Orang Islam boleh laksana hudud: Seng Giaw
DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud kerana ia adalah perkara yang tidak disenangi oleh orang bukan Islam dan Barisan Nasional (BN) diminta tidak mengeruhkan perhubungan DAP dan Pas berhubung perkara ini.
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, orang Islam boleh menggunakan dan melaksanakan hukuman ini, manakala orang bukan Islam mempraktikkan hukuman yang ditetapkan kepada mereka mengikut undang-undang yang dipersetujui bersama.
“Orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hukuman berkenaan hanya dijatuhkan kepada pesalah yang beragama Islam setelah melakukan penyiasatan dengan teliti.
“Hukum hudud adalah isu yang sangat sensitif dan memerlukan perbincangan yang teliti oleh semua pihak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, dalam beberapa dekad ini, hukum hudud disarankan oleh sebahagian individu yang terdapat di dalam parti BN.
Seng Giew berkata, dahulu BN menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan DAP dan Pas. Dan sekarang keadaan kedua-dua parti semakin tenang, kami sudah berjaya mengatasinya.
“Dalam Pakatan Rakyat (PR) isu-isu sensitif dan menyentuh agama dielakkan, umum mengetahui bahawa PR terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya.
Kelmarin, Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan hukum hudud bagi menggantikan undang-undang sivil adalah cara terbaik untuk menangani masalah jenayah dan sosial yang semakin berleluasa. -SH
Ulasan GB
Satu kenyataan terbaik daripada pemimpin DAP yang tidak beragama Islam.
Kita berharap ia dapat menjernih kekeruhan yang ada dan mententeramkan sdra Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang vokal menentang hudud.
Nothing to be afraid of because hudud is only for muslims unless the non-muslims themselves agree to be abided by the Islamic law.
Dan kita berharap mereka yang bukan-Islam di dalam Pakatan Rakyat akan belajar memahami sedikit demi sedikit hudud yang diperjuangkan PAS kerana yang bukan Islam juga sepatutnya menyokong hudud supaya semua pemimpin UMNO BN yang korup dan rasuah tidak akan terlepas daripada dihukum dengan dipotong tangannya sekalipun kebanyakan mereka berjaya meloloskan diri di celah-celah rekahan undang-undang sekular. (p/s itu sebab mengapa UMNO cukup takut dengan hudud!).
Oh ya, tentang kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan, berkata: "PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai", saya memandang ia kenyataan dari seorang "budak" yang tidak faham agamanya sendiri.
Kepada Nik Nazmi, saya nasihatkan hampirkan dirimu dengan membaca Al-Quran dan menuntut lebih dalam lagi di bidang agama. Perkataan anda bukan sahaja menguntungkan UMNO, tetapi boleh menjejaskan pengucapan dua kalimah syahadat anda sendiri. Mengikut kitab-kitab dari ulamak muktabar seperti Said Hawa menjelaskan perkataan-perkataan yang meragukan hukum Islam boleh membawa kepada murtad. Mestika Hadith terbitan Jabatan Perdana Menteri sendiri, ada menyebut beberapa contoh kata-kata yang boleh membatalkan iman seseorang atau yang boleh menjadi murtad iaitu:
Kata-kata (menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti :
• Hukum apa ini ?
• Hukum ini sudah lapuk.
• Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan.
• Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong).
• Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?
• Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya.
• Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.
• Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju.
• Seseorang berkata,"Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
• Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah.
• Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.
Itu baru ungkapan yang contoh kata-kata yang boleh menjadi murtad. Dan Nik Nazmi pula menyatakan "mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai" seolah-olah merendahkan usaha perjuangan Islam yang diarahkan oleh Allah dan RasulNya. Setentunya kesalahannya itu lebih besar lagi.

5 ulasan:
DAP mesti mendisiplinkan karpal singh. Mengapa dia masih tak faham konsep pelaksanaan hukum hudud? Bab undang-undang negara habis diketahuinya tapi bab hudud karpal bangang. Karpal, sila rujuk kenyataan Teng Seng Giaw. kalau tak faham lagi, kamu sebenarnya adalah musuh PR.
Salam,
Kita semua sebagai Muslim kena yakin akan hukum-hukum Allah. Tapi ramai juga Muslim disini yg kurang berkeyakinan, ialah apa tidaknya, bertahun2 belajar dlm sistem sekular.
Muslim yg berkeyakinan kena lah bersabar meyakinkan Muslim (bunyinya pelik tapi benar atas sebab diberi diatas) dan juga bukan Muslim.
Assalamualaikum!!
Apa yang Greenboc tulis tu kalau nak detail lagi ialah dalam Mustika Hadith Rasullah S.A.W muka surat 262-263. Aku belajar guna kitab ni tahun 1984.Sekarang tak tahu samada kitab ni ada jual atau tidak lagi. Kalau Nik Nazmi nak, aku boleh photostat bagi dia.
Sekian
sila baca kenyataan Nik Nazmi
http://www.facebook.com/notifications.php#!/notes/nik-nazmi-nik-ahmad/isu-syariah-pendirian-jelas/429383268325
kita tak boleh salahkan mereka yang bukan islam tidak setuju dengan hukum hudud ni.. kerana hukum hudud ni adalah untuk orang islam shj. perkara ini telah dipolitikkan oleh orang umno bee end aje. bukan islam tidak faham dan sepatutnya kita sebagai umat islam wajib memberi kefahaman tentang hukum hudud. lagipun sekarang ni.. yang terlalu banyak menghadapi masalah sosial ialah orang2 melayu yang mengaku mereka beragama islam... inilah namanya bala yang telah diberikan oleh Allah kerana umno bee end sejak berapa dekat lalu cuba mempersendakan hukum hudud... setiap kali pilihanraya mereka akan menggunakan perkataan.. pilih pas nanti kena potong tangan... nanti di malaysia ni ramai lah yang tak ada tangan... dan sekarang ni semakin menjadi2 masalah buang anak dan macam2 lagi... bunoh, rogol, samun, ragut, rasuah, dan semua agensi kerajaan pula menggunakan undang2 yang mereka cipta sendiri... sehinggakan hukum Allah ditolak 100% oleh umno bee end. MAKANYA MARILAH KITA SAMA2 SEBAGAI UMAT YANG MENGAKU BERAGAMA ISLAM MEMBERI PENERANGAN YANG SEJELAS2NYA KEPADA JIRAN2, RAKAN2 SEKERJA, SAHABAT DAN SESIAPA YANG YANG KITA KENALI YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM TENTANG HUKUM HUDUD NI KEPADA MEREKA. HANYA INILAH SAJA PERJUANGAN KITA DEMI UNTUK MEMPERTAHAN ISLAM INI SAMADA UNTUK DUNIA DAN TEMPAT YANG KEKAL ABADI KITA DI AKHIRAT KELAK.... DAN KITA JUGA JANGAN MUDAH MELATAH BILA UMNO CUBA UNTUK MELAGA2KAN KITA DENGAN PKR DAN DAP.. KITA KENA BERTENANG DAN MUHASABAH DIRI.. KERANA INI SEMUA ADALAH UJIAN ALLAH UNTUK MENILAI HATI BUDI KITA.. YANG SEMEMANGNYA ALLAH LEBEH MENGETAHUI APA YANG TERKANDONG DALAM HATI KITA .... SAMA ADA PERJUANGAN KITA INI IKHLAS KERANA ALLAH ATAU SEBALIKNYA... FIKIR2KAN LAH.....
Catat Ulasan