18 Apr 2011

Polis Dakwa Sarbani Mati Akibat Kemalangan


KUALA LUMPUR – Siasatan polis mengenai punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada 6 April lalu disyaki akibat kemalangan.

Siasatan polis terhadap kematian mangsa setakat ini telah siap 60 peratus.

“Bukti-bukti yang ditemui setakat ini mendapati tiada unsur menunjukkan mangsa bunuh diri tetapi kematian mangsa disyaki lebih kepada kemalangan akibat terjatuh dari tempat tinggi,” kata beliau kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Antara bukti tersebut adalah seperti kecederaan yang dialami mangsa dan cara lelaki itu terjatuh ketika ditemui polis.

Ahmad Sarbani yang merupakan seorang daripada 62 kakitangan Kastam yang disiasat SPRM dalam Operasi 3b berhubung salah laku rasuah dan kegiatan pengubahan wang haram ditemui mati di aras satu menempatkan gelanggang badminton di bangunan itu. -kosmo


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semua siasatan kerajaan BN, pelajar tadika pun tahu keputusannya

Tanpa Nama berkata...

Kalau setakat jatuh dua tingkat belum lagi mati.

Tanpa Nama berkata...

panjang said

mesia al-kartunn...
belum siasat kata mati mengejut! mati sebab kene sergah.. HAH!!!! mati...wakakaka. lps siasat 60% kata kemalangan.. tiba2 arwah terkeluo ikut tingkap than terrrjatuh...wakakaka tom n jerry mmg tak leh lawan.. even maharaja lawak pun lom tentu leh chalen citer lawak ni...wakakaka

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah suruh Ezam dgn Lokman adan je yg percaya cite ni kehkehhh