30 Ogo 2010

UMNO Terus Dipinggirkan, Rakyat Terus Undang Teo

Teo hadiri satu lagi majlis di surau

Meskipun dikecam hebat kerana mengunjungi sebuah surau dalam kawasan pilihan raya minggu lalu, ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengunjungi sebuah lagi surau semalam.

Teo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga menyumbangkan RM500 kepada RELA.

Bagaimanapun kali ini, beliau tidak memasuki ruang solat tetapi memakai selendang. Majlis tersebut berlangsung di bawah sebuah khemah dalam kawasan surau.

Dalam satu kenyataan hari ini, Teo berkata kunjungannya itu adalah berasaskan kepada prinsip berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama mereka.

Menurut Teo, beliau diberi sambutan yang baik sepertimana ketika beliau mengunjungi surau Al-Huda di Kajang, yang telah mencetuskan kontroversi.

Katanya, majlis tersebut berjalan lancar walaupun terdapat kecaman terhadapnya dan penyiaran siri laporan yang mengecamnya, terutamanya oleh akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia.

Malah, katanya, ada antara para hadirin yang bersalaman dengannya dan menyuara sokongan mereka kepadanya.

Teo yakin, selagi tindakannya itu berasaskan kepada prinsip, rakyat tidak akan mempercayai serangan bermotif politik terhadapnya.

Tambahnya, selain sumbangan dari kerajaan negeri, beliau juga turut mengedarkan kurma dan duit raya kepada anak-anak dari ibu tunggal.

Teo menjadi sasaran kecaman ahli-ahli politik BN, blog pro-BN dan akhbar Melayu ekoran kunjungannya ke Surau Al Huda pada 22 Ogos lalu.

Antara lain, mereka mendakwa Teoh telah melakukan penghinaan besar terhadap umat Islam kerana bercakap di depan dewan solat, yang dianggap suci dan dilarang dimasuki bukan Islam.

Ekoran itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pentadbiran surau tersebut dan akan menghantar surat amaran kepada Teo. -MK

Ulasan GB

Demikian, kebenaran tidak dapat disekat walaupun akhbar telah memutar isu tersebut untuk memburuk-burukkan imej Pakatan Rakyat, walau sultan telah dihasut dan dipujuk oleh pihak tertentu untuk menghalang kehadiran pemimpin yang rakyat mahukan.

Tahniah YB Teo. Jangan takut, teruskan kerja-kerja menjalankan tugas sebagai wakil rakyat. UMNO BN sudah tidak mempunyai apa-apa kekuatan lagi sebenarnya. Mereka sedang menunggu untuk rebah menyembam ke bumi. Pada masa itu tiada sultan yang akan membela mereka lagi!

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa lagi syarat yang nak dikenakan? Nak suruh amoi ni bersunat dulu? Katak Ibrahim Ali tentu setuju nak jadi anggota panel penentu sah! Mana tidak? Peluang terbuka tengok ... tu!! Bukan mudah. Ha... ha... ha...

Tanpa Nama berkata...

nampak nya pak katak tentu bertambah2 lagi sakit hati dan akan mencari isu2 lain pulak nak kenakan pakatan rakyat... AYOH PAKATAN RAKYAT TERUSKAN BERJUANG TANPA MENGIRA APA YANG BAKAL DILAKUKAN OLEH BEROK2 UMNO NI... JANGAN PEDULI DAN JANGAN DILAYAN ORANG GILA... NANTI KITA TERIKUT2 LAH PULAK PENYAKIT DIA ORANG NI.... NANTI KALAU KITA MENANG ... KITA HANTAR ORANG2 NI MASUK HOSPITAL BAHAGIA DAN HOSPITAL TAMPOI... KAH..KAH.. KAH... JANGAN KITA MUDAH MENGAKU KALAH...

Tanpa Nama berkata...

Bagi mana-mana pihak yang bertelagah dalam menentukan betul atau tidak tindakan YB Serdang, Teo Nie Ching dan yang terbaru YB Selayang, William Leong yang telah memasuki masjid baru-baru ini. Disini sukacita dimaklumkan diserta beberapa dalil dan hujah berkenaan isu bukan Islam memasuki masjid:

Di dalam mazhab asy-Syafie orang kafir haram dan ditegah sama sekali daripada masuk Masjidil Haram sebagaimana firman Allah swt di dalam surah at-Taubah : 28. Sambungan..

Tanpa Nama berkata...

Di dalam kitab I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan Muhammad Abdullah az-Zarkasyi ada dibahaskan tentang hukum orang musyrik masuk ke masjid selain Masjidil Haram.

Menurut kitab tersebut, orang kafir dibolehkan masuk ke dalam masjid dan diam di dalamnya, sekalipun dia di dalam keadaan junub.

Ini berdasarkan hadith Baginda saw yang menjelaskan bahawa pada zaman Baginda saw orang-orang kafir masuk ke dalam masjid Baginda yang tidak diragukan lagi bahawa mereka itu dalam keadaan berjunub. (I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid : 318 )

Tanpa Nama berkata...

Sebab keharusan ini kerana mereka beriktiqad bahawa tidak haram hukumnya ke atas mereka masuk ke dalam masjid dalam keadaan berhadas besar. Berlainan pula halnya dengan orang Islam, mereka ditegah masuk atau berada di dalam masjid dalam keadaan berhadas besar atau berjunub sebagaimana menurut ketentuan syarak terhadap mereka. sambungan..

Tanpa Nama berkata...

Keharusan orang kafir masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram berdasarkan hadith Baginda saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ( yang bermaksud ) :

“Rasulullah saw telah mengutus pasukan berkuda ke Najd. Kemudian mereka datang kembali dengan membawa seorang ( tawanan ) lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsauban bin Utsal lalu mereka mengikatnya pada salah satu tiang masjid. ( HR al-Bukhari )

Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi rahimahumallah berpendapat secara mutlak membolehkan orang kafir memasuki masjid selain Masjidil Haram tetapi dengan mendapat keizinan orang Islam. Sementara itu, orang Islam yang memberi kebenaran kepada mereka untuk masuk itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal. Sambungan...

Tanpa Nama berkata...

Daripada penjelasan para ulama’ Syafiiyyah di atas, jelas bahawa orang kafir adalah dibolehkan masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram apabila telah memenuhi syarat-syarat yang telah dijelaskan.

Untuk ini, pihak masjid memang perlu membuat peraturan sesuai dengan kehormatan dan kesucian masjid, umpamanya dimestikan memakai pakaian yang sopan atau menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa-masa yang sesuai dan lain-lain peraturan yang munasabah. Diharap penjelasan ini mampu merungkai persoalan yang timbul. Bukan UMNO atau mana-mana pihak yang membangkitkan isu ini yang menjadi isu. Tetapi kejujuran pihak yang dikatakan kononnya cerdik pandai dalam agama terutama dalam PAS yang tidak mahu menjelaskan dengan betul kepada rakyat.Sambungan...

Tanpa Nama berkata...

Kalau bukan UMNO yang membangkitkan isu ini adakah PAS sanggup bersubahat dalam perkara yang terang-terang bertentangan dengan Islam. Seperti di rangkap terakhir artikel tadi diterangkan bahawa bukan Islam yang ingin memasuki masjid perlu menutup auratnya terlebih dahulu. Masalah yang berlaku pada YB Serdang ialah dia tidak menutup aurat dan pihak pengurusan masjid juga tidak menyediakan pakaian khusus untuk bukan Islam untuk memasuki masjid. Untuk membolehkan bukan Islam memasuki masjid pihak pengurusan perlu terlebih dahulu menyediakan kemudahan yang diperlukan seperti mana yang dilakukan oleh pihak pengurusan Masjid Putra, Putrajaya yang mewajibkan pelancong bukan Islam memakai jubah berwarna merah jambu untuk memasuki masjid. Sambungan...

Tanpa Nama berkata...

Wah! Nampaknya YB Teo Nie Ching semakin popular berbanding dengan Minah yang menggelarkan dirinya First Lady tu. Manis dan bersopan pula mengenakan selendang dan memakai baju kurung. Berbeza dengan orang yang menggelakan dirinya First Lady yang gedebab tu. Berbeza juga dengan Opah Sharizat yang pakai tudung yang nampak macam nak jatuh tuu!!

Tanpa Nama berkata...

NINDA IZAT LAGI TERUK... BIBIR MERAH MENYALA... DAH BERKEDUT PUN BIBIR TU... KALAU ALLAH AMBIL NYAWA MASA BIBIR TENGAH MERAH MENYALA.. AGAKNYA MACAM RUPA SIAPA YA... HAN... HAN.. HANG... 2... TAKUT LAH....