16 Jun 2011

Waspada: Panadol Dari Tepung Gandum Di Pasaran

Paracetamol palsu dikesan membanjiri pasaran tempatan dengan penjualannya menggunakan bungkusan asal jenama Panadol bersama pelekat hologram tiruan bagi mengelirukan pengguna.

Perkara itu dikesan hasil siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mendapati produk terbabit dipercayai menggunakan bahan asas tepung gandum yang tidak mampu melegakan demam pesakit selain didapati pada harga lebih murah.

Penolong Pengarah Penguat Kuasa Farmasi KKM, Aznur Muhammad berkata, setakat ini, pihaknya masih membuat kajian bagi mengenal pasti sama ada produk tiruan itu boleh memberi kesan sampingan kepada orang ramai atau sebaliknya.

“Kami masih melakukan ujian makmal terhadap-ubatan palsu dirampas itu untuk mengesan sama ada wujud campuran bahan kimia lain atau sebaliknya.

“Bagaimanapun, pengguna yang mahu membeliubatan ini boleh memeriksa pelekat hologram digunakan bagi memastikan sama ada ia tulen atau sebaliknya menggunakan alat dibekalkan KKM di setiap kedai terbabit,” katanya.

Beliau berkata, selain paracetamol, ubat-ubatan lain yang turut dipalsukan semata-mata bagi mengaut keuntungan termasuk air cap Badak, minyak angin jenama Vicks dan minyak urut jenama Mustika.

Dalam operasi sekitar Chow Kit, jam 12 tengah hari semalam, Bahagian Farmasi KKM yang membuat pemeriksaan di beberapa kedai jamu dan ubatan menemui lima gudang ubat haram membabitkan nilai rampasan bernilai RM1 juta. -HM

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah jadinya bila penguatkuasaan tidak dititikberatkan, asala ada aduan baru nak ambil tindakan. Lagi satu, hukuman juga tidak setimpal dgn kesalahan yg dilakukuan.

Kalau di Negara China, perbuatan macam ni dah pasti kena hukum tembak. Lihat kepada tauke kilang susu yg campur Melamin dulu - dah kena jatuh hukum tembak.

Tak boleh menipu di Negara China mereka jadikan Malaysia pulak tempat jual produk palsu (aku agak je pasal bangsa ni paling banyak menipu - maaf cakap).

Jadi, penguatkuasa yg diberi kuasa sila lah jalankan tugas anda dengan telus utk kepentingan rakyat, kalau tak sila letak jawatan. Ramai org lain yg boleh menjalankan tugas tersebut.

AzmiR

Tanpa Nama berkata...

patutlah telan dua biji panadol x hilang2 pening, rupa2nya makan tepung gandum gentel jadi panadol... huhu

lagi besar untung rupanya, walaupun dijual murah.

serenity9260 berkata...

aik,panadol pon nk tiruan ka?

Ni best bro!!!
Cool Aje : Laser Star Wars Berjaya DIcipta Untuk Welding,S3 Spyder III Arctic
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

Tanpa Nama berkata...

Paracetamol adalah racun bukan obat. Bagus la panadol tu isinya tepung gandum. ohhh tepung gandum itu pula sudah dicampur bahan peluntur hidrogen peroksida.

http://thesecretmedicines.blogspot.com/2011/03/parasetamol-kerosakan-buah-pinggang.html

Tanpa Nama berkata...

Kalau kes camni..Kem Kesihatan mst hebahkan dlm tv..tnjok sekali barang2 tersebut.