Ayer Keroh: Pemandu bas ekspres yang menayangkan video lucah kepada seorang penumpang wanita ketika bas itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, Isnin lalu, semalam dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan akan sekali lagi dibawa ke mahkamah 13 Julai depan untuk perbicaraan kes cuba merogol wanita sama.
P Kanapathy, 38, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Zaharah Hussain sambil menyatakan tahu perbuatannya itu salah, sekali gus merayu hukuman ringan kerana terpaksa menanggung isteri dan empat anak berusia antara empat hingga lapan tahun.
Dia yang tidak diwakili peguam dituduh mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dengan sengaja melakukan perbuatan itu bertujuan menawar atau cuba melakukan perbuatan yang menjadi kesalahan terhadap wanita berkenaan, Ni Ketut Remi, 32, pada jam 8.15 malam, 6 Jun lalu.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan, cuba merogol mangsa dalam bas dan hari sama kira-kira jam 10.45 malam. Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Lelaki berkenaan ditahan dua anggota polis yang terdengar jeritan seorang wanita dari dalam sebuah bas yang ditinggalkan dalam keadaan enjin tidak dimatikan di tepi jalan berhampiran kawasan ladang di Jalan Bukit Kajang, Jasin, Isnin lalu.
Mengikut fakta kes, Kanapathy pada awalnya mengambil tiga penumpang termasuk dua lelaki lain menaiki bas ekspres dipandunya dari Terminal Bersepadu Tasik Selatan, Kuala Lumpur kira-kira jam 7.45 malam, tetapi selepas 30 minit perjalanan, dia mengarahkan dua lelaki itu turun dengan alasan mereka tersilap bas.
Dia kemudian mengarahkan penumpang wanita berkenaan duduk di kerusi sebelah pemandu tetapi mangsa enggan sebelum tertuduh memasang VCD dalam bas tanpa menghiraukan teguran mangsa. -BH
Ulasan GB
Kini precedent sudah terbentuk. Bahawa penayangan video lucah dikenakan penjara maksimum tiga tahun.
Ia hanya mengambil masa dua hari untuk suspek ditahan, ditangkap, di dakwa dan dijatuhkan hukuman.
Sekarang, bila lagi polis mahu tahan dan tangkap Datuk T yang menayang video lucah kepada wartawan di Hotel Sri Carcosa pada 21 Mac 2011? Para wartawan telah dijemput untuk menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.
Trio "Datuk T", yang merupakan gandingan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim mengaku mendalangi penayangan video lucah tersebut yang sehingga kini belum lagi menghadapi apa-apa tindakan, malah video seks tersebut tersebar luas ke seluruh negara tanpa apa-apa halangan dan sekatan oleh pihak polis.
Mengapa ada double standard di dalam hal ini?

6 ulasan:
Nasihat utk org pempuan, jgn berani2 naik teksi & bas sorang & klu terpaksa, pakailah sopan & mohon pelindungan / doa. Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.
Bas express yg tayang video filem yg ada aksi memalukan pun patut dibuat report, termasuk filem2 kat tv . Penapis filem kena serious.
Salam GB.. Begitulah realiti kehidupan. Rakyat kecil bawahan dijatuhi hukuman tapi mereka yang mempunyai kaitan dgn berkuasa terlepas begitu saja. Tangkap dan dakwa pun tidak, apa lagi nak penjara. Undang-undang negara hutan yang berlandaskan hakim pulusss masih diguna pakai dinegara ini.
Undang-undang dicipta hanya untuk ikan bilis dan jerung pulak terlepas. jika UMNO-BN masih lagi diberi mandat, undang-undang Jakun akan terus digunakan. Rakyat yang berfikir harus tolak UMNO-BN di pru akan datang. Undang-undang dicipta hanya untuk kepentingan mereka tanpa merujuk kepada ketelusan dan keadilan. Dimanakah ketelusan dan kedaulatan sebagaimana yang dikata dan dicipta dalam perlembagaan negara? Semuanya dongeng..
malaysia oh tanah airku. sampai bila akan ada pendakwaan terpilih. di akhirat nanti tak ada istilah double standard.
kalau dia ni UMNO mungkin selamat sejahtera 1 malaysia, tapi rakyat tak selamat
Mengapa anda semua masih keliru ? Bapak Nazri kan udah beritahu bahawa penayangan VL bergantung kepada niat. Itu India berniat mahu menyetimkan penumpang bas, itu mana boleh, memang salah ! Trio T pula bukan mahu menyetimkan sesape.......
Wak bingung......
mgkin niat datuk T tu supaya wartawan jd hakim tanpa tauliah agar pelaku dlm video diaibkan sebelum dibicarakan secara adil. Bila kita dibangkitkan di padang masyar nanti Video yg Allah SWT tontonkan ttg kelakuan kita di dunia fana adalah tulen tanpa perlu disanggah lg. Semoga kita semua insaf, mudah-mudahan insyaAllah...
Catat Ulasan