28 Ogo 2011

Pembongkaran BERS✔H: Belum Daftar Tapi Nama Tersenarai Dalam Sistem SPR

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendakwa berlaku kepincangan baru dalam daftar pemilih ekoran aduan bahawa ada rakyat yang masih belum mendaftar sebagai pengundi, namun nama mereka sudah terdapat dalam sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 berkata, rakyat disarankan agar melakukan semakan bagi memastikan maklumat peribadi dalam daftar pemilih lengkap dan betul.

“Akhir-akhir ini, Bersih 2.0 telah menerima beberapa kes di mana individu-individu yang belum mendaftar mendapati mereka dimasukkan dalam daftar pemilih. Terdapat juga kes di mana kawasan mengundi telah ditukar tanpa diberi notis,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru itu, Bersih 2.0 yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevasan meminta semua rakyat sentiasa peka dan mengambil langkah bagi mengelakkan kepincangan berlaku.

“Oleh itu, Bersih 2.0 menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk mengambil langkah-langkah ringkas berikut untuk memastikan setiap warga Malaysia memastikan hak anda kepada pilihan raya yang bersih, bebas dan adil tidak dicabuli.

“Semak nama anda dalam daftar pemilih untuk memastikan maklumat anda dalam daftar pemilih adalah tepat, semakan boleh dilakukan di laman web SPR, Kami berharap kepada semua warga Malaysia tidak kira di dalam atau di luar negera untuk menyemak nama dalam daftar pemilih,” kata Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0.

Selain itu, jawatankuasa Bersih 2.0 juga meminta agar “Individu yang belum mendaftar untuk mengundi juga digalakkan untuk menyemak nama.”

Kata Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, sekiranya maklumat peribadi dalam daftar pemilih tidak betul, pihaknya meminta agar dikemukakan aduan kepada badan itu.

“Sekiranya anda mendapat tahu kawasan mengundi anda telah ditukar tanpa pengetahuan atau nama anda dilampirkan dalam daftar pemilih walaupun belum mendaftar, sila berikan maklumat terperinci kepada kami di info@bersih.org atau faks kepada 03-77844978.

“Sekiranya anda masih belum mendaftar untuk mengundi, sila mendaftar di pejabat-pejabat pos yang terdekat selepas Hari Raya Aidilfitri, jangan mengabaikan hak mengundi anda! Pastikan anda mengundi ketika pilihan raya nanti,” katanya.

Isu daftar pemilih menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Untuk memastikan pembaharuan sistem pilihan raya, pentadbiran Najib memutuskan untuk membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang akan dianggotai wakil daripada Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat dan Bebas.

Jawatankuasa pilihan khas Parlimen akan dibentuk rangka kerjanya berdasarkan lapan tuntutan Bersih 2.0.



4 ulasan:

Dr Twetnama berkata...

GB.. selamat hari raya beb..

Khairi berkata...

SPR adalah talibarut UMNO, talian hayat UMNO, oleh itu SPR akan cuba berada banyak langkah didepan penentang UMNO. Saya kira strategi undi hantu naik bas beramai-ramai ke tempat undi sudah diubah cara. Satu cara yg sukar untuk parti penentang UMNO utk halang masa mengundi adalah mereka yg undi menggunakan IC yg pd umumnya nampak sah. Sebab kita dapat rasakan kini SPR dan manusia durjana di JPN telah bersama menipu rakyat dengan menggeluarkan IC kpd yg tak sepatutnya diberi. Namalah apa saja, hakikatnya, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan kuasa pemerentahan mereka. Ya rakyat semua mesti melakukan semakan kerana kita rasa SPR juga telah mendaftar mana-mana rakyat yg tak pernah mengundi utk hantu-hantu mereka menolong undi UMNO dan siapa yg mereka arahkan. Ingat, SPR juga menggunakan IC klon utk membolehkan hantu-hantu ini mengundi lebih dr sekali. Kalau SPR & JPN yakin mereka dipehak yg benar, kita cabar mereka benarkan satu Pasukan Bebas melakukan “audit” terhadap semua dokumentasi & pengkalan data dengan “full access” kpd system computer SPR.

Sinner berkata...

Wife aku pon jadi cemtu masa kami check baru2 ni. Dia kata tak penah daftar mengundi kat mana2.

Tp maklumat tu mmg betul la.. semua tepat. Dah check..

Tanpa Nama berkata...

bab ni biasa je... kadang orang pas pun ada amek ic orang daftar ngundi...