17 Jun 2011

Lelaki Mati Minum Berbalang Air Dalam Rawatan Bomoh Di Marang

Kuala Terengganu - Seorang lelaki yang mempunyai masalah mental meninggal dunia selepas menerima rawatan daripada seorang bomoh wanita warga Thailand di Pulau Rusa, Marang, di sini malam tadi. Gambar fail.

Lelaki berumur 26 tahun itu dihantar ke rumah bomoh berkenaan oleh bapanya untuk berubat pada 7.45 malam, dan bomoh wanita berusia 43 tahun itu, kemudian memaklumkan bahawa pesakit itu terkena buatan orang.

"Semasa rawatan, bomoh itu menyuruh mangsa meminum beberapa balang air sebelum menyumbat mulutnya dengan hos sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

Setelah itu, bomoh tersebut memberitahu bahawa dia telah berjaya mengeluarkan penyakit mangsa dan menyuruh bapa mangsa membawa anaknya itu ke hospital," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan kepada pemberita hari ini.

Bagaimanapun, sebaik dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini pada 12.30 tengah malam, lelaki itu disahkan telah meninggal dunia.

Ekoran laporan yang dibuat oleh bapa mangsa pada 2.15 pagi, polis menyerbu rumah bomoh itu tetapi dia bersama suaminya, yang berusia 33 tahun dan berasal dari Rantau Panjang, Kelantan, telah melarikan diri.

Manoharan berkata dalam serbuan itu polis merampas beberapa barang yang digunakan untuk merawat mangsa.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu supaya menghubungi mana-mana balai polis. - Bernama

5 ulasan:

Miecyber berkata...

Kesian kepada mangsa yang tidak bersalah...

Fasa Gerhana Bulan

antihipokrit berkata...

BEGITULAH NASIB MASYARAKAT YG PERCAYA MEMBUTA TULI SERUPA MACAM SESETENGAH GOLONGAN YG PERCAYA UMNO/BN SECARA MEMBUTA TULI. KITA SEPATUTNYA PERCAYA 100% KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH... TAK GITU?

Tanpa Nama berkata...

betul2 , tak salah lagi antihipokrit

Tanpa Nama berkata...

b betul antihipokrit..masyarakat melayu yg low mentality td dpt menilai yg mana baik dan buruk...tidak ada pengetahuan dan tidak tahu membeza yg mana hukum dunia dan yg mana hukum islam..hukum alquran td mahu ikut dikatakan kolot.mereka lebih minat kepada ilmuan dunia yg glamour drp ulamak..

Tanpa Nama berkata...

sorry ononymous!tersalah tekan sebenarnya komen dari mak cik sabihah.