Digilis pembajak
Gambar: TRAGEDI... Mohd Arif menunjukkan tempat Asmadi (gambar kecil) digilis traktor di Kampung Wek, Machang.
MACHANG: “Saya sepatutnya mengambil dia di kawasan membajak kira-kira 200 meter dari tempat berehat untuk keluar makan.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya terkejut apabila mendapati dia dalam keadaan parah akibat tersepit pada traktor berkenaan,” kata Mohd Arif Aladin, 20, rakan Asmadi Mamat, 49, yang maut akibat terjatuh dari traktor sebelum digilis jentera pembajak itu ketika melakukan kerja meratakan baja tanaman tembikai di Kampung Wek dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang juga Penghulu Mukim Banggol Pak Awang, Kampung Joh, dekat sini, dikatakan cuba menguis guni baja yang kosong menggunakan kaki kanan ketika mengendalikan jentera itu.
Tindakannya menyebabkan dia terjatuh sebelum kaki kanannya terlekat pada tayar belakang, manakala dada dan kepalanya tercucuk bilah pembajak traktor berkenaan.
Menurut Mohd Arif, mangsa mula melakukan kerja meratakan baja di kawasan itu sejak Selasa lalu.
Katanya, sudah menjadi kebiasaannya untuk mengambil mangsa di kawasan itu sebelum mereka makan tengah hari bersama berikutan tempat itu agak terpencil.
“Seperti biasa, saya pergi mengambilnya dengan menunggang motosikal. Apabila sampai, saya tidak melihatnya di atas traktor dan terkejut apabila ternampak kaki kanannya melekat pada tayar belakang dan keadaannya parah.
“Panik melihat keadaannya, saya bergegas ke tempat rakan di kawasan rehat untuk memaklumkan kejadian itu,” katanya.
Dia dan rakannya kemudian menghubungi bomba dan polis bagi membantu mengeluarkan mangsa sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Machang (HM).
Seorang anak mangsa, Mazri Afandi, 22, berkata dia terkejut apabila diberitahu mengenai kejadian itu sebelum bergegas ke HM.
Katanya, bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan tetapi sering mengadu pening kepala sejak beberapa hari lalu.
“Ayah juga sempat berpesan supaya segera menyiapkan bangsal di depan rumah bagi persiapan kenduri kahwin kakak, (Azlina, 24,) bulan depan.
“Namun, tidak sangka itu pesanan terakhir selain tidak sempat melihat kakak yang juga anak sulung diraikan dalam majlis perkahwinan itu,” katanya.
Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Che Malik Bedot, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan kes diklasifikasikan mati mengejut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan