Kes Bekas Setiausaha Politik Menteri Disebut Semula 8 April

Butterworth:: Mahkamah Sesyen di sini, menetapkan 8 April ini untuk sebutan semula perbicaraan kes bekas Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Hasbie Satar, yang didakwa terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram berjumlah RM2,134,656, tahun lalu.

Gambar: BEKAS Setiausaha Politik kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Hasbie Satar, 38, (kanan) tiba ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini bagi menghadapi tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2,134,656. - Foto Rosli Ahmad

Hakim Tuan Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membuat keputusan itu selepas peguam Hasbie, Badrul Munir Mohd Bukhari, memohon supaya pihak pendakwaan mengemukakan semula kertas pertuduhan lebih lengkap dan terperinci mengenai jenis kesalahan tertuduh.

Hasbie, 38, didakwa melakukan kesalahan itu di Pangsapuri Sri Molek, Jalan Laksamana, Teluk Air Tawar, dekat sini pada 11 Februari tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Hasbie dihadapkan ke mahkamah pada 10 Februari lalu dan mengaku tidak bersalah atas dakwaan berkenaan.

0 comments:

View Comments/Post a Comment




Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB: