Mad Indera dapat tauliah agama dari kerajaan Johor
Mat Indera adalah seorang guru agama yang mendapat tauliah agama dari kerajaan negeri Johor, kata AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar).
"Umno dan penjajah yang tuduh Mad Indera komunis," kata beliau ketika bercakap kepada kira-kira 500 perantau Terengganu yang pulang beraya di kampung semalam.
Beliau mengulas serangan Umno dan medianya yang bertubi-tubi terhadap timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang mancadangkan agar sejarah negara dikaji semula.
Ini berikutan dari dakwaan bahawa Umno melakarkan sejarah negara berdasarkan kepentingannya tetapi bukan cerita yang sebenar.
Mohamad Sabu berkata, isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950 telah diceritakan Umno sebagai penjahat menyerang hero iaitu polis yang mempertahankan balai itu.
Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin membuat filem Bukit Kepong pula berdasarkan persepsi itu.
Antara yang menyerangnya adalah kumpulan yang dipimpin oleh Mat Indera di samping komunis yang juga melawan penjajah British ketika itu.
Polis ketika itu adalah bertugas dengan penjajah Inggeris yang menjajah Tanah Melayu pada waktu itu.
Antara pihak yang menentang Inggeris adalah pejuang Islam yang dipelopori oleh Abu Bakar Al Bakir, kumpulan Nasionalis Melayu pimpin Ahmad Boestaman dan juga komunis.
Namun kesemua mereka tidak menjadi hero yang memperjuangkan kemerdekaan dan melawab bagi pengkisah sejarah negara yang dipimpin Umno tetapi yang menjadi hero adalah Datuk Onn Jaffar dan Tunku Abdul Rahman.
Padahal Datuk Onn adalah menteri besar yang dilantik Inggeris untuk mentadbir Johor. Tunku Abdul Rahman pula adalah pegawai British.
Seminar sejarah
Akibat salah faham ini, Abu Bakar Chik yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat berkata, pihaknya akan menganjurkan satu seminar khas bagi mengkaji balik sejarah ini.
"Kita akan adakan seminar untuk mengkaji balik sejarah ini, antaranya kes Mat Indera yang akan kita kaji semula.
"Kita akan kaji dan nilai siapa pejuang kemerdekaan sebenarnya," kata beliau dalam majlis itu.
Bagi beliau, apa yang cuba dikatakan oleh Mohamad Sabu adalah meminta rakyat negara ini mengkaji semula sejarah yang ditulis selama ini oleh kerajaan Umno untuk kepentingan politik parti itu.

2 ulasan:
Mohamad telah menyifatkan kumpulan yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 1950 sebagai hero sebenar dan bukannya anggota polis British yang terkorban dalam peristiwa itu.
Cerita yang dibangkitkan ialah pada tahun 1950. Ini bermakna polis yang diserang itu adalah polis British bukan polis diRaja Malaysia.
Tapi malangnya Tokoh sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim bercakap diluar kotak perbahasan.
Sama ada tokoh sejarah ini bodoh sombong atau sengaja bersubahat membodek UMNO... tidak dapat dipastikan.
Mohamad Sabu cerita tentang sekumpulan penentang penjajah Tanah Melayu menyerang polis British di Bukit kepong 1950 dianggap sebagai hero tapi Dr. Khoo Kay Kim pula menetapkan bahawa anggota polis British yang terkorban itu sebenarnya hero.
Mengapa tokoh sejarah ini memandang penjajah British di Tanah Melayu sebagai hebat dan dalam masa yang sama menghina komunis yang menyerang British ?
Malang sungguh jadi seorang Tokoh sejarah, seperti Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay yang tidak bertanggongjawab dalam tugasnya memberi maklumat sejarah dengan tepat kepada rakyat...?
Pemimpin UMNO Baru mengutuk Mohamad Sabu kerana mengikhtiraf komunis sebagai pejuang kemerdekaan tapi Pada 10 Januari 2005 Kementerian Dalam Negeri telah meluluskan penerbitan suara rasmi Parti Komunis Malaya bernama ‘The People’s Daily.’ sebuah akhbar Republik Rakyat China.
Akhbar ini merupakan suara rasmi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China.
Sila Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim terangkan apa jenis hubungan antara UMNO Baru dengan Komunis China....?
Jangan diam seperti lembu kenyang...!
mmg dah jadi lembu kenyang..maka diamlah..
Catat Ulasan