17 Mei 2011

Pemilihan PAS, Mengapa Tiada Ketelusan?

Presiden PAS kekal, 6 layak tanding timbalan

KUALA LUMPUR, 17 Mei: Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala enam orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 14 lagi untuk jawatan naib presiden.

Manakala 82 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa PAS pusat.

Demikian dimaklumkan Pengerusi jawatankuasa pemilihan ialah Pengarah jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang medi di ibu pejabat PAS, jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Bagi jawatan timbalan presiden, enam orang yang dicalonkan termasuklah penyandangnya, Nasharudin Mat Isa. Lima lagi yang dicalonkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, naib-naib presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub,ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Keenam-enam mereka turut dicalonkan untuk bertanding jawatan naib presiden bersama lapan yang lain iaitu:

1.Idris Haji Ahmad (ketua penerangan)
2.Mahfuz Omar (naib presiden)
3.Mazlan Aliman (ajk PAS Pusat)
4.Datuk Mohd Amar Abdullah (exco kerajaan kelantan)
5.Mohd Hatta Md Ramli (bendahari)
6.Mujahid Haji Yusof Rawa (AJK PAS Pusat)
7.Nik Zawawi Nik Salleh (ketua peneranagn Dewan Ulamak)
8.Datuk Seri Nizar Jamaluddin (AJK PAS Pusat)

Mengikut perlembagaan Pas, seseorang itu hanya memerlukan dua pencalonan sahaja untuk melayakkan diri bertanding jawatan parti termasuk jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden.

Pertandingan bagi jawatan AJK pusat adalah untuk 18 kerusi, manakala enam lagi kerusi AJK dilantik oleh parti.

Berikut ialah 82 calon untuk AJK PAS Pusat:

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
3. Abdul Halim Abdul Rahman, Dato’ Ustaz
4. Abdul Rani Osman, YB Dr. Hj
5. Abdul Wahid Endut, YB Hj
6. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz ,
7. Abu Bakar Hussein, Ustaz
8. Adly Zahari,
9. Ahmad Sabki Yusof,
10. Aiman Athirah Al-Jundi
11. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
12. Anuar Tan Abdullah, Dato’ Hj
13. Asmuni Awi, Hj
14. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz,
15. Azman Shapawi, Ustaz
16. Halimah Ali, YB Dr.
17. Hamzah Abdullah,
18. Hamzah Jaafar, Dr.
19. Hanipa Maidin, Hj
20. Hashim Jasin, YB Ustaz
21. Hassan Ali, YB Dato’ Dr.
22. Hayati Othman, YB Dr.
23. Husam Musa, YB Dato’
24. Idris Ahmad, Ustaz
25. Iskandar Abdul Samad, YB
26. Kamarudin Jaffar, YB Dato’
27. Khairuddin Dato’ Abdul Malek, Dr.,
28. Khalid Abd Samad, YB Hj.
29. Khalil Idham Lim, YB
30. Lo’Lo Dato Ghazali, YB Dr.
31. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr.
32. Mahfuz Omar, YB Dato’
33. Mazlan Aliman,
34. Misbahul Munir Masduki , Ustaz
35. Mohamad Abdullah, (Sabah)
36. Mohamad Nor Mohamad, Hj.
37. Mohamad Sabu, Hj.
38. Mohd Anuar Tahir, Hj
39. Mohd Apandi Mohamed, Hj.
40. Mohd Firdaus Jaafar, YB
41. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.
42. Mohd Nasir Mustafa,
43. Mohd Nasir Zakaria, YB,
44. Mohd Nizar Jamaluddin, YB Ir. Dato’ Seri
45. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
46. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB
47. Mustafa Ali, Dato’
48. Najihatusolehah Ahmad, Dr.
49. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz
50. Nasuruddin Hj Daud, Dato’ Ustaz Hj
51. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,
52. Nik Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ Ustaz
53. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz
54. Norazli Musa, Ustaz Hj.
55. Normala Sudirman,
56. Nuridah Salleh, Ustazah
57. Phahrolrazi Zawawi, YB Ir. Dato’ Hj
58. Razman Zakaria,
59. Riduan Mohd Nor, Ustaz,
60. Rosidi Hussin
61. Sa’ari Sungib, YB Hj.
62. Salahudin Ayub, YB,
63. Salleh Man, YB Ustaz
64. Sallehen Mukhyi, Ustaz
65. Shafie Abu Bakar, YB Dr.
66. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.
67. Siti Zailah Yusoff, YB
68. Suhaizan Kaiyat,
69. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr.
70. Taib Azamuddin Md Taib, YB Dato’
71. Takiyuddin Hassan, YB Dato’
72. Taufek Ghani, YB
73. Wan Abd Rahim Wan Abdullah, YB Dato’
74. Wan Hasrina Wan Hassan,
75. Wan Nik Wan Yusof,
76. Wan Ubaidah Wan Omar, YB
77. Yusof Embong, Ustaz Hj.
78. Zainuddin Yusof, YB Hj
79. Zaki Ibrahim, YB
80. Zuhdi Marzuki, Dr.
81. Zulkefly Muhamad Omar, Hj
82. Zulkifly Ahmad, Hj (Johor)

Manakala bagi jawatan pengerusi tetap, terdapat tiga pencalonan iaitu Abu Kassim Abdullah, Hussin Ismail dan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Bagi jawatan timbalan pengerusi tetap pula terdapat lima pencalonan iaitu:

1. Hussin Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir
4. Nasuruddin Daud, YB
5. Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, YB Dato’

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media sama berkata, surat tawaran akan dihantar kepada semua calon untuk mendapatkan pengesahan mereka samaada menerima pencalonan tersebut atau tidak.

"Jadi mustahil kalau ada yang kata mereka tak tahu layak bertanding," katanya.

Tarikh tutup untuk membuat pengesahan adalah pada 26 Mei ini.

Pencalonan bagi jawatan utama parti ditutup pada 15 Mei lalu.

Katanya, PAS mempunyai 176 kawasan di seluruh negara dan 152 daripadanya menghantar pencalonan bagi jawatan utama namun enam borang ditolak menjadikan 146 pencalonan diterima.

Seramai 1100 perwakilan akan menghadiri muktamar parti itu bermula 1 hingga Jun depan. -HD

Ulasan GB

1) Daripada 176 kawasan cuma 146 pencalonan kawasan yang diterima (152 yang hantar, 6 pula ditolak). Ini bererti 30 kawasan (17%) tidak mencalonkan sesiapa. Tidak ada butiran terperinci dan lengkap mengenainya, iaitu pencalonan kawasan mana yang tidak menghantar dan ditolak, kenapa ditolak dan tidak memberi peluang untuk kawasan-kawasan terbabit membantah. Ia seperti cuba untuk mengenepikan beberapa calon tertentu.

2) Tidak diberikan jumlah pencalonan yang diterima oleh setiap calon. Alasan Pengarah jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman seperti disiar malaysiakini, "Kita tidak umum... Kita tidak mahu terlibat seolah-olah dibaca sebagai berkempen (kepada calon)."

Alasan itu lemah kerana hal tersebut tidak pernah dilakukan sebelum ini dan tidak pula diberitahu sebelum pemilihan kawasan berlansung. Malah apabila tidak diumumkan jumlah pencalonan ia akan melahirkan persepsi negatif di kalangan ahli. Pertama, membuktikan jawatankuasa pemilihan tidak telus, kedua, ada seperti hendak berkonspirasi untuk mengenepikan calon tertentu dan ketiga tidak menghormati demokrasi di dalam parti dengan melihat kepada jumlah kawasan yang mencalonkan seseorang calon. Keempat, Ia menyukarkan calon-calon untuk menerima atau menolak pencalonan kerana tidak diberitahu setakat mana kekuatan melalui jumlah pencalonan yang mereka terima dari seluruh negara.

3) Sudah ada Jawatankuasa Pemilihan, mengapa Setiausaha Agong, Mustafa Ali masih berperanan? Sedangkan di dalam pemilihan yang lalu, beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan dan Setiausaha Agong tidak campurtangan. Masih lagikah beliau mahu cuba menghulurkan tangannya dan mengawal pemilihan seperti yang berlaku di masa lalu?

4) Daripada senarai yang dikeluarkan oleh harakahdaily di atas, nama Mohd Sabu yang bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden diletakkan paling akhir. Sedangkan saya yakin dan percaya beliau merupakan yang paling tinggi menerima pencalonan. Ia seolah-olah cuba untuk mencicirkan nama Mohd Sabu.

5) Begitu juga untuk calon Naib Presiden, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Saya yakin beliau bukan orang yang paling sedikit menerima pencalonan Naib Presiden.

6) *Bagi poin ke 4 dan 5 juga, jika alasan bawa aturan nama itu bukan mengikut sebab-sebab tertentu mengapa ia harus demikian? Bukankah itu menggambarkan wujud seperti cuba untuk mempengaruhi perwakilan nama mereka yang disenaraikan lebih dahulu? Mengapa tidak dilakukan seperti calon-calon AJK iaitu dengan mengikut turutan abjad?

7) Saya juga mendapat maklumat bahawa Harakahdaily/Harakah terlibat menonjolkan beberapa pemimpin tertentu di dalam parti untuk merebut jawatan-jawatan tertentu dengan fokus berlebihan diberikan kepada beberapa orang tertentu sahaja berkali-kali. Ini WAJAR dihentikan sebelum kami para blogger membongkarnya habis-habisan.

7) Kita berserah kepada Allah s.w.t. di atas apa juga muslihat di belakang semua ini.

59 ulasan:

ibnmustaffa berkata...

Syeikh, bg Naib presiden, memang ikut turutan abjad la. Cuba perati betoi-betoi....

FileHippo berkata...

Ini bermakna mustafa dan "geng2nya" hendak memenangkan geng2 yang pro-perpaduan...

Perpaduan dengan gerombolan united malays national organisation maseh belom terhenti...

Tanpa Nama berkata...

Supaya majoriti AJK menyokong penyertaan semula PAS ke dalam BN sebelum PRU13

Safarul berkata...

abg ni ahli PAS ke? Demokrasi salah satu cara yang dilaksanakan oleh sesebuah parti Islam, akan tetapi kami masih ada sistem lain seperti majlis syura' yg mengawal disiplin parti. Sistem yg terbukti berkesan adalah sistem yg telah pn di ajar oleh Rasulullah. Dan itu yg menjadi pegangan kami.Insya Allah, tujuan kami menegakkan Islam di muka bumi ini dan kami yakin Allah pasti akan menolong jemaah yg ingin menegakkan agama Allah ini. Jom sertai PAS...

Tanpa Nama berkata...

salam..

bila tiada ketelusan tiada rahmat Allah. bila tiada rahmat Allah adalah langkah pertama menuju kehancuran.

..dan bila menuju kehancuran saling tak tumpah seperti puak yg disebelah 'sana'.

Tanpa Nama berkata...

Mazwandi menulis:

"Syeikh, bg Naib presiden, memang ikut turutan abjad la. Cuba perati betoi-betoi...."

bagaimana timbalan presiden?

Tanpa Nama berkata...

memang puak umno dalam pas masih hidup, maka itu budaya umno yang dipimpin oleh mustafa ali masih ada dalam jemaah islam pas ini.

ibnmustaffa berkata...

Nampak gaya spt mahu ketepikan Mat Sabu, tapi, jika dilihat kontonasi ayat, mcm tidak pula.

Apa2, apa yang penting? Kerjasama..

Hang pa kempen la bg undi kpd Mat Sabu..

waqiah berkata...

PAS tewas di dalam prk-prk yang terakhir adalah kerana isu UG. Sebelum isu UG timbul di dalam muktamar 2010 yg lalu, PAS sentiasa menang. Tetapi sebaik saja UG timbul, PAS tewas. Oleh itu pastikan kumpulan UG yang dipelopori oleh Mustafa Ali ditewaskan pada muktamar kali ini.

mereka yg dikenali sebagai pendokong UG adalah:

1) Nasyaruddin Mat isa
2) Tuan Ibrahim Tuan Man
3) Abu Bakar Chik
4) Dr Hassan Ali
5) Iskandar Abdul Samad
6) Nik Abduh Nik Abdul Aziz
7) Nik Mohd Amar Abdullah

Tanpa Nama berkata...

to mustapha ali
you are too much!
we have been watching you since the previous party election.

pas dan pr hancur kerana kamu!

Tanpa Nama berkata...

safarul menulis
"sistem lain seperti majlis syura' yg mengawal disiplin parti"

majlis syura wujud tapi tidak berfungsi lansung di dalam pemilihan.

yang ada ialah "geng itu" dan "geng ini" - "geng ulamak" dan "geng profesyenal" untuk mengelirukan perwakilan.

buntat berkata...

Dalam mana2 pemilihan pasti ada yg tidak puas,apa yg penting kita doakan agar x ada perpecahan dalam, dalam saf perjuangan, belajar la dari sejarah, perbalahan merebut jawatan ini bukan setakat berlaku sekarang, zaman saidina osman dan ali juga ada puak yg berbalah,kita berdoa agar yg benar2 hak akan terus memimpin.Kepada penyokong2 tegar mana2 pemimpin jangan la dibutakan hati, matlamat dan perjuangan jamaah lebih penting

Tanpa Nama berkata...

belum pun berlaku pemilihan, Mustafa dah mainkan peranan busuknya "man behind the screen" untuk mengatur orang-orangnya supaya menang.

jaffars berkata...

demi kebaikan jemaah, saya bersetuju 100% dengan ulasan GB.

Tanpa Nama berkata...

jika ulamak seperti TGNA memang layak dipilih, tetapi jika ulamak UG yg berlapang dada utk bersekongkol dgn umno, gi mampos!

Tanpa Nama berkata...

Bro GB..

Nampak sangat puak UG dah kecut dan tidak berani mempamerkan jumlah pencalonan untuk calon jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Aku bukan sokong Mat Sabu tapi aku sokong cara pendekatan Mat Sabu dan ketelusan Mat Sabu dalam memperjuangkan cara politik Pas sejak dulu.

Hangpa boleh tolak Mat Sabu sekiranya beliau ada melakukan sebarang kesalahan dalam Pas.

OK, aku cabar Jawatankuasa Pemilihan berikan kebenaran wakil Mat Sabu untuk memerhatikan undi semasa undi dikira.

Aku katakan sekali lagi pada pemilihan yang lalu kemenangan Nasharudin adalah dipertikaikan!

Kepada siapa yg tak kenal GB aku tolong ulang , GB adalah ahli Pas tulin yang membayar yuran keahlian setiap tahun.

nombor ahli Pas aku..3234434

anasnazri berkata...

demi kebaikan jemaah, saya tidak bersetuju 100% dengan ulasan GB.

Tanpa Nama berkata...

"Saya juga mendapat maklumat bahawa Harakahdaily/Harakah terlibat menonjolkan beberapa pemimpin tertentu di dalam parti "

Siapa tak kenal Zulkifli Sulong. Ketua Editor Harakahdaily yang merupakan orang media pertama memperkenalkan kerajaan perpaduan melalui wawancaranya yang disiarkan di Siasah dahulu. Mustafa Ali kemudian mengambilnya menggantikan Ahmad Lutfi Othman di harakah.

Tanpa Nama berkata...

bibit kehancuran pas dah kelihatan dengan adanya golongan UG yang masih cuba menguasai parti.

dulu mereka dah diberi peluang? apa kesannya?

prestasi pas merudum. malah pas hampir hancur hendak dibawanya bergandingan dengan umno.

anasnazri berkata...

untuk timbalan, diletakkan dalam bentuk perenggan, dimulai dengan penyandang, diikuti MB, Naib2 Presiden dan AJK... ikut ranking laa..

itu pun salah...?

anasnazri berkata...

orang nak keluar berita cepat, x sempan nak susun ayat2 kempen... semua orang tunggu keputusan pencalonan...

naper buruk sangka sangat nie.. nie ke adab jamaah...?

Tanpa Nama berkata...

"untuk timbalan, diletakkan dalam bentuk perenggan, dimulai dengan penyandang, diikuti MB, Naib2 Presiden dan AJK... ikut ranking laa..

itu pun salah...?"

untuk timbalan guna rangking, untuk naib guna abjad ... mengapa dibezakan? apa tujuannya?

wartawan kelas mana buat begitu, membezakan tetapi konon tiada motif berbuat demikian?

Tanpa Nama berkata...

emm memang saya lihat ada usaha licik utk mengalahkan Mohd Sabu sebagai Timb Presiden dan Nizar sebai Naib Presiden.

Tanpa Nama berkata...

"naper buruk sangka sangat nie.. nie ke adab jamaah...?"

adab jemaah ke lakukan sesuatu secara tidak telus dan tidak professional?

patut pas kalah memanjang sebab harakahdaily byk wartawan seperti kamu.

kerja bukan saja mesti cepat, tapi mesti tepat dan tulisan mesti accountable dan berwibawa.

anasnazri berkata...

saya bukan wartawan harakah.. maaf..

so, ternyata yang mintak cepat, tepat, accountable dan wibawa cakap kat cermin.. pandang muka sendiri...

buruk sangka sangat...

Tanpa Nama berkata...

kalau cenggini caranya, ahli-ahli PAS perlu bertindak.

Pastikan kumpulan yang menamakan diri mereka ulamak dikalahkan. Berpangkat ulamak tetapi bersekongkol dengan UMNO. Aku takkan rela sedemikian.

Lebih baik habsyi berkulit hitam memimpin jemaah - difahamkan dari sebuah hadith.

Tanpa Nama berkata...

aku suka abang mat jadi timb pres, tapi aku bimbang ada orang nak mempergunakan abang mat untuk meruntuhkan "kepimpinan ulama'"...

kalaulah aku boleh beri pandangan kepada abang mat, biar dia tarik diri.. biar "orang itu" yang bertanding lawan ust nasa...

gentleman laa bro.. takkan antar orang lain plak nak hancurkan tembok kepimpinan ulama'...

abang mat, nampak gayanya abg mat diperkudakan sekali lagi oleh "orang itu"....

Tanpa Nama berkata...

aritu, "orang itu" janji nak tarik diri masa bertanding timb pres.. dia x tarik diri... nak try mana tau perwakilan tak keras sangat ngan kepimpinan ulama'... untung2 dia dapat menang...

kali ini, gayanya langsung x berani... antar abang mat syahid memecah tembok kepimpinan ulama'... jadi trojan horse plak..
aduyaii... bijak sungguh "orang itu"...

mohamad berkata...

berundurlah dato pa. kami tak mahu jadi macam pemilihan parti PKR. sejak jadi S/U tak nampak program baru dilancarkan. Tekanan terhadap SPR yg menipu sepi. Tak kreatif daan menyusahkan presiden. Tok Guru Hj Hadi pun satu hal kenapa malu alah sangat dengan cik gu pa. untuk pengetahuan, cik gu pa sudah dotalak oleh ahli muda pas. sekarang ini semua mahu yang muda.

Tanpa Nama berkata...

"saya bukan wartawan harakah.. maaf..

ternyata yang mintak cepat, tepat, accountable dan wibawa cakap kat cermin.. pandang muka sendiri...

buruk sangka sangat..."
org mudah faham ayat kamu

"orang nak keluar berita cepat, x sempan nak susun ayat2 kempen... semua orang tunggu keputusan pencalonan..."

berkilas ikan di air dah tahu jantan ke betina...

pun dari ayatnya kita tahu wartawan tu lelaki atau pompuan.

usah gedik sgt ler utk menafikan.

bukan buruk sangka cik akak oi, tapi membetulkan tulisan kamu yg menyebabkan orang boleh berburuk sangka. siapa bersalah?

mohamad berkata...

saya orang terengganu yang tidak mahu dato mustaffa ali lagi

Tanpa Nama berkata...

Tuan Ibrahim Tuan Man, seseorang yg amat tidak boleh dipercayai. Beliau sebelum ini sudah mengumumkan tidak bertanding utk jawatan Timbalan Presiden. Tetapi MSTAR melaporkan:

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata, dia mungkin mengubah pendiriannya berdasarkan jumlah pencalonan.

"Sekiranya saya menerima lebih banyak pencalonan untuk bertanding dalam sesuatu jawatan, saya mungkin akan bertanding," katanya.


Seperti ada konspirasi beliau bersama Mustapha Ali maka sebab itu jumlah pencalonan Timbalan Presiden dan Naib Presiden tidak diumumkan.

Ia guna untuk menjadi undi pemecah supaya Nasharuddin kekal sebagai Timbalan Presiden.

anasnazri berkata...

anon May 17, 2011 5:52 PM:

memang anda tersalah... saya bukan wartawan harakah...

nampak gayanya saya hebat ler.. lelaki tapi buat komen gaya perempuan... hahhaaa...

camnie rupanya geng erdogan.. cepat label orang, tanpa usul periksa...

anasnazri berkata...

Ust Tuan Ibrahim pulak kena tembak.. bagus betul ler korang nie..

at least, dia bayangkan kemungkinan tu dalam media., untuk umum, benda x salah pun...

berbeza dengan janji "orang itu" yang nak tarik diri kalau abang mat bertanding 2 taun lepas.. janji dalam bentuk personal tau..

hancing abang mat kena kencing ngan "orang itu" tau...

kalau bohong aku, bohong laa abang mat.. dia yang bgtau aku camtu...

Tanpa Nama berkata...

"camnie rupanya geng erdogan.. cepat label orang, tanpa usul periksa..."

automatik org tahu anda geng UG bila melabelkan org lain sebagai erdogan.

kalau geng UG ertinya geng "Umno Group", apa lagi sumpah laknat kata anda bukan wartawan. Bukankah orang UMNO dan kawan2nya spt eskay dan UG suka bersumpah laknat?

Tanpa Nama berkata...

bagus-bagus komen di sini. makin cerah para perwakilan nak buat pengundian nanti.

APA-APA PUN TOLAK UG!

Tanpa Nama berkata...

satu kemusykilan dari senarai calon ajk..mana p dr dzul?harap GB siasat

hussin berkata...

mustafa - permaisuri anai2 dalam pas. sebab tu tolak cadangan muktamar khas oleh tgna.

apa salah dato kj sehingga menyebabkan beliau digugur sebagai sua dan diganti dengan mustafa?

ug lah segala2nya. sebagai sua ada harga perundingan untuk jawatan, setiausaha parlimen pun oklah.

sesungguhnya mereka2 yang bertemu dengan paklah adalah tg presiden, mustafa ali dan nasharudin mat isa. rekod pertemuan serta perbincangan ada dalam simpanan sepertimana yang dicatatkan oleh malaikat yang dipertanggungjawabkan.

Tanpa Nama berkata...

anasnazri said...

"memang anda tersalah... saya bukan wartawan harakah...

nampak gayanya saya hebat ler.. lelaki tapi buat komen gaya perempuan... hahhaaa...

camnie rupanya geng erdogan.. cepat label orang, tanpa usul periksa..."


kalau nak suh usul periksa senang ajer, paling jelas awak ni golongan UG sebab dah tempelak org lain geng erdogan.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...

"Tuan Ibrahim Tuan Man, seseorang yg amat tidak boleh dipercayai. Beliau sebelum ini sudah mengumumkan tidak bertanding utk jawatan Timbalan Presiden. Tetapi MSTAR melaporkan:

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata, dia mungkin mengubah pendiriannya berdasarkan jumlah pencalonan.

"Sekiranya saya menerima lebih banyak pencalonan untuk bertanding dalam sesuatu jawatan, saya mungkin akan bertanding," katanya."

Biasanya golongan yg dikaitkan dengan UG ini lidah mereka memang bercabang dua. dgn org pas cakap lain, dpn org umno cakap lain. mereka menonjolkan diri mereka "geng ulamak" utk menipu ahli.

Unknown berkata...

Salam, hai bro anonymous..5.18, klu ya pun nak bagi no ahli PAS tu biar la logik sikit, mn ada ada no keahlian pangkal 3xxxxxx, tu kira keahlian ke 3 juta, yg terakhir ana daftarkan pun baru pangkal 9xxxxx, 9 ratus ribu lebih je.......

cucukerinci berkata...

Pas jgn tiru UMno.....ramai yg bagi idea ikut nafsu setan yg suka buat fitnah....gunakan akal bukan ikut nafsu setan....jemaah PAS lebih penting drp individu .....

Tanpa Nama berkata...

inilah akibatnya apabila pas terus juga menggunakan kaedah kafir iaitu demokrasi untuk memilih pimpinan dan bukan cara islam iaitu syura. semua berebut untuk bertanding, maklumlah jawatan dalam pas sekarang ini dah ada commercial value..

Tanpa Nama berkata...

cucukerinci said...

"Pas jgn tiru UMno.....ramai yg bagi idea ikut nafsu setan yg suka buat fitnah....gunakan akal bukan ikut nafsu setan....jemaah PAS lebih penting drp individu ....."

itu lah pasal saya rasa GB kata kena TELUS. jangan tiru macam umno dan pkr, suka menipu dalam bab pemilihan.

Ini semua akibat apabila dalam pimpinan PAS ramai sgt pemimpin berperwatakan UMNO kerana UG yang menang dalam pemilihan yang lepas.

Kena ubah!

Tanpa Nama berkata...

Memang talibarut umno ditanam dalam parti ini sejak dulu lagi juga dalam PKR. Hati hatilah selagi prinsip dipegang
mereka tak dapat lemahkan perjuangan PAS. Ramai ahli PAS berkorban dengan susah wang ringgit dan lelah keringgat untok menguatkan pas dulunya.

Teja berkata...

Usah memburukkan keadaan.Ambil jalan tengah,tubuhkan panel membuat semakan dan pengiraan dengan telus.Sampai begitu tidak akan timbul prasangka.

Tanpa Nama berkata...

MUSTAFFA ALI! BERUNDURLAH!
APA PASAL KAU SENTIASA SIBUK DI WAKTU PEMILIHAN PAS!

Tanpa Nama berkata...

Apa yg dok sibuk sgt nih...yg menentukan semua perancangan adalah Allah dan bukan manusia dan pada Allah kita minta yg terbaik utk kepentingan jemaah dari dok buat spekulasi sana sini dan cari dosa. Ini bukan cara Rasulullah ajar. Jika ada yg tak bersetuju,kemukakan secara terus dgn kepimpinan.

Tanpa Nama berkata...

anon 7:42

"Ini bukan cara Rasulullah ajar"

Rasulullah pun tak ajar supaya menipu di dalam pemilihan pimpinan!

"Jika ada yg tak bersetuju,kemukakan secara terus dgn kepimpinan."

Jika pemimpin telus, boleh dikemukakan aduan secara terus. tetapi pemimpin yang ada tidak telus, itu sebab kena kena tegur supaya telus sebelum pedang naik ke leher macam sahabat Umar tegur!

Tanpa Nama berkata...

Nama Mustaffa Ali lansung tak dicalonkan.. itu tanda ahli pas seluruh negara meluat dgn beliau. pun x sedar ker?

hussein berkata...

Ana amat sokong komen GB.
Kepada Safarul 4.12pm - Majlis Syura Ulamak yang ada sekarang dipenuhi oleh orang-orang yang berkepentingan.Ada yang bukan ulamak duduk dalam Majlis Syura Ulamak sebab pindaan Perlembagaan.Ramai pulak yang berada dalam Majlis Syura Ulamak itu ada"conflict of intrest" kerana memegang jawatan penting dalam parti.
Kepada Anon 5.20pm - Zulkifli Sulung tu memang orang kuat Stopa Ali.Dulu jadi ketua pengarang akhbar Siasah yang sudah diambil balik permitnya oleh MSO.Kalau tak ada Stopa Ali,dia tentu miss syoru.Dia akan buat apa yang Stopa suruh,termaklum sama negeri.
Dari komen GB dan komen-komen yang lain,nampaknya sudah sampai "kita" (para perwakilan Muktamar dan para blogger)yang sayangkan PAS melakukan sesuatu untuk menghancurkan Stopa Ali dengan Puak UG diIbu Pejabat PAS,kerana Geng anai-anai ini memang sudah merosakkan PAS dari dalam.

mohamad berkata...

mustaffa ali merasakan dia strategist dalam pas. mungkin betul, tapi bukan nak hancurkan UMNO, tapi nak naikkan kroni-kroni dia. tenguk saja di terengganu. orang-orang yang berwibawa dan berkebolehan tak kan naik. yang naik pun dipilih yang tak melawan dia. kalu macam ni lah. mampus pas terengganu. dulu masa pas menang di terengganu, yang jadi master mind ialah cik gu pa. Tok Guru main ikut jer. aku kerja kat pejabat hutan. aku tau lah. ni nampak UMNO nak tumbang, mulalah pilih orang-orang dia yang layak dicalonkan menteri. cik gu pa tak laku dah diterengganu. kalu cik gu pa masih nak main peranan diterengganu, tak ada pembaharuan pun. buat-buat sibok supaya nampak penting, kalau Pas menang PRU 13, dialah yang menyebok jadi exco. macam MB lah juga kuasanya. Tok Guru main ikut jer.Kalau sayang kepada PAS, kalau nak menang paksalah supaya cik gu pa ni berundur. tak payahlah jadi S/U. tenguk sendirilah apa dia dah buat. apa dia ingat dia tu jadi setia usaha masjid ke?

Tanpa Nama berkata...

wah...ramainya masuk bertanding. itu lah jadinya kalau pemilihan tak ikut sistem syura tapi ikut sistem demokrasi yang dicipta oleh kafir. ramai yang berminat untuk memegang jawatan tinggi walaupun diri tak layak sebab jawatan dalam pas sekarang ini dah ada COMMERCIAL VALUE...

aku sokong kepimpinan ulama' berkata...

sabar semua... ini baru pencalonan... jangan terburu-buru ikut perangai UMNO n Erdogan... silap sikit tak boleh, macam perfect sangat...

nanti kita akan nampak banyak nama yang akan mengundurkan diri...

btw, kalau xmau ulama', masuk ler PKR or DAP...

Tanpa Nama berkata...

"aku sokong kepimpinan ulama" berselindung disebalik nama kepimpinan ulamak.

sebenarnya ia kumpulan pandi kutty dalam pas

Tanpa Nama berkata...

aku dak agak orang umno yang bertopeng Pas masih berkuasa.. kehancuran akan datang bila bila masa, kalau orang upahan UNO berada dalam pemimpin PAS.

Undertaker berkata...

SEbenartnya orang Pandi kutty dalam PAS lebih dari seorang.Saya dah kata sejak dari dulu lagi.Tapi ramai yang marah pada saya.Akhirnya terbukti mereka mereka ini adalah pelongkop parti.Harap semua ahli sedar dan kita selamatkan Parti jangan UNDI,Stopa Ali,Hasan Ali,Azizan Razak,dan yang paling tak sedar diri Iilah Si budak Kecik tu.Nazzarudin Mad Isa.Saya berani katakan mereka ini puak mencari kepentingan peribadi dalam PAS yang bakal hancurkan PAS dari dalam.Tolong lah sedar lah wahai ahli dan perwakilan PAS.

Tanpa Nama berkata...

masyaAllah.. knpa la berlaku sedemikian rupa dlm pas... igtlah wahai pemimpin sekalian... kamu akn dipersoalkan dikemudian hari nanti.. lg satu.. igtlah wahai pemmimpin atau ahli pas.. org islam sokong pas bukan kerana pemimpin nya,tp atas dasar pas ni bawak islam... pemimpin mana2 pom xpe asalkan bawak islam dgn betul...


pasal teguran atau kritikan..

'jgn kamu pandang/kritikan sapa yg memberi teguran/kritikan tp dengarlah(bertindak)'...

wallahua'alam,.,.

surprising2008@yahoo.com berkata...

Ada nama Dr. Dzul, sila lihat harakahdaily

Re: Presiden PAS kekal, 6 layak tanding timbalan (Score: 1)
by albangi on Tuesday, May 17 @ 09:25:01 PDT
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3326-presiden-pas-kekal-6-layak-tanding-timbalan [bm.harakahdaily.net]



Berikut ialah 83 calon untuk AJK PAS Pusat:

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
3. Abdul Halim Abdul Rahman, Dato’ Ustaz
4. Abdul Rani Osman, YB Dr. Hj
5. Abdul Wahid Endut, YB Hj
6. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz ,
7. Abu Bakar Hussein, Ustaz
8. Adly Zahari,
9. Ahmad Sabki Yusof,
10. Aiman Athirah Al-Jundi
11. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
12. Anuar Tan Abdullah, Dato’ Hj
13. Asmuni Awi, Hj
14. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz,
15. Azman Shapawi, Ustaz

16. Dzulkefly Ahmad, YB Dr
17. Halimah Ali, YB Dr.
18. Hamzah Abdullah,
19. Hamzah Jaafar, Dr.
20. Hanipa Maidin, Hj
21. Hashim Jasin, YB Ustaz
22. Hassan Ali, YB Dato’ Dr.
23. Hayati Othman, YB Dr.
24. Husam Musa, YB Dato’
25. Idris Ahmad, Ustaz
26. Iskandar Abdul Samad, YB
27. Kamarudin Jaffar, YB Dato’
28. Khairuddin Dato’ Abdul Malek, Dr.,
29. Khalid Abd Samad, YB Hj.
30. Khalil Idham Lim, YB
31. Lo’Lo Dato Ghazali, YB Dr.
32. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr.
33. Mahfuz Omar, YB Dato’
34. Mazlan Aliman,
35. Misbahul Munir Masduki , Ustaz
36. Mohamad Abdullah, (Sabah)
37. Mohamad Nor Mohamad, Hj.
38. Mohamad Sabu, Hj.
39. Mohd Anuar Tahir, Hj
40. Mohd Apandi Mohamed, Hj.
41. Mohd Firdaus Jaafar, YB
42. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.
43. Mohd Nasir Mustafa,
44. Mohd Nasir Zakaria, YB,
45. Mohd Nizar Jamaluddin, YB Ir. Dato’ Seri
46. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
47. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB
48. Mustafa Ali, Dato’
49. Najihatusolehah Ahmad, Dr.
50. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz
51. Nasuruddin Hj Daud, Dato’ Ustaz Hj
52. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,
53. Nik Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ Ustaz
54. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz
55. Norazli Musa, Ustaz Hj.
56. Normala Sudirman,
57. Nuridah Salleh, Ustazah
58. Phahrolrazi Zawawi, YB Ir. Dato’ Hj
59. Razman Zakaria,
60. Riduan Mohd Nor, Ustaz,
61. Rosidi Hussin
62. Sa’ari Sungib, YB Hj.
63. Salahudin Ayub, YB,
64. Salleh Man, YB Ustaz
65. Sallehen Mukhyi, Ustaz
66. Shafie Abu Bakar, YB Dr.
67. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.
68. Siti Zailah Yusoff, YB
69. Suhaizan Kaiyat,
70. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr.
71. Taib Azamuddin Md Taib, YB Dato’
72. Takiyuddin Hassan, YB Dato’
73. Taufek Ghani, YB
74. Wan Abd Rahim Wan Abdullah, YB Dato’
75. Wan Hasrina Wan Hassan,
76. Wan Nik Wan Yusof,
77. Wan Ubaidah Wan Omar, YB
78. Yusof Embong, Ustaz Hj.
79. Zainuddin Yusof, YB Hj
80. Zaki Ibrahim, YB
81. Zuhdi Marzuki, Dr.
82. Zulkefly Muhamad Omar, Hj
83. Zulkifly Ahmad, Hj (Johor)