
Nursina Munan, 58, berkata, durian Segamat sememangnya terkenal di serata daerah lain dan menjadi buah-buahan tempatan yang mempunyai ramai penggemarnya.
“Keenakan buah durian Segamat diakui oleh pengunjung luar yang datang menikmatinya di sini.
“Malah terdapat satu tugu durian gergasi dibina di Dataran Segamat sebagai simbolik durian popular di daerah ini.

Menurut Nursina, dia mendapat durian pelik itu daripada seorang rakan di Pekan Jabi, Segamat.
“Sebaik pulang dari kerja, hati saya berat mahu membukanya, walaupun teringin untuk makan bersama bersama suami dan anak-anak.
“Durian ini dari luaran tidak mempunyai sebarang bentuk perbezaan berbanding durian biasa, namun apabila sudah mengupasnya bersama suami dan anak, kami terkejut apabila mendapati terdapat durian kecil di dalamnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, dia mempunyai niat untuk menyimpan durian kecil tersebut sebagai kenangan di dalam hidupnya ditambah pula dia sendiri berasal dari daerah raja buah tersebut. -SH
Ulasan GB
Firmanullah:
يَزِيدُ فِي الْخَلْقِ مَا يَشَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
.. Dia menambahkan dalam ciptaan-Nya apa jua yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Fathir:1)
4 ulasan:
Subhanallah, ni lah kekuasaan Allah..
mmg ada durian jenis nie..ayah saya dulu ada kebun durian jenis nie..
anon 11:16 menulis
"mmg ada durian jenis nie..ayah saya dulu ada kebun durian jenis nie.."
abis kalau ayah awak ada kebun durian jenis demikian, maka ia bukan dari Allah s.w.t.?
Jgn gaduh2 pasal durian .. positif, positif ..anon 11.16 nak beritau aje, ayatnya tak menafikan kebesaran Allah.
Ye Anon 11.16, sekarang ni durian tu ade lagi tak kat kebun ayah awak? .
Catat Ulasan