16 Jun 2011

UMNO & Utusan Terasa Khutbah Jumaat Ditujukan Kepada Mereka

Khutbah Jumaat Tiada Motif Politik, Kata Mufti Selangor

SHAH ALAM 15 JUN : Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid menegaskan khutbah Jumaat mengenai dosa fitnah yang dibacakan di masjid- masjid seluruh negeri Selangor, tidak mempunyai motif politik sebagaimana yang didakwa oleh Utusan Malaysia.

Beliau menjelaskan, khutbah itu sekadar mendidik ummah negeri ini tentang bahaya gejala fitnah dan syarat-syarat Islam yang perlu dipatuhi dalam menuduh seseorang berzina.

"Saya bersangka baik bahawa khatib bertujuan mahu memberikan penjelasan kepada masyarakat agar kita lebih berhati-hati supaya jangan sampai membuat sebarang tuduhan yang tidak ada bukti (atau) saksi kerana jika seseorang itu membuat tuduhan zina ataupun qazaf mestilah ada bukti (dan) saksi,” kata beliau kepada TvSelangor.

Justeru Tamyes menyifatkan tindakan Utusan Malaysia menggambarkan masjid di Selangor 'diperkudakan' demi kepentingan politik pihak tertentu adalah tidak benar dan bertujuan mencetuskan kontroversi semata-mata.

Artikel 'Masjid Selangor Diperkudakan' ditulis oleh Pengarang Utusan, Zulkifli Jalil. Beliau mendakwa khutbah itu bertujuan membersihkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dikaitkan dengan isu video lucah Datuk T.

Khutbah Jumaat itu menyifatkan tindakan umat Islam yang membuat kenyataan berbentuk fitnah bercanggah dengan syariat Islam.

“Perhatian ini wujud kerana ada kecenderungan sebahagian umat Islam membuat kenyataan berbentuk fitnah yang sangat jelas bercanggah dengan syariat Islam tidak kisah sama ada ia dilakukan sama ada oleh individu, kumpulan, persatuan dan pihak-pihak lain,” kata khutbah standard yang disampaikan di masjid-masjid di seluruh negeri Selangor itu.

“Fitnah ialah mengadakan satu berita palsu atau bohong terhadap seseorang yang mempunyai perasaan permusuhan dengan motif- motif yang buruk.

Fitnah boleh menimbulkan qazaf dan ia bererti membuat pertuduhan terhadap seseorang melakukan zina atau liwat tanpa empat saksi adil dan orang yang menuduh telah melakukan jenayah qazaf dan fitnah,” menurut khutbah rasmi itu.

Tamyees hari ini berkata tuduhan melulu yang dibuat oleh Zulkifli dan pihak-pihak tertentu dalam Umno kononnya khutbah itu berbau politik adalah tersasar.

Beliau berkata kandungan teks khutbah yang dibaca oleh khatib disemak dan diteliti oleh Jawatankuasa Panel Khutbah yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum diedarkan kepada masjid-masjid untuk dibaca setiap minggu.

"Sebenarnya kandungan khutbah ini adalah yang disemak oleh satu lajnah ataupun jawatankuasa penilai khutbah di Jabatan Agama Islam Selangor yang dipengerusikan Pengarah JAIS sendiri, ahli jawatankuasanya terdiri daripada ahli akademik."

Tamyes bersetuju bahawa khutbah Jumaat tidak harus memecah-belahkan umat Islam namun "kalau niat imam atau khatib yang membacanya adalah sebagai peringatan kepada kita agar lebih berhati-hati apabila membuat tuduhan, itu suatu perkara yang digalakkan oleh agama."




Ulasan GB

Sekian lama UMNO BN memperkudakan khutbah Jumaat tidak dihebohkan tiba-tiba apabila khutbah Jumaat menasihati agar jangan menimbulkan fitnah, penulis Utusan itu seperti terasa pedasnya lada apabila menggigitnya. Terasa pedih telinga mendengarnya.

Sememangnya Utusan dan UMNO suka untuk menyebarkan fitnah, lantarannya, khutbah Jumaat yang menggesa agar tidak menyebarkan fitnah dirasakan seperti ditujukan kepada mereka.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Khatib tak sebut pun nama individu atau kumpulan tertentu, so tak perlu lah nak terasa.. tapi kalau terasa jugak sendiri mau ingat la bro..
Siapa makan cili, dia terasa pedas..

wak parjoe berkata...

Lucu pule wak rase kerana ada yang terase. Yang si Zul ni ape yang engkau bodoh sangat, daripada orang tak syak dah orang meluat dengan kebodohan kamu. Nak bodek pun biarlah kene carenye....

Beruk Ketawa berkata...

Beritahu pada Pengarang Utusetan tu...

Ini baru KUTBAH. Tak lama lagi TALKIN pula untuk UMNO !

Tanpa Nama berkata...

pasai apa nak terasa?????....
kalu terasa jugak......
alamat kamu laa yg dok buat keroja toh.......

kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

khutbah tu untuk tarbiah manusia...yang ngko terasa tu pehal...jangan ler tunjuk bongok sangat...kan tak pasal2 orang dapat tahu...KEREJA sapa TUU...BONGOKKK...

Tanpa Nama berkata...

Memang wajar dalam khutbah menyentuh soal hukum hakam untuk mengajar dan mendidik umat islam, ini ajaran dari Rasulullah, agar umat islam taat dan bertaqwa kepada Allah. Islam tidak memisahkan soal agama dan politik, semuanya dalam pemerhatian dan perkiraan pahala dan dosa oleh Allah. Apakah mazhab umno berpegang kepada ajaran nasorha (yang memisahkan agama dengan politik). Patut le semua ISLAM LARANG UMNO KATA BOLEH, HARAM DAN HALAL BANTAI BELAKA, YANG ISLAM SURUH TAK NAK BUAT, SESUAILAH DENGAN SLOGAN UMNO BOLEH.

Tanpa Nama berkata...

dulu fitnah sering dikaitkan dengan pembangkang, tapi sekarang fitnah diterajui oleh pemimpin negara

Tanpa Nama berkata...

penyamun memang mudah terasa kalau kita sebut penyamun, kalau tak samun kenapa bimbang?

Tanpa Nama berkata...

kalau biar lagi BN perintah malaysia, nanti mereka buat khutbah sendiri di perlimen untuk dibaca khatib?

Tanpa Nama berkata...

Terbukti mengapa selama ini UMNO dan AJK Mesjid/Surau pengaruh UMNO menyekat kuliah-kuliah Magrib dan Subuh jika membicarakan hukum-hukum Islam sebab mereka banyak melanggar hukum-hukum Islam dan melakukan dosa seperti zalim,rasuah,menipu,minum arak dan berzina.Walau pun ramai yang dah naik haji tapi tetap buat kerja zalim,menipu dan rasuah.Bila ada khutbah macam ni,tentu mereka terasa.

Tanpa Nama berkata...

dah nama nya pun khutbah jumaat...tak kan nak citer camne nak bela itik...ngok betul

Tanpa Nama berkata...

Hari ni Khutbah Jumaat kat masjid Negara khatib suh rakyat terima dgn hati terbuka kenaikan tariff baru TNB. Khatib minta rakyat berjimat dan jgn membazir...x pulak di sebut kerajaan pun kena berjimat. Lgpun hari ni Najib solat kat situ laa..dgn delegasi iran...cover beb...
Tp x salah pn khutbah tu cuma rs sebu lak dengar eh...