencat akal sebab banyak makan kueh akok kedut norma....
Salam Aidilfitri,
Saya nak komen sikit pasal kenyataan Saudara Mat Sabu dalam ceramahnya. Saya rasa beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tentang peristiwa Bukit Kepong itu. Patutnya fokus para pemimpin PR khususnya PAS tertumpu kepada usaha memenangi hati rakyat pelbagai kaum ke arah menguasai Putrajaya. Nanti kalau dah berjaya barulah kita boleh minta para sejarawan mengkaji semula tentang sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan dahulu. Kena ingat mengaitkan komunis dalam perjuangan kemerdekaan adalah suatu yang mengecewakan kerana kita kena ingat bahawa perjuangan komunis melalui PKM adalah untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British dan seterusnya menubuhkan Republik Komunis Malaya.Apa-apapun sebagai rakyat Malaysia kita tidak boleh menerima komunis kerana ideologinya amat-amat bertentangan dengan Islam. Baik macam manapun mereka tetap komunis. Saya sangat setuju jika Saudara Mat Sabu mempromosi para agamawan sebagai pejuang kemerdekaan sebenar/tulen kerana para agamawan ini yang sepatutnya dibela dan diberikan pengiktirafan dalam sejarah membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British.Kepada para pemimpin PR harap selepas ini pilihlah isu yang dapat menarik sokongan rakyat untuk diketengahkan. Memanglah perjuangan menegakkan keadilan memerlukan keberanian tetapi pada masa yang sama strategi dan taktik perjuangan perlu kena gayanya.Jangan terlalu ghairah mengeluarkan macam-macam kenyataan yang akhirnya memakan diri kita dan menjejaskan perjuangan. Jangan rasa apa yang kita buat semuanya betul. Harap selepas ini kita ambil iktibar daripada "Peristiwa Mat Sabu" dan "Peristiwa Dr. Che Rosli" dalam kes Lynas. Wallahualam.
Elok kita dengar dulu penjelasan En Mat Sabu dalam soal siasat Polis. Apa yang timbul sekarang adalah ekoran lapuran Utusan Melaysia yang menjadikan ISU.
Peristiwa Bukit Kepung telah berlaku..sesiapa saja warga Malaysia yang mengikuti Penulisan Sejarah Kemerdekaan akan memperkatakannya..
Orang yang hidup di situ pada ketika itulah yang tahu tarmasuk warisan keluarga yang terkorban maupun yang tertangkap spt Mat Idera.
Kita pada hari ini hanya dapat membaca versi-versi yang diceritakan/digenrekan/didokumentasikan mengikut pihak yang membuat
Warisan keluarga Mat Inderalah yang boleh mengambil tindakan undang-undang semasa keatas mereka-mereka yang mencipta cerita yang TIDAK BENAR termasuk filem Bukit Kepung
Selepas PRU ke-12 hari tuh berganyah sakan para pemimpin dalam komponan Pakatan Rakyat hingga sangat menjejaskan reputasi PR. Kini apabila 'benjolan' itu dah licin semula dan PR telah kelihatan serinya semula dan berhampiran masa untuk memilih semula, bermula pulalah 'kebangangan' dan ketiadaan kebijaksanaan melahirkan kata-kata dan tindak dalam kalangan pemimpin PR... Yang dipancing menjauh yang dekat mula menyisih dan yang 'serumah' pula bercakaran dek bertelingkah pendapat tentang kebobrokan kata dan tindak...
Pakatan Rakyat nak menuju ke mana dengan suasana seperti itu. Nak jadi pembangkang sampai kiamat atau membuktikan wibawa mengurus-tadbir negara dengan kepelbagaian warga dan latar kewarganegaraannya...!!!???
Bila Karpal Singh mengambil kesempatan isu Bukit Kepong yang dibangkitkan oleh Mohamad Sabu, perlulah kita bertenang terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu andian terhadap beliau.
Ada kemungkinan asal usul Karpal Singh adalah pendatang dari India yang dibawa masuk oleh British dijadikan askar upahan.
Disebabkan pekara itu maka Karpal Singh cuba menutup cerita sebenar bahawa keturunannya adalah baruah British sama seperti UMNO jadi pewaris British.
Walaupun Karpal Singh seorang peguam yang hebat, dia juga mempunyai kelemahan dan ada kaitan dengan British seperti pemimpin UMNO.
Untuk memahami maksud Karpal, sila rujuk kenyataan akhbarnya dan nilaikan apa motif yang sebenar.
Pemimpin UMno tiap2 hari kempen dalam media massa supaya rakyat tidak lupakan pejuang kemerdekaan.sekarang masa telah tiba kita beritahu rakyat siapakah pejuang kemerdekaan sebenar,betulkan sejarah penipu UMNO.Mat sabu telah mulakannya...
Karpal Singh seorang peguam yang handal.Itu diakui tapi dia bukan tau sangat tentang sejarah Tanah Melayu.Kalau sekadar dia baca 1-2 buku (ditulis 10-20 tahun lepas kemerdekaan) fakta-fakta yang ada dalam buku-buku tu dah diselewengkan oleh ilmuan-ilmuan upahan UMNO.Macam juga orang Singapura,tak ramai yang tau apa itu Temasik.Mat Sabu bercakap dalam "konteks sejarah".Parti Komunis Malaya pun menentang British nakkan kemerdekaan tapi mahu membawa pemerintahan ala-komunis.Walau pun fahaman komunis tak diterima oleh masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu,namun PKM masih boleh dikira mahukan kemerdekaan.Ini fakta sejarah,sama ada kita suka komunis atau tidak bukan isu sebab yang diperkatakan ialah aktiviti "menuntut kemerdekaan".
Bitish ni ada kekuatan dan kelemahan, British ada membunuh pejuang Melayu...... Ada juga British tolong orang Melayu. kalau Britih x tolong orang melayu masa darurat, dah lama Malaysia jadi negara komunis. Masa tu orang melayu buat sebatang jarum pun tak boleh, Cuba tanya aki, yang, semua takut komunis masa tu. Orang kampung gali lubang nyorok dalam tanah. Ini sejarah. Pening betul..... sekarang ni. Zaman tu Komunis tengah mengembangkan pengaruhnya di Malaysia dan Indonesia. Cuba sikit Brother greenbox jawab
Aku dari dulu lagi sudah mengatakan Karpal Singh sudah tidak relevan lagi dengan cuaca politik semasa. Dia sesuai dan seangkatan dengan Tun Hussein Onn / Che Det. Pemikiran beliau sudah tidak boleh diguna pakai. Sayang sekali, beliau juga seperti UMNO-APCO. Sebagai seorang peguam yang 'hebat', beliau sepatutnya lebih mementingkan fakta kes seperti masa, pelaku, ... dan bukan melalak. Aku berharap DAP tidak lagi mencalonkannya untuk pilihanraya akan datang. Biarlah dia bekerja sebagai peguam sepenuh masa aja.
Merdeka. Merdeka. Merdeka... dari dijajah oleh British dan tali barutnya UMNO-APCO, MCA, MIC, ...
aku terbaca kenyataan yang ditulis oleh anonymous bacul mempersoalkan mat sabu silap dengan menyamakan seperti Dr Rosli. Aneh betul dia ni sehingga sanggup menggadai nilai sejarah atas alasan takut kalah dalam pilihanraya. Baru berapa tahun umur orang ini? Perjuangan menegakkan islam bukan kerana ada Karpal Singh. Siapa Karpal Singh sehingga terpaksa akur dengan pandangan benggali tu? Benggali tu dilahir tahun 1940, masa Mat indera menyerang benggali tu tengah jaga lembu, berumur baru belasan tahun. Ayah benggali ni dibawa dari Punjabi. Dia bukan sayang islam pun. apatah lagi nak fikirkan para-para syuhada melayu yang gugur melawan penjajah inggeris. Penentangan terhadap penjajah ini bukan bermula masa british. dulu lagi. ingat peristiwa raja haji. Pejuang islam ditanah melayu tidak kisah siapa, kamu melayu ke, kamu india ke, kamu cina ke, asalkan kamu bersekongkol dengan penjajah, kamu kami tentang. bukan sedikit melayu jadi barua british dan jadi barua jepun. penentangan terhadap british adalah era kemudian. pada masa itu melayu talah tahu berpersatuan, orang cina pun sama, ada jadi barua british seperti Lee Kuan Yew. Orang cina yang tak dapat nikmat dengan british juga menentang penjajah. tapi penentangan nya tidak sama dengan melayu dan islam tapi mempunyai matlamat awal yang sama iaitu untuk menghalau British. Soal nak tubuh negara kominis itu soal lain. itu tak sama dengan pejuang islam seperti Mat Indera, Dato Maharajalela, Tok Janggut, Hj Abdul Rahman Limbung, Dato Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah dan ramai lagi. Mana mungkin Ulama nak tubuh negara kominis. Ini auta British. Nak kaburi sejarah, nak tipu melayu terutama Raja Melayu. Jadi jangan jadi bodoh dengan sejarah. Perjuangan kita atas dasar sejarah. Perjuang kita untuk membebaskan jahiliyyah. perjuangan kita atas amanah Allah. Jadi terlalu bodoh sangat kalau takut tak menang. Ini perangkap UMNO. Karpal Singh bukan penentu dalam DAP. Hanya setakat sekor benggali. Tak sanggup terima islam tak apa, tapi ingat. pejauang islam...membujur lalu, melintang patah. kalau tak sanggup menyerah darah dan nyawa pada agama, jangan cakap pasal perjuang, bukan sekadar takut dilambung ombak.
Apa nak jadi dengan PR, sekutu sendiri pun dikutuknya bila kenyataan tidak menyebelahi mereka.
Catat Ulasan