17 Sep 2011

Dasar Penjajah Pisahkan Politik Dengan Agama

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan bahawa perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah berteraskan Islam sekaligus menolak sebarang usaha yang bertujuan mematahkan agenda politik parti itu dengan menyekat ahli politik memberi tazkirah dan ucapan berunsur keagamaan.

"Bagi PAS, sememangnya teras perjuangan politik kita adalah Islam, lalu kita tidak memisahkan antara politik dan agama, bagaimana kami mahu pisahkannya, ahli politik tidak boleh menyebut pasal islam sedangkan PAS adalah parti Islam," katanya ketika dihubungi Tv Selangor, hari ini.

Khalid sebelum ini didakwa menyampaikan tazkirah tanpa tauliah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Surau Taman Seri Sementa, Kapar Klang pada 16 Ogos lalu.

Namun menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu, beliau hanya menyampaikan ucapan Ramadan dan bukannya memberi tazkirah atau mengajar agama seperti yang didakwa.

Menurut Khalid, tindakan Jais dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyimpulkan bahawa ucapannya sebagai melanggar enakmen 119(1) Jenayah Syariah Selangor 1995, iaitu mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah Seksyen 118 adalah melakukan suatu kesalahan, tidak relevan dalam kes beliau.

Walau bagaimanapun jelasnya, insiden seperti ini mudah berlaku apabila badan-badan yang sepatutnya bebas seperti Jais dan Mais diperkudakan oleh pihak berkepentingan dalam kes ini seperti Umno.

"Ini memang perancangan yang ada pada Umno selama ini, mereka berusaha untuk pintas kerana selama ini kita berjaya bertemu dengan masyarakat di masjid dan surau, jemaah suka dan terus menjemput kita untuk terus berucap.

"Sememangnya ini usaha Umno menggunakan Jais dan Mais, dan inilah yang saya lawan dan tentang kerana saya sayangkan kedua-dua badan ini yang mana telah banyak berkhidmat untuk orang Islam dan kita tidak mahu ianya terus diperkuda oleh Umno untuk kepentingan politik mereka,"
jelasnya.

Tambah beliau, Umno menggunakan kuasa yang dimiliki mereka ke atas jabatan agama di Selangor untuk memisahkan politik dan agama yang menjadi kekuatan seteru politik mereka.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Pengarah Jais, Tuan Haji Marzuki Hussin bertegas bahawa pihaknya tidak akan membenarkan mana-mana ahli politik dari mana-mana parti untuk berceramah dan berpolitik sejajar dengan titah Sultan Selangor yang tidak mahu masjid dijadikan gelanggang politik.

"Ekoran daripada surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Istana, telah menyatakan bahawa ahli-ahli politik tidak dibenarkan untuk berceramah di masjid dan surau," ujar Marzuki.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media Jais berhubung penjelasan pemberian tauliah mengajar dan memberi ceramah bagi ahli politik di negeri Selangor, di bilik Mesyuarat Pateh Akhir Bangunan Jais, Shah Alam, hari ini.

Mengulas lanjut, Marzuki menjelaskan sekiranya ahli politik dipanggil untuk mana-mana upacara mahupun perasmian yang bertempat di masjid dan surau, maka ia haruslah dibuat di perkarangan premis tanpa ucapan berunsur politik dan lambang parti.

"Kita telah mengeluarkan surat edaran dan peraturan masjid, ianya hanya dibenarkan di luar perkarangan masjid tanpa sebarang lambang mana-mana parti politik, banner mahupun risalah politik dan ucapannya bebas dari unsur politik,"katanya.

Susulan daripada itu, pihak Jais tidak akan memperbaharui sijil tauliah kepada mana-mana ahli politik yang sebelum ini memiliki sijil tersebut daripada pihak Jais.

Sekurang-kurangnya Jais telah mengeluarkan 2,601 sijil tauliah seluruh Selangor setakat ini.

Daripada jumlah itu, kurang daripada 100 sijil sahaja dikeluarkan untuk ahli politik di Selangor.

Bagaimanapun pihaknya tidak mampu memantau semua pergerakan ahli politik yang berceramah tanpa tauliah kerana kekurangan penguatkuasa.

"Jais hanya ada lebih kurang 100 sahaja penguatkuasa jika mahu dibandingkan dengan jumlah masjid yang beribu dan ratusan surau di Selangor,"katanya lagi.

Selangor sekurang-kurangnya memiliki 2,081 masjid dan 380 surau.




Ulasan GB

Inilah yang UMNO warisi dari penjajah - pemisahan agama dengan politik.

Sekularisma yang ditinggalkan oleh penjajah yang berasaskan kepada doktrin "Render unto Caesar the things which are Caesar’s, and unto God the things that are God’s" (berikan hak Caesar kepada Caesar dan hak Tuhan kepada Tuhan) merupakan doktrin yang suci - maka dengan itu sewaktu penjajah menduduki Tanah Melayu, mereka menjadi pentadbir negara dengan tidak menyentuh hal-ehwal berkaitan agama.

Diujudkan Majlis Agama Islam di setiap negeri yang dengannya menyebabkan Islam bukan agama yang dijadikan tempat rujukan untuk memerintah neggara tetapi sebaliknya perlu tunduk dan patuh kepada keputusan pemerintah. Islam menjadi agama yang diperintah bukan agama yang memerintah. Itu kejayaan penjajah yang diwarisi UMNO saat ini.

Itu sebabnya di dalam UMNO, memang tidak ada nilai-nilai agama seperti pahala dan dosa. Untuk mendapat dan mempertahankan jawatan dan kuasa, boleh berbuat apa saja - berbunuh pun tak apa!

9 ulasan:

1 Malaysia berkata...

YANG INI orang "ISLAM" atau "MELAYU"? Yang AKU tahu, orang Islam tidak akan menghalang orang Islam lain melakukan perkara-perkara yang baik-baik tapi sebagai "MELAYU", entahlah.
Di manakah perginya Sultan yang bijaksana? Yang diberi kuasa untuk mentadbir hal ehwal agama Islam? Adakah mungkin Sultan hanya mengendali hal ehwal dan adat istiadat "MELAYU" dan dah tak mampu mengendalikan hal ehawal Islam?
AKU rasa sudah sampai masanya Sultan menunjukkan kuasa yang telah diberi kepada depa untuk bertindak dengan adil mengikut landasan agama dan bukan landasan politik. Awat orang politik tak boleh berceramah tentang agama? Ini dasar penjajah yang terbawa-bawa hingga hari. Lepas tu, dok kata kita tak pernah dijajah. Sebagai Sultan, janganlah diperbodohkan lagi oleh puak UMNO lagi. Kemasukan British diletakkan di atas bahu Sultan. Entahlah bila Sultan nak sedar? Jangan sampai rakyat dah meluat, baru nak kelam kabut. Bertindaklah dengan adil semasa rakyat masih ada sedikit hormat kepada Sultan. Percayalah bahawa kebanyakan rakyat biasa menghormati Sultan TAPI bukan UMNO. UMNO hanya tahu mempergunakan Sultan aja. Jangan lupa sejarah telah menunjukkan bahawa ada sebahagian Sultan di Malaysia ni bukan asalnya dari TANAH MELAYU (Tanya Parameswara). BACA SEJARAH sebab ianya tidak TIPU. Yang dok tipu ialah orang yang tulis sejarah.

hyhhh berkata...

mmg dasar penjajah..

Jom terjah sini:
1)Perlumbaan Drag Terbaik Dunia !
2)Menarik!!Video Wartawan Tercirit Dalam Seluar
3) TV3 ONLINE STREAMING

Tanpa Nama berkata...

kalau sesakorang itu faham apa itu islam mereka tak kan berani menghalang ingatlah balasan allah

Khairi berkata...

YB Khalid, teruskan perjuangan anda,berpesan tentang Islam dgn kemampuan masing-masing adalah tuntutan agama ini, hanya orang yg tak mahu kepada Islam akan cuba halang kita dr bercakap benar tentang halal, haram, wajib, sunat & makruh. Kita bukan mengajar, kita hanya menyampaikan dan berkongsi ilmu agama ini kerana ini adalah perentah agama kita. Kami bersama YB.

Tanpa Nama berkata...

Apalah nak dijawab (mereka yang dikatakan menjaga Islam ini)didepan Allah s.w.t nanti. Apakah boleh di jawab dengan mengajar politik islam umat islam akan berpecah belah?

Sampai bilakah ajaran islam sebenar ini perlu disekat dari pengetahuan umat islam?

Agaknya inilah peninggalan penjajah kepada mereka yang dikatakan menjaga agama ini.

Tanpa Nama berkata...

Serba salah ye jadi ketua jabatan ni. Mcm Pengarah JAIS Hj Marzuki, hatinya tentu berbelah bagi ... Kenapa le ko kacau & menyusahkan, hai UMNO.. Dugaan, dugaan..

C

JAKA berkata...

kalau umno buat ceramah agama, dia org tulis anjuran UMNO kat bckdrop, tu kira politk kan.

siap la umno kita kerjakan kalau buat mcm tu

dasar penjajah sekular umno

DAH TUA DAH berkata...

MENYEKAT,MENHALANG,TIDAK MENBERI GURU DAN AHLI AGAMA MENGAJAR DENGAN ALASAN TIADA TAULIAH ,MENROBOH SURAU,NAK MENROBOH PRA-PASTI,MENDAWAH GURU YG MENGAJAR DIPRA PASTI,NAK TUTUP SEK AGAMA,MENBEHENTIKAN KEWANGAN BERTUAN SEK AGAMA RAHYAT,SEK AGAMA TERPAT PENGANAS,MENBUAT KULIAH AGAMA DIMASJID DAN SURAU SEMINGGU SEKALI ATAU SEBULAN SEKALI DAN BERMACAM MACAM LAGI SEKATAN YANG DIKENAKAN ATAS MASYRAKAT MELAYU /ISLAM. ADALAH KERANA MERAKA (TALI-BEROT UMNO-YAHUDI (Z)DAN PENJAJAH) TIDAK MAHU ORANG MELAYU ISLAM MENJADI PANDAI DAN KUAT AGAMA(MERAKA MAHU ORANG MELAYU \ISLAM BODOH DAN JAHIL. MERAKA TAHU BANYAH ORANG MELAYU\ISLAM JAHIL DENGAN ILMU AGAMA,KERANA BANYAH YG BERLAJAR DISEK KEBANGSAAN(SEKULAN) DARI SEK RENDAH SEMPAI SEK MENENGAH DAN TIDAK KUAT DIAJAR DENGAN ILMU AGAMA.OLEH ITU MERAKA (UMNO\ YAHUDI(Z) AKAN MENLAKUKAN BERMACAM MACAM HAL DAN PENKARA SUPAYA ORANG MELAYU\ISLAM TETAP DIDALAM KEBODOH MERAKA.BILA BODOH MERAKA ADA KUASA. DAN UTK TIDAK MAHU KEHILANGAN KUASA DIMASA DAPAT, MERAKA MESTI MENJADIKAN ORANG MELAYU BODOH.ITULAH TUJUAN MERAKA KINI DAN SELAMA-LAMANYA.DAN KINI MAJLIS AGAMA ISLAM PUN NAK ATAU DAH JADI KIANAT.

Tanpa Nama berkata...

biarkan mrk. sng je. adakan juga ucapan tapi bkn cermah atau tazkirah. kalau ke mahkamah mmg kantoi puak gerombolan.