Kontrak ubah suai masjid didakwa diberi kepada adik Najib
Kontrak tersebut diberikan kepada NRY Architect Sdn Bhd milik Nazim, adik perdana menteri, dakwa pengerusi SAMM.
PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendakwa kontrak pengubahsuaian Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur diberi kepada firma arkitek adik Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kontrak tersebut diberikan kepada NRY Architect Sdn Bhd milik Nazim, adik perdana menteri, dakwa Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.
Pemimpin PKR itu menghantar surat terbuka kepada Najib meminta penjelasan mengenai perkara tersebut pada 10 April lalu. Nazim adalah timbalan pengerusi masjid Kampung Baru.
Badrul Hisham menggesa perdana menteri memperjelaskan perlantikan firma Nazim sama ada atas kapasitinya sebagai timbalan pengerusi masjid ataupun sebagai adik perdana menteri yang menurutnya kedua–duanya ada pertembungan kepentingan.
Pada 5 Februari lalu, Najib telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi membiayai pengubahsuaian Masjid Kampung Baru yang akan disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad.
Ketika dihubungi, Badrul Hishan berkata, beliau belum mendapat penjelasan dari perdana menteri berhubung perkara tersebut.
“Saya akan mengambil tindakan lain jika perlu,” katanya.

7 ulasan:
lepas masjid nak ambil alih kg baru pula, bodohnya yang sokong BN
Awat benci sangat warna hijau yang menjadi kesukaan nabi. Mesti guna warna biru latarbelakang. Tak sesuai. Jika tak suka tukar sahaja padang bola tu dari warna hijau dengan rumput warna biru.
Ini semua rancangan Raja Nongchik(Raja Tanpa Negeri)nak ampu Najib agar boleh sambong jadi senator lagi 5 tahun.Mesjid Kg.Baru tu dah besar dan elok dah,tak payah nak ubah-suai lagi.Nanti waktu kerja ubah-suai orang Kg.Baru nak solah kemana?IUni rancangan boros dan bodoh dari Raja Nongchik.
Daripada menghabiskan duit perelok masjid yg dah elok..apa salah buat kerja lebih sikit..cuba tinjau ceruk kampung masih beratapkan zink, berdindingkan kayu...tak bayak kalau RM500 ribu..dah berapa banyak surau kg yang dapat manfaat. Semua org suka..org kg lagi suka...
Bermacam-macam cara dicari untuk rompak wang rakyat.
alhamdullilah ubahsuai dn menambahbaik pulih masjid...dapat pahala..
adakah najib berfikiran bahawa ALLAH memerlukan masjid yg tesergam indah dr dari wang hambanya atau mahukan hambanya membelanjakan wang pada jalan ALLAH
Catat Ulasan