11 Okt 2010

Kemalangan Ngeri : Angka Kematian Meningkat 15 Orang

Tiga lagi mangsa nahas kemalangan melibatkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka, semalam, meninggal dunia hari ini.

Gambar: Salah seorang daripada 12 mangsa yang maut akibat kemalangan di kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan, dibawa ke bilik mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat kira-kira 12 malam tadi. foto: BERNAMA

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengesahkan jumlah mangsa yang meninggal dunia setakat ini meningkat kepada 15 orang.

“Tiga lagi mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital hari ini manakala 12 di tempat kejadian semalam,” katanya di sini hari ini.

Kemalangan berlaku jam 7.12 malam apabila sebuah bas Ekspres Delima dari arah selatan menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas malam tadi. Sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tiga kereta turut terbabit dalam kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom, berkata kemalangan berlaku di lebuh raya menghala ke selatan, iaitu di antara Hentian Pedas-Linggi dan Plaza Tol Simpang Ampat.

“Sebahagian besar mangsa dihantar ke Hospital Tampin, Alor Gajah dan Melaka bagi memudahkan mereka menerima rawatan kerana kemalangan berlaku di lebuh raya menghala ke selatan,” katanya kepada Berita Harian malam tadi.

Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, berkata 24 pegawai dan anggota dari balai Rembau, Tampin dan Alor Gajah dihantar ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa.

Seorang penumpang bas ekspres yang cedera dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), Nur Najlaa Aqilah Mohd Ghazali, 19, berkata dia sedang tidur ketika kejadian.

Pelajar Universiti Malaya itu berkata, dia terkejut daripada tidur apabila bas bergoyang kuat dan berpusing beberapa kali sebelum terbabas di lebuh raya bertentangan.

“Bas menimpa sebuah kereta sebelum dirempuh sebuah bas dari arah bertentangan. Keadaan kelam kabut dan nasib baik saya hanya cedera ringan,” katanya yang cedera muka dan tangan.

Difahamkan, bas JKM terbabit membawa bekas tentera yang menghadiri Perhimpunan Raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, petang semalam.

Ulasan GB

Pemimpin PR tak seorang pun prihatin ke dalam bab-bab sebegini? Maisng-masing sibukkan jawatan dan sibukkan kuasa dan kedudkan semata-mata? Tak der seorang pun menziarahi mangsa? Mana Unit Amal yang sepatutnya dari petang semalam sudah menolong mangsa? Mana pemimpin PR Negeri Sembilan dan Melaka? Huiiiyooo, ingatlah, rakyat sedang membuka matanya, tatkala anda pemimpin-pemimpin PR sedang membaca bersahaja dan menutup mata.













2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mungkin pemimpin PR dan Unit Amal terlepas pandang bab ini. terima kasih GB kerana menegur.

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan kes terlepas pandang..tp pandang..cuma buat2 tak brapa nak nampak ...sibuk dengan politik yang tak kemana..