21 Jul 2011

Notis Tak Bagi, Waran Tangkap Nak Dikeluarkan. Undang-undang Siapa Ini?

Waran tangkap: Husam, Hatta tak pernah dihubungi

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa hairan mengenai berita yang melaporkan polis akan mendapatkan waran tangkap terhadapnya dan 12 lagi individu kerana gagal hadir membantu siasatan berhubung perhimpunan 9 Julai.

Setakat ini, katanya, beliau tidak pernah dihubungi polis sama ada dari dari Bukit Aman, ibu pejabat polis Dang Wangi atau ibu pejabat polis Kelantan untuk tujuan tersebut.

"Jadi saya hairan mengapa berita ini (bahawa polis akan mendapatkan waran tangkap). (Saya) tidak dihubungi polis.

"Saya rasa polis kena ikut trend semasa dengan lebih canggih seperti menghubungi melalui SMS, Facebook atau melalui emel," katanya kepada Malaysiakini.

Husam yang juga exco kanan kerajaan Kelantan mendakwa tindakan polis itu tidak wajar dan "mensensasikan keadaan".

"Saya bersedia untuk (memberi keterangan) tetapi polis kena tinggalkan pesan ataupun SMS," katanya

Berita Harian hari ini melaporkan, selain Husam dan Anwar, polis akan mendapatkan waran tangkap ke atas 12 individu lain. Manakala seorang lagi, ahli parlimen TItiwangsa Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali meninggalkan dunia Ahad lalu akibat barah.

Yang lainnya termasuk Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, timbalan pengerusi DAP Perak V Sivakumar, aktivis Wong Chin Huat, pengendali blog Haris Ibrahim, peguam Latifah Koya dan aktivis Badrul Hisham Shaharin.

Sementara anggota parlimen Pakatan Rakyat pula termasuk R Sivarasa (Subang), Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).

Turut tersenarai ialah ketua penerangan Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Sementara itu, A Samad - dalam SMS kepada Malaysiakini - berkata: "Kini semuanya di tangan peguam saya".

Manakala Dr Hatta yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat, juga dalam SMSnya - berkata beliau tidak tahu menahu mengenai usaha polis untuk mendapatkan keterangan daripadanya.

"Saya tidak pernah dihubungi sama ada melalui telefon atau surat oleh pihak polis," katanya sambil menyifatkan kenyataan bahawa beliau gagal memberi kerjasama, sebagai berniat jahat. -mk


Anwar Tidak Terima Notis Polis, Kata Peguam

SHAH ALAM 21 JULAI: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa lain tidak pernah menerima sebarang notis daripada pihak polis untuk memberi keterangan bersabit perhimpunan aman Bersih, kata peguam Parti Keadilan Rakyat, N.Surendran.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR, menafikan laporan Berita Harian kononnya polis memohon waran tangkap terhadap Anwar, anaknya Nurul Izzah dan 11 individu lain kerana tidak hadir memberi keterangan kepada polis sejak 11 Julai lalu.

Surendran menyifatkan laporan akhbar kawalan Umno itu sebagai berniat mencalar imej Pakatan Rakyat.

"Saya boleh sahkan bahawa tidak ada apa-apa notis di bawah Kanun Acara Jenayah mahupun panggilan telefon yang diterima Datuk Seri Anwar meminta beliau agar hadirkan diri ke balai polis seperti yang dinyatakan dalam laporan Berita Harian," kata beliau.

Sehubungan dengan itu Surendren berkata, akan menulis surat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menuntut penjelasan terhadap laporan Berita Harian itu.

"Kita menganggap laporan ini berniat buruk dan sengaja untuk memburukkan pihak pembangkang. Saya percaya daripada senarai 13 orang itu saya boleh pastikan Sivarasa, Datuk Samad Said, Nurul Izzah dan Lathefah Koya tidak menerima notis," tambah beliau.

Antara nama lain yang turut tersenarai termasuk ahli parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli, bekas speaker Perak V Sivakumar, ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 Wong Chin Huat dan Haris Ibrahim dan pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin.

Antara lain laporan itu menyebut polis Kuala Lumpur telah menghantar laporan ke ibu pejabat polis Bukit Aman menamakan 13 individu yang gagal menghadirkan diri untuk membantu siasatan berkaitan perhimpunan Bersih 2.0.

Malah, polis turut membuat permohonan waran tangkap kepada kesemua individu terbabit.

Perhimpunan Bersih 2.0 yang berlangsung di ibu negara 9 Julai lalu menyaksikan hampir 1,700 orang penyokong ditangkap.

Seorang meninggal dunia manakala Anwar, pegawal peribadinya, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu adalah antara mereka yang tercedera akibat asakan polis. -tvsnews


Ulasan GB

Apa punya bahlul?

Notis tidak pernah dihantar tetapi hendak dikeluarkan waran gangkap. Undang-undang & SOP mana yang digunakan? Ingat semua rakyat bodoh ke?

Tindakan sedemikian hanya menunjukkan bahawa ada unsur mala fide di pihak polis. Untuk mencemarkan seseorang dengan pengeluaran waran tangkap berkenaan. Kononnya biar rakyat semua takut dan tunduk, biar semua rakyat kecut perut.

Memang benar beberapa pendapat menyatakan mereka masih berfikiran kuno dan kolot. TG Nik Aziz menyifatkan ia era zaman pemerintahan purbakala.

Kebenaran tidak dapat ditutup dengan sergahan dan ugutan. Ini bukan zaman batu!

SUHAKAM, cepatlah sikit kerja. Bawa polis-polis ini ke muka pengadilan. Kesian rakyat, setelah dizalimi, diperbodohkan pula sedemkian rupa.



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

peperangan saraf telah bermula antara pihak berkuasa dengan parti PAS diatas arahan kerajaan Rosmah NAJIBALTANTUYA,
Pembangkang akan ditindas oleh Barua Barua berlesen BN.

Tanpa Nama berkata...

Semenjak tertubuhnya badan kempen perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut 8 pekara pada SPR, keadaan negara seperti api dalam sekam....

Pasukan polis perlu dipertanggongjawabkan dalam segala hal yang melibatkan huru-hara dalam negara. Kita ada banyak bukti yang boleh mengaitkan mereka terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Biar berpuluh penafian yang dikeluarkan oleh ketua polis negara, namun tiada apa yang boleh memperbodohkan rakyat yang teraniaya.... kebenaran tetap muncul walau pun disekat pelbagai cara.

Pasukan polis Malaysia masih ada masa untuk berubah dari menjadi anjing untuk pemimpin UMNO kepada polis diraja Malaysia yang dihormat oleh rakyat.

Jika tidak berubah, ingatlah bahawa kezaliman yang dilakukan oleh polis terhadap rakyat akan disimpan dalam dendam.

Kalau polis boleh menyenarai hitamkan nama rakyat Malaysia... rakyat Malaysia juga menyenarai hitamkan nama polis yang zalim dan melantak rasuah untuk diadili.

Kita sama-sama tunggu apabila UMNO dan BN tumbang..... anda yang jadi baruah juga akan kami tumbang bersama mereka.

Insyaalah...

Tanpa Nama berkata...

Bukankah Datuk Nikah Kahwin pernah berkata:
“Tapi tidak mengapa. Undang-undang dalam negeri ini kanda yang bikin. Itu semua boleh padam.”