Umno Tidak Terlibat Dalam Kekecohan Mesyuarat Cabang PKR - Mustafa Kamil
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mustafa Kamil Ayub menafikan dakwaan setiausaha agung parti itu Saifuddin Nasution, bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) terlibat mendalangi kekecohan yang berlaku dalam beberapa mesyuarat cabang PKR.
Beliau berkata pemimpin dan anggota PKR sedia maklum bahawa sistem satu anggota satu undi yang diperkenalkan untuk pemilihan parti itu mempunyai kekurangan dan perlu dibaiki.
"Saya kurang bersetuju (dengan dakwaan itu). Bagi saya, apabila wartawan ajukan soalan ini, saya kata ini proses kali pertama kita menggunakan pendekatan satu anggota satu undi, dan rekod telah membuktikan daripada 180 cabang yang telah mengadakan mesyuarat, hanya tujuh cabang yang ada masalah.
"Sedikit kelemahan mesti diperbaiki, kita telah bincang dan memang ada ruang untuk kita baiki, tetapi saya tidak cenderung untuk menyalahkan Umno dan Barisan Nasional," katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat.
Pada sidang akhbar itu, Mustafa Kamil turut mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan parti tersebut bulan depan.
Beliau menyifatkan dakwaan Umno menjadi dalang insiden kekecohan pada pemilihan cabang parti itu sebagai tidak berasas, malah katanya, PKR sepatutnya bertanggungjawab ke atas masalah tersebut, dan bukannya menuding jari kepada orang lain.
Selasa lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Saifuddin supaya mendedahkan identiti mereka yang didakwa menjadi "ejen Barisan Nasional" di dalam parti pembangkang itu
Mengenai keputusannya bertanding jawatan kedua tertinggi dalam PKR itu, Mustafa Kamil berkata ia diputuskan atas kepercayaan meneruskan kesinambungan perjuangan yang bermula sejak 12 tahun lalu, dan menjadikan parti itu sebagai parti masa depan rakyat Malaysia.
Keputusan beliau menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mustafa Kamil, naib presiden parti Azmin Ali dan pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim.
Mustafa Kamil berkata walaupun kedua-dua lawannya mempunyai kehebatan tersendiri, beliau akan terus komited dengan hasratnya untuk bertanding, malah bertegas tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, sekiranya ada cubaan untuk memujuknya menarik diri.
Beliau berkata tinjauan ke peringkat akar umbi dan maklum balas yang diterimanya menunjukkan kejutan boleh berlaku ke atas dua calon pilihan tersebut.
"Keputusan saya muktamad...saya tidak akan menarik diri sehingga hari pemilihan, dan jika tewas, kita akan bawakan khidmat dalam bentuk lain.
"Tak perlulah saya menyaingi kenyataan Azmin dan Zaid dalam soal ini. Walaupun saya faham saya calon 'underdog', saya bukan ahli yang berhormat, bukan senator, bukan juga bekas menteri," katanya. -- BERNAMA
Ulasan GB
Apabila sebelum ini GB menulis dengan entri bertajuk "Apa Ada Dengan Mustaffa Kamil Ayub?" ada pula yang bertanya mengapa tajuk itu provokatif sangat? Biarlah dia bertanding...
Memang pun GB berharap sangat beliau bertanding. Jika tidak masakan GB dedahkan biodatanya secara terperinci dan GB menyatakan di situ:
Mustaffa bakal menggalas tugas besar untuk merubah PKR dengan satu pewarnaan yang lebih holistik. Setidak-tidaknya itu harapan sebahagian besar ahli-ahli PKR jika mahu parti dipimpin oleh tokoh yang boleh menjadi role-model.
Pengalaman Mustaffa yang luas di dalam gerakan Islam dan karisma kepimpinannya mampu menjadikan beliau seorang yang boleh menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mungkin namanya tidak hebat, tetapi karismanya hebat. Hanya jauhari yang mengenal mutu manikam.
Oleh kerana blog bukan sebuah akhbar maka tidak salah bagi blogger memberikan pendapat yang berpihak. Blogger bukan pimpinan mana-mana parti sekalipun ada pimpinan parti yang menjadi blogger.

6 ulasan:
Hah....
Ini barulah kenyataan yang "gentleman".
Kalau beliau berjaya didalam pertandingan tersebut,nescaya
banyak perubahan menuju kebaikan didalam PKR akan berlaku.
Sekarang ini PKR sudah dilebelkan sebagai parti GANGSTER !
LAWAN JANGAN TAK LAWAN !
"blogenstarz"
Mengikut percaturan demokrasi dari jumlah pencalunan yang diterima maka wajar lah dia menarik diri dari bertanding dan menyokong calun yang di rasai dapat membawa parti jauh ke hadapan.Ini juga membuktikan keikhlasan seorang pemimpin dalam menuju agenda besar yang di bawa parti.
Jangan cakap tak serupa bikin, bolih memperbodohkan orang yang bodoh, mungkin masih ramai dalam PKR. Seorang pemimpin harus mempunyai visi yang holistik dan jauh. Parti adalah asas tapak perjuangan dan sekira nya is rapuh maka jadi lah angan angan Mat Jenin. Fikir fikir la, jangan perasan diri hebat dan berlakun merendahkan diri untuk simpati dan cermin lah diri sendiri!!!
My two cents conclusion-selfish!!!
Kalau pkr inginkan pemimpin yang berkarisma maka pilihlah samada mustafa atau zaid. Kalau pilih azmin maka keadaan akan jadi serupa tanpa perubahan.
Saudara GB,
Pada pandangan saya, saudara Mustaffa Kamil adalah calon yang sangat layak. Beliau tiada apa2 komitmen yang besar selain Pengerusi Keadilan Perak. Azmin telah ada pelbagai tanggungjawab berat seperti MP dan ADUN manakal Zaid Ibrahim pula adalah Penyelaras PR.
Jika saudara Mustaffa Kamil dapat menjadi Timbalan Presiden, saya percaya beliau akan dapat memberikan fokus yang penuh ke arah memantapkan lagi PKR. Biarpun namanya agak terkebelakang dan "underdog", mudah-mudahan akan diberikan peluang oleh ahli-ahli PKR nanti.
dah lama UMNO rancang nak rosakkan pemilihan dan imej PKR?
GB,
dalam demokrasi tuleh boleh tak pemimpin atasan kata dia kalau boleh nak org ni memang?
dkt UK dan USA takde masalah pon utk pemimpin menyatakan sokongan kepada org yg dia suka--
kenapa kita yg kata nak amalkan demokrasi yg tuleh melarang pula pemimpin dr menyatakan sokongan kepada mana2 org dia suka-- aku sgt kompius kat sini --adakah ini yg dinamakan demokrasi tulen malaysia??... yg sbenarnya ape yg tak boleh adalah memburukkan calon yg kita tak suka itu shj--nyatkan sokongan adalah takde masalah langsung... tp kalau seseorg serang parti- dan kita jawab pertahankan parti itu pon takpe malah wajib utk pertahankan parti- yg salah org yg serang parti tersebiut.
sama juga yg anwar ckp MUNGKIn troja horse telah masuk dlm PKR-- adakah salah??.. dan aku lebih mempercayai memang akan ade trojan horse dlm pkr selepas PRU12 dulu---itu adalah helah2 BN--- tp ade pulak org terasa-kalau dia bukan trojan horse tak payah terasa but aku teramat yakin ade trojan horse dlm pkr-tp aku sendiri tak tau sape--- sbeba itu adalah taktik bn-tak caya nanti bila nak pru nanti akan ade pemimpin yg akan kluar pkr-itulah troja horsenya..dr dulu sampai wujud trojan horse ni..
Catat Ulasan