27 Ogo 2010

Nong Chik Terlalu Desperate, Isytiharkan 15 Orang PKR Sertai UMNO

Ketua PKR Bukit Bintang, 15 ahli sertai Umno

Ketua bahagian PKR cabang Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan (WP) Mahmood Abdullah bersama 15 ahli yang sebahagian mereka adalah anggota jawatankuasa cabang berkenaan hari ini mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno, berkuatkuasa serta-merta.

Borang menyertai Umno itu diserahkan kepada timbalan pengerusi Umno WP Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta disaksikan ketua penerangan Umno WP Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah dan ketua Umno bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee.

Mahmood berkata keputusan keluar parti itu dibuat tanpa adanya rasa benci atau rasa tidak puas hati terhadap sesiapa sebaliknya ia diputuskan demi untuk mengukuhkan bangsa Melayu dan agama Islam yang secara konsisten diperjuangkan Umno.

"Tujuan kami kembali kepada Umno adalah kerana yakin dengan fokus perjuangan yang dibawa presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempunyai agenda perjuangan yang tidak berubah-ubah berbanding PKR.

"PKR mempunyai pelbagai agenda dan matlamat...tidak fokus. Sebagai orang Melayu yang duduk dalam PKR saya rasa bersalah," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan borang di Pejabat Perhubungan Umno WP di Kuala Lumpur.

Katanya selepas mencatat kejayaan cemerlang semasa pilihan raya umum (PRU) 2008, segala kepincangan dalam perjuangan parti itu mula ketara dengan dihujani pelbagai masalah.

"Saya tak menyesal menyertai PKR tetapi berada di dalamnya, khususnya selepas PRU lalu membuatkan saya gelisah," katanya dan menambah lebih 200 lagi anggota parti itu akan menyertai Umno selepas Aidilfitri ini.

Ditanya apakah tindakannya itu didorong oleh pemilihan barisan kepimpinan PKR Sept ini, Mahmood berkata ia tidak langsung berkait kerana jawatan ketua bahagian Bukit Bintang yang disandangnya sejak tiga tahun lalu langsung tidak dicabar. - Bernama

Ulasan GB

Selepas GB mengeluarkan satu tulisan bertajuk "Nong Chik, Kamu Wakil Rakyat Mana?", keluar pula berita dari agensi berita Luncai BERNAMA menyatakan 15 orang ahli PKR menyerahkan borang UMNO kepada Nong Chik yang merupakan timbalan pengerusi Umno WP.

Kasihan sungguh kerana dah desperate sangat Nong Chik, dan juga BERNAMA, sehingga terpaksa mencari da membuat berita yang cuba menonjolkan populariti Nong Chik yang lansung tidak ada integriti untuk menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Sekadar berstatus Senator yang tidak dipilih oleh rakyat tetapi ditonjolkan oleh Najib selaku PM.

15 orang sajakah? Sedangkan jumlah pengundi Bukit Bintang ialah 65112 orang!

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 Fong Kui Lun mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Datuk Lee Chong Meng dengan majoriti sebanyak 14,277 undi. Beliau memperolehi 26,811 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,314 undi.

Jika pun benar 15 orang menyeberangi UMNO, Nong Chik belum boleh bermimpi apatah lagi berangan untuk merampas kerusi Bukit Bintang dari Pakatan Rakyat.



4 ulasan:

matlipat berkata...

Menteri yang entah datang dari mana ni,begitu desprate nak tunjuk kebolehan dan kuasa dWP.Orang WP pun tak tahu dari cawangan dan bahagian mana mangkok hayun ni datang.Menteri yang diperacut dari langgit biasanya tak ada base dan tak ada pengikut.Dia ni sekarang sedang mencari pengikut dan tapak untuk bertanding pada PRU ke13.Biar dia masuk gelanggang,nanti kita tibai dia.

Tanpa Nama berkata...

'mengukuhkan bangsa Melayu dan agama Islam yang secara konsisten diperjuangkan Umno.'
nak tergelak la pulak... rasa macam nak pecah perut aku bila baca keratan diatas... bila masa agaknya umno ni mengukuhkan bangsa melayu dan agama islam... memangnya orang2 yang yakin dengan perjuangan bodoh umno ni pun biol jugaklah namanya... islam umno ni yang aku tau yang haram dihalalkan dan yang halal diharamkan.... APA PUNYA BINGONG LAH ORANG2 YANG MENGAKU IKUT UMNO KERANA NAK PERJUANGAN UNTUK MELAYU DAN ISLAM... MEMANG BAHLOL KO ORANG NI...

kembara putih berkata...

Siap ada lintas langsung dari Bernama Radio lagi. Ingatkan siapa, rupanya yang dah 2 tahun tak aktif dalam parti. Ingatkan beratus2, rupanya 15 org je, tu pun tak tahu sapa2, entah ahli UMNO yang menyamar ke.

Memang UMNO betul2 terdesak.

Martoiriat berkata...

Adakah untuk penyatuan bangsa melayu kita harus menyertai Umno? Apakah hanya menyertai Umno Melayu akan bersatu? Saya yakin sampai kiamat pun melayu tidak akan bersatu memandangkan ada dua parti melayu yang berbeza dasar perjuanganya. Satu Parti dasarnya memperjuangkan Islam dan satu parti sebagaimana Umno dasar perjuangannya sekular dan penting duniawi.
Adakah Umno benar-benar pembela melayu? Tuhan telah berikan kita akal dan fikiran maka fikir dan nilai sendiri samada perjuangan Umno benar atau tidak.Mereka bukanlah pembela orang-orang melayu, malah mereka adalah pengkhianat kepada orang-orang melayu.Contohnya saham bumiputra yang bernilai 50 billion sebagaimana kata Anwar, diangkut dan diberikan pada kroni-kroni, begitu juga dengan projek dan tender. Pemimpin2 mereka juga perasuah yang tertinggi. Jika kita menyertai Umno samalah juga kita merestui tindakan jahat itu.
Justeru itu jika ada golongan manusia yang menyertai Umno, mereka tidak gunakan akal dan fikiran memilih parti yang munafik dan pembelot.Hanya rakyat yang cerdik, gunakan akal dan fikiran tidak akan memilih Umno sebagai wadah perjuangan politiknya. 15 orang yang menyertai Umno ini hanyalah orang yang tidak berfikir. Mereka hanya manusia yang pentingkan diri sendiri.