26 Jun 2011

Lebih Ramai Ditangkap Lebih Banyak Kerusi UMNO BN Melayang Dalam PRU13!

Hisham pertahan polis, dakwa 30 aktivis Bersih ada agenda

HULU SELANGOR, 26 Jun — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein petang ini mempertahankan polis menahan 30 aktivis Bersih 2.0 di Pulau Pinang di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan sambil berkata ada alasan untuk menjustifikasikan tindakan mereka.

Polis Pulau Pinang pagi tadi mengumumkan bahawa perintah reman akan dibuat mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana mereka berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong.

Hishammuddin berkata beliau belum lagi diberi butiran mengenai tahanan mereka tetapi laporan awal menunjukkan aktivis berkenaan ada agenda lain tersembunyi.

“Saya belum menerima satu laporan lengkap. Tetapi laporan awal menunjukkan pergerakan yang dikatakan sebagai demonstrasi aman, ada agenda lain,” katanya di sini hari ini. -TMI


Malaysia detains about 60 activists ahead of rally

KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) — Activists say Malaysian police detained dozens of opposition supporters amid efforts to prevent a massive rally seeking electoral transparency.

Authorities detained about 60 people in various towns while some of them were distributing political leaflets Saturday. Many were released after several hours of questioning, while the others were expected to be freed soon.

Human rights lawyer Malik Imtiaz Sarwar on Sunday described the police action as "a campaign of preemptive arrests" amid plans by independent activists to gather tens of thousands of people for an opposition-backed rally on July 9.

National police chief Ismail Omar said Malaysians should shun the rally because it could spark tensions.

General elections are widely expected within a year. -AP



Ulasan GB

Menteri KDN mempertahankan tindakan polis yang menahan aktivis Bersih 2.0 dengan menuduh mereka mempunyai "agenda lain"(?).

Tak dinyatakan apa "agenda lain" itu selain dari spekulasi liar, namun yang ia ia adalah luahan keresahan dan ketakutan UMNO BN terhadap permintaan dan tuntutan rakyat agar pilihanraya yang bersih dan adil dilaksanakan.

Tangkap seberapa ramai yang anda mahu.

Saya yakin kesan daripada tindakan polis ini akan mendapat tentangan hebat daripada majoriti rakyat. Ianya akan dimanifestasikan melalui kertas undi di dalam pilihanraya nanti. FULL STOP!

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KDN sedang menyiapkan skrip, baru mereka-reka cerita seperti Al-Maunnah si Sauk satu masa dahulu.

Percaya lah mereka sedang memperbodohkan diri mereka sendiri dan Allah membiarkan penyakit didalam hati mereka bertambah parah dan akhirnya memusnahkan mereka didalam kehinaan yang amat dahsyat.

Itulah balasan setimpal kepada sizalim.

mamatkecutelo berkata...

kenapa semua orang sibuk pasal nak tangkap

patut yang dibincangkan pasai tuntutan BERSIH tu,

jalan paling mudah nak mengelak perhimpunan ni tunaikan la tuntutan BERSIH

lepaih tu takdak sapa nak pi berhimpun dah

PR pun habih modai hahaha

tuntutan semua nya munasabah apa nak takut

tak tentu lagi sapa menang hahaha

perbuatan depa tak mau penuhi tuntutan boleh jadi bukti memang betui2 penyelewengan pilihanraya ni berlaku

memang menguatkan sangkaan rakyat biasa macam aku

lagi banyak helah depa buat lagi aku tak pecaya

berani kerana benar takut kerana salah

amatMok berkata...

Saya ada satu cadangan.

Apa kata kalau mulai dari sekarang sampai 9 Julai ni, tiap-tiap hari kita semua pakai baju kuning yand ada cap bersih (kalau nak glamour lagi, taruk gambar spongebob sekali), pas tu kita pakat-pakat pi menebeng depan setiap balai polis di seluruh negara. Elok laginya kita fix same time la.

Kita tengok apa abang polis nak buat. kalau abang polis buat do no aje, kita tanya la kenapa abang polis tak mau tangkap, lain tempat abang polis tangkap?

Kalau tangkap pun mesti pas tu lepas punya. Mana lokap mau taruk, beb?

Pas tu ramai-ramai lak kita buat repot polis, polis salahguna kuasa, tangkap tak ikut undang-undang.

Pas tu ramai-ramai fail saman malu terhadap PDRM & Kerajaan. Jumlah saman kita taruk kasi gila babi punya! Member-member lawyer sure sokong punya, bisnes bagus, ma. Tapi no lawyer fee tau, compensation kira split 50-50.

Kalau nak lagi glamour, kita panggil Al Jazeera, CNN, BBC datang bagi liputan. Untung-untung muka keluar TV. Famous satu dunia, mengalahkan simamat peraih buah kat Tunisia tu! Tapi TV 3Suku tak yah la datang, buat menyemak aje.

Amacam, pemuda PAS? Lu orang ada berani? Wa cakap sama lu, bikin ini macam, sure itu Hisham mesti auw auw punya!

Tanpa Nama berkata...

umno menyangka apabila mereka memfitnah anaur mereka akan tidur lena kerana rakyat akan membenci anuar dan dalam masa sama rakyat akan kembali menyokong umno,dalam masa mereka bersukaria atas sedikit kejayaan fitnah tersebut timbul pula isu bersih maka sekali lagi mereka kecut perut dan membuat mereka tidur tak lena makan tak tentu masa dan sekali lagi mereka terpasa mencari helah untok menggagalkan himpunan bersih 2.0 itulah umno yang merentah sudah 50 tahun lebih dan mereka bercita2 untok merentak hingga hari kiamat.

Tanpa Nama berkata...

Pihak polis ni memang bangang.Pakai baju kuning Bersih dah nak kata lawan Yang DiPertuan Agong,nak buat huru-hara.Ini betul-betul bodoh punya kerja.Ramai yang pakai T -Shirt tulis FBI,Mafia dan macam-macam lagi.Tak pun kena tangkap.Polis dah tangkap salah orang.Yang patut ditangkap ialah SPR yang buat kerja menipu hingga menyebabkan jadi keadaan huru-hara.Yang patut ditangkap Ketua Perkosa yang keluarkan kenyataan nak buat huru-hara.Mentang-mentang rakyat tak melawan polis buat tangkapan ikut nafsu-nafsi.Betul-betul tak profesional,suka sangat diperkudakan oleh UMNO.Nanti bila rakyat dah hilang sabar,diri sendiri yang akan menerima padah.

udang galah berkata...

Apa kena mengena ngan Agong lak nie??? Nak lawan??? Setahu aku nak Membersihkan SPR jer.... gila punya kerja nie...

perkismelaka berkata...

Apa nak jadi
Apa nak jadi
Yang bersih katanya kotor
yang kotor katanya bersih

Kotor hati punye Sham Auw-auw

Tanpa Nama berkata...

LUlus Permit JUDI boleh.Tak kan Permit berhimpun secara aman tak leh.
Melayu Islam kunun!