Adakah Saiful ada hubungan sulit dengan DPP?
Peguam bela Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kepastian daripada pihak pendakwaan sama ada ‘ya’ atau ‘tidak’ Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Farah Azlina Latif mempunyai hubungan sulit dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan.
Demikian menurut Sankara Nair yang mendesak jawapan balas daripada Peguam Cara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berhubung dakwaan cinta itu yang telah dikemukakannya 26 Julai lalu.
Menerusi surat itu, Sankara menggariskan tiga permintaan penting memandangkan satu penerbitan secara meluas diterbitkan sebuah portal online bertajuk "Sodomy II prosecutor faces chop amid ‘affair’ allegation".
Kedua melalui penerbitan itu juga ia memberi implikasi serius terhadap integriti pasukan pendakwaan ekoran sebahagian mereka mempunyai capaian kepada maklumat-maklumat sensitif yang tidak boleh didedahkan kepada Saiful.
"Malah jawapan Yusof pada 22 Julai lalu dalam penerbitan itu mengundang pelbagai spekulasi apabila wujud jawapan yang tidak jelas dan tegas," katanya.
Ketika ditanya mengenai pengguguran Farah Azlina yang diumumkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail semalam, beliau nyata tidak menerima keputusan itu.
"Saya tidak dapat terima keputusan Peguam Negara itu sebab menjadi keutamaan adalah untuk Datuk Mohd Yusof memberi jawapan balas kepada surat kami itu.
"Nak ketepikan Farah Azlina bukan menjadi hal tetapi ia bergantung kepada jawapan pihak pendakwaan sama ia atau tidak wujud hubungan itu sehingga menimbulkan spekulasi.
"Dengan keputusan itu membawa lebih banyak spekulasi mengenainya. Mungkin ada kebenaran di sebalik perkara itu," katanya yang dihubungi Free Malaysia Today.
Peguam Negara mengesahkan semalam bahawa Farah Azlina Latif digugurkan daripada pasukan pendakwaan dalam kes liwat itu serta dari bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara.
Langkah itu katanya susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai "hubungan romantis" dengan saksi utama kes tersebut, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008.
Mohon tangguh perbicaraan
Dalam perkara berkaitan, pihak pembelaan mohon penangguhan kes dijadualkan 2 Ogos ini sehingga keputusan berhubung rayuan Anwar mendapatkan laporan perubatan dan bahan bukti diberi.
"Kami akan mohon penangguhan sehingga Mahkamah Rayuan beri keputusan sama ada rayuan kami berjaya atau sebaliknya.Bagaimana kita mahu meneruskan prosiding sedangkan mahkamah belum membuat keputusan?" soalnya.
"Ini akan menyusahkan pihak pembelaan kerana tanpa laporan itu bagaimana kami boleh meneruskan perbicaraan.
"Maka kami akan minta penangguhan sehingga keputusan daripada Mahkamah Rayuan diberi," jelasnya.
Tambahnya lagi, Pendaftar Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam telah menghantar surat yang memaklumkan permohonan rayuan itu ditetapkan 6 Ogos depan.
Anwar yang didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008. -FMT

5 ulasan:
Jika RPK tuduh berzina maka ia layak dihukum qazaf.
apa komen tuan blog?
Nak bercinta ke, berkasih sayang ke, harap nanti jangan buang anak depan rumah aku sudah.
takut engko yang buang anak kembara putih,
kepada p,perang cb,nampaknya hang tak gheti hukum syarak dan hukum adat,qazaf dikenakan keatas oghang yg membawa kes kemahkamah tampa bukti/saksi yg adil,kalau tuduh menuduh diluar mahkamah dinamakan fitnah,dalam islam fitnah lebih besar dari membunuh,olih itu jauhilah diri dari fitnah.
mcm2...lps 1...1 kes...apa dh jadi ni?
Catat Ulasan