7 Sep 2011

Dr.Asri Kecam JAIS Dakwa Khalid Samad Sampaikan Tazkirah Ramadhan

Dr Asri kecam tindakan Jais

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (gambar) menyifatkan apa yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekarang adalah mengekalkan sistem penjajah untuk mengekang agama sendiri.

Sehubungan itu, beliau yang melahirkan simpati terhadap anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang didakwa Jais semalam berkata, "jangan hairan jika ramai orang murtad.. kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama."

Asri mengulas tindakan Jais yang mendakwa Khalid semalam dan akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Klang 24 November depan kerana memberikan tazkirah di sebuah surau tanpa tauliah dari Jais.

Sebelum ini, Asri juga adalah menjadi mangsa Jais apabila beliau dikepong oleh penguatkuasa Jais ketika sedang memberikan kuliah agama seumpama penjenayah.

Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam semalam dan dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini.

"..simpati apabila ada ahli Parlimen yang diambil tindakan oleh Jais kerana memberi tazkirah..sekalipun tiada bukti ada kesalahan dalam tazkirah tersebut.

"Begitulah susahnya berdakwah..sistem penjajah dipakai untuk mengekang agama sendiri.. jangan hairan jika ramai orang murtad.. kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama," tulis Asri dalam Facebook.

Bagi beliau, tindakan Jais ini seumpama arahan Nabi s.a.w "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat" dimansuhkan.

Bagi Dr Asri, perkara ini berlaku kerana pihak yang tidak layak dan berilmu sewajarnya diberikan kuasa mkenjaga agama.

"Yang tidak layak menaungi agama diberikan kekebalan yang tidak diberikan kepada al-Khulafa al-Rasyidin sekalipun..apapun yang selamat HARD ROCK CAFE jua," tulis beliau.

Tazkirah: Jais dakwa Khalid Samad, tauliah Dr Rani dibatal

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Sementara isu membabitkan serbuan ke atas gereja belum lagi reda, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mendakwa Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dari PAS kerana memberikan tazkirah tanpa tauliah.

Turut menerima tindakan Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadan lalu.

Khalid (gambar) dipanggil di pejabat Jais hari ini dan dinyatakan pendakwaan ke atas beliau.

Perbicaraan ditetapkan 24 November ini Mahkamah Syariah Klang.

Beliau dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Dr Rani dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor Jun lalu manakala Khalid, Yang Dipertua PAS Shah Alam pula sebagai salah seorang timbalanya.

Dr Rani, Adun Meru, menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang merupakan Exco Kerajaan Negeri bagi hal ehwal agama sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor.

“Tauliah saya tamat Ramadan lalu selepas menerimanya tahun lepas dan saya telah memohon untuk menyambungnya. Namun saya menerima surat dari Jais permohonan saya ditolak dan tauliah saya ditarik balik oleh Jais,” kata Dr Rani dipetik Harakahdaily.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadan pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Sebelum ini, Jais mendapat kritikan pelbagai pihak apabila didakwa membuat serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.

Jais pula berkata, pihaknya membuat pemeriksaan dan bukannya serbuan di gereja itu atas dakwaan dan maklumat ada usaha mengkristiankan umat Islam.

Dalam pada itu, Khalid ketika dihubungi Harakahdaily berkata, semasa tazkirah Ramadan itu beliau memang menyentuh peranan umat Islam dalam menguruskan hal ehwal agama di negeri ini.

“Saya memberikan tazkirah tentang cerita yang berlaku di zaman Saidina Ali menjadi khalifah Islam di mana semasa peperangan Sifin baginda dapati baju besi baginda hilang.

“Apabila pulang baginda dapati seorang Yahudi sedang menjual baju besi itu di pasar lalu baginda berkata itu baju besinya. Yahudi itu pula berkata, ini aku punya.

“Lalu kes ini dibawa ke mahkamah Islam ketika itu iaitu Qadhi. Qadhi bertanya Saidina Ali, apa bukti dan saksi bahawa baju besi itu baginda yang punya.

“Saidina Ali berkata, bukti tidak ada tetapi saksi ada iaitu Hassan dan Husein. Qadhi kata, kedua-duanya tidak boleh jadi saksi yang adil kerana mereka berdua anak baginda. Jadi kes ini ditolak oleh Qadhi dan jadilah baju besi itu milik Yahudi itu.

“Saya ingin beritahu kepada hadhirin keadilan Islam ini bukan kepada Islam sahaja bahkan kepada Yahudi pun hatta berlawan dengan Khalifah Islam sendiri.

“Saya nak kaitkan, kita umat Islam kena dengar kedua-dua belah pihak dalam kes Jais siasat gereja ini bukan dari sebelah pihak dan membuat keputusan,” cerita Khalid tentang tazkirah yang diberikannya. -TMI


Ulasan GB

PAS perlu siasat hal ini.

Mengapa Exco Agama yang bernama Hassan Ali boleh membiarkan JAIS bertindak sesuka hati di dalam negeri berkenaan sedangkan JAIS adalah agensi dibawah seliaannya atau apakah ia sebahagian daripada rencana Hassan Ali sendiri berdendam terhadap Ahli Parlimen Shah Alam dan Pesuruhjaya PAS Selangor tersebut? Itu setidak-tidaknya persepsi yang lahir pada kebanyakan ahli.

13 ulasan:

Monkey Shooter berkata...

Muka Hassan Ali tu memang muka UMNO. Walau seribu kali mengaku PAS pun, muka beliau tetap muka UMNO.

Waris berkata...

Jangan sampai rakyat hilang hormat pada ketua agama Islam yang tak reti agama... cuma reti berHARD ROCK je

Unknown berkata...

entahlah, hanya malaysia je yang sibuk dengan tauliah semua ini. yang bagi tauliah pun tak bertauliah. mereka hanya duduk dalam pejabat. dengar arahan politik dari pihak tertentu. tujuannya nak menjerat mana-mana ADUN atau MP pembangkang yang masuk surau atau masjid, jerat mereka. Ini arahan siapa? Macam ada dendam kesumat.Islam tidak ke mana kalau main begini. Memalukan. Iniulah cara islam Melayu, bukan Islam mengikut ajaran yang sebenarnya. Semaklah kitab-kitab muktabar yang ada. Adakah ajaran tauliah ini dari mereka?

Awanama berkata...

BIASA LA TU.UMAT AKHIR ZAMAN. YANG HINA DIANGKAT JADI PEMIMPIN.LOL JOM KE MASJID!

hussin berkata...

inilah agenda sebenar british! payung agama hanya untuk melayukan melayu. yang berkuasa anak didik british. ucapan2 anti agama memperkukuhkan lagi peranan anak didik british.

ini masa untuk hassan ali balas dendam. bukan sedikit peranan beliau menyokong ug. presiden dan setiausaha agong boleh lena tidur ke? nasha senyap je atau di belakang hassan ali? paying time maa!

ayam hutan berkata...

gunting dalam lipatan. Nak jadi menteri besor tak kesampaian

Hambamu Yaa Allah.. berkata...

Assalamualaikum wrt....sy merupakan seorang mualaf yang baru memeluk islam yang hampir setahun dan tahun ini merupakan tahun pertama saya menyambut ramadan dan syawal sebagai seorang islam, cuma saya rasa cukup sedih dengan peranan JAIS sebagai sebuah badan yang seharusnya memantau dan megambil berat tentang sy sebagai seorang mualaf di abaikan begitu sahaja, sejak memeluk islam sehingga kini dah hampir setahun sy dah islam hanya sekali sahaja JAIS hubungi sy dan tanya khabar, selepas itu sy di lupakan begitu sahaja sehingga kini....bulan ramadan pun dah lepas dan sekarang bulan syawal....sibuk sagatkah JAIS untuk memantau perkembang mualaf seperti sy ini.....dah selesaikah tanggungjawab JAIS untuk mualaf seperti sy ini....di manakah peruntukan zakat yang telah di peruntukan kepada seorang mualaf.....atau tidak layakkah seorang mualaf mendapat peruntukan zakat.....dan untuk pengetahuan saudara sekalian saya ada banyak fakta lagi ttg JAIS....salah satu cukup susah kami yang baru peluk islam ni untuk dapatkan KAD Memeluk Islam....Islam memudahkan bukan untuk menyusahkan umatnya....sekian terima kasih...yang buruk dari saya dan yang baik dari Allah Taala....Allah Huakhbar....Assalamualaikum wrt.....

mahyuddinm berkata...

Assalammualaikum wrt., penganut agama Allah diMalaysia nie memang susah nak berkembang dan mendapat ilmu lebih-lebih lagi dari pihak-pihak yang berkuasa seperti JAIS sebab mereka menunjukkan kejahilan yang nyata dan terang.

Tetapi saya juga bersyukor kepada Allah swt kerana dengan jelas kita dapat membesakan orang yang bertentangan dengan Islam dengan nyata. Menghalang seseorang dari memberi(share) ilmu Allah dengan kariah-kariah dikawasannya memang nyata bertentangan dengan ajaran RasulNya.

Dr Asri, sudah sampai masa dan waktunya umat Islam Malaysia yang 'beriman' bangkit menentang pengkianat dan pemusnah agama Allah ini.

Awanama berkata...

Jaiselangor / Muiselangor dibawah sultan yg memang macam tu le..selangor dan negeri lain ni macam hakmilik seorang sahaja..yg lain hambakuli aje..

hulktezza berkata...

Salam, setahu saya apa yg tertera didalam facebook DrMaza.com adalah nukilan pembantunyer bukan drp Dr Asri sendiri, kereana yang juga ada memberi buah ikiran didalam kenyataan tersebut.

Tindakan Jais agak melampau jika dilihat drp satu sudut tetapi jika dilihat drp satu sudut yang lain ada baiknyer, kerana sekarang ini kebanyakan penceramah tidak lagi berlandaskan atau berdasarkan kitab, sunnah dan Al Quran bila bertazkirah tetapi berdasarkan fahaman parti politik masing2 baik yg biru atau pun yang hijau ini menyumbang kepada perpecahan ummah yg merugikan ummat Islam secara amnyer dan melayu secara khususnyer. amat menakutkan bila penceramah agama daripada mana2 parti hanya kan attarct crowd drp parti terbabit.....rugi dan amat merugikan.

Ini membataskan perkembangan ilmu wahyu "revealed knowledge" juga ilmu aqli "acquired knowledge" secara perlahan membuat org Islam di Malaysia ini tertinggal di pelbagai bidang dan rapauh drp segi syariatullah dan sunnatullah.

firman Allah dlm surah al Nahl 16:95
Dan janganlah kamu jadikan pesanan2 dan perintah Allah aebagai modal utk mendapat keuntungan dunia yg sedikit.

Salam.

Awanama berkata...

Ini bukan masalah Hasan Ali atau MB, ini ada dalang bertengkolok.

1 Malaysia berkata...

Di mana DYMM Sultan Selangor? Tak mampukah Tuanku menangani masalah ni? Kan JAIS di bawah naungan DYMM Sultan Selangor?

hairan berkata...

betul tuh baru aku teringat nabi suruh sampaikan ilmu walau sepatah. TQ Dr Asri. orang berdakwah benda baik disekat... agaknya jabatan agama kat malaysia nih ada nabi lain kot???

yang berdakwah buat maksiat di alu-alukan... islam ala UMNO... sekarang baru aku faham bila orang cakap UMNO tuh ada agama islam tersendiri. Seperti biasa KETUANAN MELAYU DIUTAMAKAN, ISLAM DIKEMUDIAN KAN!

memang patut pun kristian tuh bercambah cepat kat malaysia sebab pendakwah dia tak perlu sijil HALAL DAN PENGESAHAN mcm jais, jaij, jindol, jintot dlll

bahlol punya ulaMAKAN akhir zaman....