16 Jun 2011

Isteri Mahu Jual Organ RM1juta Untuk Bayar Hutang Suami Kepada Along

Johor Bharu: “Ini ikhtiar akhir, saya mahu jual buah pinggang atau mata pada harga RM1 juta untuk melunaskan hutang along,” demikian luah ibu kepada dua anak berusia 35 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Fatimah di sini, semalam.

Suami Fatimah dikenali sebagai Ahmad, 39, terpaksa menanggung kadar bunga mencecah RM54,000 sejak September lalu melalui pinjaman RM30,000 untuk memulakan perniagaan, sudah tidak tahan lagi diganggu lelaki tidak dikenali yang sering datang ke kediamannya di Larkin di sini, bagi menuntut hutang terbabit.

Fatimah yang tidak bekerja berkata, dia sedar perbuatan menjual organ tubuh salah di sisi undang-undang, tetapi beranggapan ia jalan terakhir mampu dilakukannya bagi melunaskan hutang secepat mungkin.

“Saya melakukannya kerana tidak sanggup melarikan diri daripada buruan along selain kasihan dengan ibu yang sering menjadi mangsa maki-hamun lelaki tidak dikenali.

“Harga diletakkan pula memang tinggi kerana saya beranggapan selepas menjual organ, saya mungkin berdepan masalah kesihatan dan wang itu akan digunakan untuk membiayai kos sepanjang hayat,” katanya. -hm


Jual organ bayar hutang suami

Wanita tawar buah pinggang, sebelah kornea mata pada harga RM1 juta

JOHOR BAHRU: Trauma diancam samseng pengutip hutang yang dihantar sebuah syarikat kewangan berlesen bagi menuntut hutang ditanggung suaminya, seorang ibu muda dari Kulaijaya di sini, mahu menjual buah pinggang dan kornea matanya pada harga RM1 juta.

Hasrat wanita berusia 35 tahun itu terbongkar ketika dia mengunjungi pejabat Bahagian Pengiklanan, The New Straits Times Press (NSTP) di Bandar Baru UDA di sini, untuk membeli ruangan bagi mengiklankan jualan sebiji buah pinggang dan kornea sebelah matanya.

Beliau mahu menjual dua organ berkenaan kepada sesiapa saja yang berminat membayar jumlah terbabit, tanpa menyedari perbuatannya adalah menyalahi undang-undang.

Ibu kepada seorang bayi berusia 19 bulan itu, berkata dia nekad mahu menjual organ berkenaan kerana tidak tahan lagi menanggung beban hutang selepas suaminya meminjam dengan sebuah syarikat kewangan berlesen di Kuala Lumpur yang mengenakan faedah sehingga RM6,000 sebulan.

Katanya, suaminya mendapat pinjaman RM30,000 daripada syarikat terbabit selepas seorang rakan menjanjikan kontrak menambak tanah di Terminal Pengangkutan Tambang Murah (LCCT) dekat Sepang, yang perlu disiapkan dalam tempoh dua bulan sebelum Ramadan tahun lalu.

“Suami saya diminta menyediakan 100 hingga 200 lori untuk projek itu menyebabkan dia teruja dan mula berusaha menyediakan lori yang dikehendaki dengan melayari laman web sebelum menemui dua lelaki yang mendakwa mampu menyediakan pengangkutan terbabit.

“Yakin mendapat projek itu, suami saya meminta bantuan abangnya di Kuala Lumpur untuk menguruskan pinjaman dengan syarikat kewangan terbabit dan berjanji membayar RM15,000 sebulan serta ‘duit kopi’ RM6,000 setiap bulan sehingga projek diselesaikan dalam masa dua bulan,” katanya.

Katanya, selepas sebulan berlalu, lori dijanjikan dua lelaki yang dikenali menerusi iklan laman web itu gagal diperoleh, meskipun sudah membayar mereka RM3,000.

“Pada akhir bulan pertama itu, suami saya memulangkan kembali wang pokok RM15,000 serta faedah sebanyak RM6,000, tetapi selepas ini suami sudah kehabisan wang untuk membayar mereka sedangkan baki hutang mula membiak dengan faedah yang dipersetujui dengan syarikat itu.

“Suami saya gagal mendapat projek menambak tanah terbabit dan sejak itu kehidupan kami sekeluarga mula dilanda kebimbangan apabila pengutip wang mula datang ke rumah abang ipar selaku penjamin serta rumah keluarga kami di Kulaijaya.

“Nak makan pun saya tidak ada duit, mujur seorang rakan meminjamkan wang untuk suami yang membolehkan beliau mengusahakan gerai roti canai di Kuala Lumpur dan berhasil membayar RM500 sebulan sepanjang Januari hingga April tahun ini. Namun, masih tidak cukup, kereta juga sudah ditarik bank dan rumah sewa di Kuala Lumpur juga sudah tiga bulan tidak dibayar.

“Namun, mereka (pengutip hutang) tetap datang meminta kami menjelaskan baki bayaran dan sehingga kini faedahnya tidak pernah berkurangan. Saya dan suami kini tersepit apabila diburu pengutip hutang syarikat,” katanya.

Katanya, beliau mengambil keputusan menjual organ itu kerana mahu membina hidup baru walaupun hasrat itu tidak diberitahu suaminya. -BH



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila baca cerita ni, macam tak percaya, tapi itu le, sekarang ni macam2 penipuan asal dapat duit.

Pengajaran untuk kita semua. Semuga Allah lindungi orang baik2 terutamanya, dari mangsa penipuan. Mereka berselindung atas nama syarikat yg BERLESEN .. Skrg ni klu nak tubuhkan sykt bukannya susah wlu niat utk menipu..

Tanpa Nama berkata...

inilah kes yg sepatutnya Perkasa, Pekida atau Silat2 atau NGO2 yg tentang Kempen Bersih ambik berat utk dihighlight kan...

Tanpa Nama berkata...

kenapa biar BN perintah negara, malaysia macam tiada undang-undang, kalau pembangkang cepat saja tangkap?

Beruk Ketawa berkata...

Senang saja untuk kita renungkan bersama..

Jika lesen judi pun UMNO boleh keluarkan..?

Hairan apa jika Syarikat pemberi pinjaman wang SIAL diberi lesen oleh UMNO??

Apa makna lesen..??? Lesen itu adalah 'Keredhaan UMNO'. Bukannya keredhaan Allah.

Tanpa Nama berkata...

SALAM BERSIH 2.0...
INILAH BAHANA NYA KALAU RAKYAT KITA YANG MEMERLUKAN BANTUAN DI ABAIKAN OLEH KERAJAAN SEKARANG...
DUIT RAKYAT DIGUNAKAN UNTUK POKET SENDIRI DAN KRONI-KRONI...
KALAU HUKUM HUDUD DILAKSANAKAN, KERAJAAN KATA KAUM MELAYU TAK BOLEH BERSAING DENGAN KAUM LAIN... TAPI BILA SANGGUP JUAL ORGAN UNTUK LUNAS HUTANG...TAK KE CACAT JUGAK NAMA NYA...
UNDILAH LAGI UMporNO ATAU BN TU...
BUAT GB... TOLONG MASUKKAN ARTIKEL DARI HARIAN METRO KISAH PISTOL DI KEPALA GURU...
KERANA PAK POLISI SUKA-SUKA MAIN PISTOL.. SEORANG BAPA YANG BOLEH DI KATAKAN GANGSTER SANGGUP ACUKAN PISTOL KE KEPALA GURU... DAN BOLEH BERKATA TIDAK TAKUT DI PENJARA... PAK POLISI CER CITER...CER CITER.. TINDAKAN DAN KANUN JENAYAH APA KALAU MEMILIKI SENJATA

Tanpa Nama berkata...

turun BERSIH besar-besaran, tumbangkan UMNO dengan segera

Tanpa Nama berkata...

dimalaysia rakyat nak jual semua yang ada sebab hidup makin melarat sebab di perintah UMNO, kalau tak jual diri nanti diri kena jual juga oleh kerajaan BN, beli undi kerja UMNO

Tanpa Nama berkata...

Bilamana puak zalim diangkat jadi pemimpin: kebajikan rakyat terabai, kroni bertambah-tambah kaya, rakyat bertambah melarat hidupnya, KEBERKATAN TIDAK DITURUNKAN LAGI. musibah bertimpa-timpa, ambillah sedikit masa untuk muhasabah diri dimana silap dan salahnya kita? "ALLAH TIDAK HANTARKAN PEMIMPIN YANG ADIL SELAGI RAKYATNYA JAHIL" umno memang sukakan rakyatnya jahil dan miskin agar boleh diperkudakan.

Tanpa Nama berkata...

itulah akibatnya bila memilih penguasa yang tidak mahu terlaksananya syariat islam dalam pemerintahan negara ini.