20 Ogo 2010

Zahid Menipu Di Bulan Ramadhan?

Khutbah: K'jaan negeri nafi nama Lim ganti Agong

Kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya bahawa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat yang dibaca di beberapa masjid di negeri itu.

Exco Hal-Ehwal Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata siasatan awal mendapati ianya tidak berlaku kerana teks khutbah Jumaat, yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam negeri, tidak menggunakan nama Lim.

Katanya, hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat.

Abdul Malik berkata, beliau telah membuat siasatan awal dan mendapati kejadian itu tidak berlaku seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengerusi perhubungan Umno negeri.

Abdul Malik menjelaskan, teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim, seperti yang didakwa.

"Dan kalau mereka tidak baca teks sekalipun, saya percaya hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan ganti nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah," katanya lagi.

Tambahnya, dakwaan itu juga tidak menyebut dengan jelas masjid yang terbabit, sebaliknya hanya menamakan kawasan Permatang Pauh, Jelutong dan Tasek Gelugor.

Ditanya lanjut, beliau berkata kerajaan negeri tidak akan mengambil tindakan lanjut atas dakwaan itu kerana "tidak timbul isu."

"Isu ini sengaja diada-adakan, sebab sememangnya tiada isu. BN yang sengaja wujudkan isu ini," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Abdul Malik juga berkata, sekiranya Ahmad Zahid mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut, beliau hendaklah membuat laporan supaya dakwaan tersebut dapat disiasat.

"Kalau dia ada maklumat, sepatutnya dia buat laporan kepada kerajaan negeri, atau kepada polis atau kepada pejabat mufti, bukannya pergi beri kenyataan kepada media," katanya lagi.

Sementara itu, bercakap dalam satu sidang media pagi ini, Abdul Malik juga berkata kerajaan negeri serta JAIPP tidak menerima sebarang arahan lisan mahupun bertulis untuk menukar nama tersebut dalam teks khutbah.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa sesetengah jawatankuasa masjid menggunakan isu tersebut untuk mensabotaj kerajaan negeri.

12 ulasan:

tupai berkata...

ni memang perangai depa dah. dia mainkan lagu lepas tu mailah yang lain jadi backup singer. ketua pemuda umno pun tumpang semangkok. tpm pun sama. bagi depa benar atau tidak itu lain cerita, yang penting dapat dihebohkan melalui mediamassa yang menjadi talibarut mereka..perangai macamnilah yang orang bertambah meluat dengan bn. mungkin inilah tanda-tanda kejatuhan bn. saya dulu penyokong kuat umno. pernah bergaduh dengan orang pas pasal depa duk kutuk umno. tapi la ni bila tengok sikap pemimpin umno yang cakap tak serupa bikin dan sikap melagalagakan rakyat maka saya telah hilang kepercayaan kepada mereka. ramai lagi saudara mara saya dan rakan-rakan yang dulu sokong umno la ni dah mula berubah. wahai pemimpin umno! jangan salahkan kami. tapi cerminlah diri sendiri. terutama ds zahid zamidi...

dlines berkata...

umno BN ni dah takde kerja..itu sebab mereka ni cari fitnah dan tabur fitnah...sebab bapak mereka tak ajar " fitnah tu salah satu dosa besar". yang mereka tahu...dosa lain kira..yang penting mereka kekalkan kuasa...ajar mereka di PRU13 nanti..

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan minta tolong ulas tentang tindakan UMNO yang sekarang menakutkan rakyat dan cuba mengugat keselamatan dalam negara.

Tanpa Nama berkata...

siang malam itulah kerja puak puak UMNO menipu, memfitnah, hipokrit kepada rakyat...

itulah pemikiran UMNO masih menganggap rakyat mudah ditipu dan diperbodohkan.

mtgbertam berkata...

Zahid ni sama mcm Ali Rustam, TAK CERDIK

Tanpa Nama berkata...

macam mana oghang yang bodo macam zahid ni pi boleh jadi menteghi,patutla negagha jadi haghu bighu dengan buang anak sanasini,baghang naik harga,ekonomi jatoh dan macam2 lagi,selagi dok bagi oghang2 bodo laguni jadi menteghi akibatnya nanti tengok apa akan jadi negagha kita yang tercinta ini.

Tanpa Nama berkata...

alangkah ruginya, seorang insan yang diberi didikan agama oleh ibu bapa untuk menolong ibu bapa apabila telah mati... tapi inilah jadinya kepada si zahid ni... demi menjaga poket yang memang dan penoh dengan rm dan mahukan kemewahan dunia.. sanggup di laknat oleh Allah... MEREKA2 INI TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG MAHUKAN KEPADA NIKMAT DUNIA DAN TAK TAKUT DENGAN BALA ALLAH YANG BAKAL MEREKA DAPAT TAK KIRA DUNIA ATAU AKHIRAT KELAK. KESIANLAH PADA MAK AYAH SI ZAHID... AGAKNYA PADA DIA SBB BULAN PUASA NI TAK ADA AZAB KUBOR TU.. YANG MENIPU... AJE... TAK TAU NYA MACAM SEKSANYA MAK AYAH DI ALAM KUBOR TU....

Tanpa Nama berkata...

Untuk menjernihkan nama MAIP dan Kerajaan PP rasa saya elok pihak tsb (MAIP dan Kerajaan PP) menyaman orang berkenaan yang mengeluarkan cerita karut-marut tsb dan juga Media cetak yang mencetak berita karut-marut tsb.

Tanpa Nama berkata...

Apa punya bahalol la cerita ni.. Lim Guan Eng pun tak nak nama Agong ganti dengan nama dia.. Dia bukannya bodoh.. Yang bodoh tu orang UMNOBN.. Kalau boleh kita toksah la layan cerita puak2 UMNOBN ni, semuanya bohong..

Tanpa Nama berkata...

UMNO nak alihkan isu nak pilihanraya serawak...

Tanpa Nama berkata...

lepas ni buat khutbah minta tumbangkan UMNO dan BN dimalaysia pula.

Tanpa Nama berkata...

Waktu menjadi menteri agama pun tak layak..dah asal tak layak..sampai bila pun tak layak...perhatikan;ah cara gaya hidupnya..bermotor besar..sedarlah,,,