Syabas mahu saman Selangor berhubung isu air
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Selangor untuk menuntut pampasan kerana menangguhkan pelarasan tarif air.
Ketua Pegawai Operasinya Datuk Lee Miang Koi berkata, sehingga hujung tahun ini, pampasan yang perlu dibayar kepada Syabas dijangka mencecah RM1 bilion.
“Syabas akan tuntut pampasan, kami sedang menimbang untuk ambil tindakan undang-undang, ikut perjanjian konsesi kami memang berhak ambil tindakan undang-undang,” katanya ketika menjawab satu soalan yang dikemukan pada majlis Wacana Intelek Negara anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Memorial Tunku Abdul Rahman di sini malam tadi.
Beliau berkata Syabas sudah menghantar tuntutan mengenai pampasan itu bagaimanapun sehingga sekarang, masih tiada maklum balas dari pihak kerajaan negeri.
“Tarif air perlu diselaraskan supaya dapat perolehan untuk bayar hutang yang dipinjam bagi meningkatkan mutu perkhidmatan air. Dengan penangguhan pelarasan dan pembekuan program Capex oleh kerajaan negeri, taraf perkhidmatan air akan merosot,” katanya.
Lee berkata Syabas juga terpaksa membayar sebahagian bil untuk dibayar kepada operator loji air walaupun mengikut perjanjian, Syabas harus membayar sama rata.
Menurutnya akibat penstrukturan semula air yang tidak dimuktamadkan, Syabas turut mengalami beberapa masalah dalam operasinya, termasuk sukar mendapat dana dari bank kerana syarikat itu tidak tahu hala tujunya.
“Sejak kerajaan negeri Selangor ambil alih, Syabas menyuarakan beberapa isu dan masalah tetapi tiada maklum balas dari kerajaan negeri sebab mereka kaitkan isu itu dengan penstrukturan semula.
“Mereka nak lihat Syabas tak berjaya dan boleh ambil alih dengan harga yang murah, walaupun terdapat pelbagai kekangan, Syabas masih perlu beri perkhidmatan kepada pengguna,” katanya.
Lee berkata bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka akan menghadapi kekurangan menjelang 2012 hingga 2014 dan jika tidak diuruskan dengan baik, besar kemungkinan kekurangan itu akan berlaku lebih awal.
“Sekarang hanya ada rezab 240 juta liter sehari atau 5.9 peratus daripada keperluan harian, selain dari penggunaan purata, ada keperluan puncak seperti perayaan serta musim panas, dan jumlah 5.9 peratus tidak mencukupi untuk menampung ketika waktu puncak.
“Enam bulan lalu, penggunaan air meningkat empat peratus, jika dibandingkan dengan rezab yang ada, dalam masa setahun enam bulan rezab air akan habis dan akan mengalami kekurangan bekalan air,” katanya.
Sementara itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan menggalakkan pemilik kenderaan bernombor pendaftaran asing untuk membeli petrol RON97 yang tidak bersubsidi.
“Lepas ini, mereka datang beli RON97 lagi banyak lagi negara untung kerana (minyak ini) tiada subsidi,” katanya. — Bernama
Ulasan GB
Kerajaan Negeri Selangor perlu tegas. SYBAS perlu dirampas dan distrukturkan semula. Tidak boleh dibiarkan pegawai-pegawai SYABAS bertindak lebih sudu dari kuah.
Rakyat di belakang kerajaan negeri di dalam isu air. Pegawai SYABAS yang degil, keras kepala, ego dan berkepentingan perlu digugurkan dan diambil tindakan undang-undang agar mereka dapat disumbat ke dalam penjara.
Mana-mana anak syarikat yang enggan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri tidak sepatutnya dibiarkan menjadi trojan kepada UMNO BN untuk menghancur PR.
Dewan Undangan Negeri perlu membahaskan isu SYABAS dengan lebih berkesan agar rakyat Selangor seluruhnya memperolehi menafaatnya.

10 ulasan:
mcm mana kerajaan negeri selangor nak rampas syabas, sedangkan syabas memang kerajaan negeri selangor yang punya.
30% saham syabas memang kerajaan negeri selangor yang punya melalui KDEB.
sepatutnya kerajaan negeri kena bersama-sama dgn syabas cari jalan penyelesaian yang boleh menguntungkan semua pihak dan tidak membebankan rakyat.
jangan biar agenda politik menguasai dan mempengaruhi kita.
Saya faham maksud GB, iaitu kerajaan Selangor MESTI mencari jalan untuk menguasai SYABAS.
Kuasa perundangan negeri mesti dilakukan sekarang untuk mengawal anak-anak syarikat yang kerajaan negeri ada kepentingan sebelum SYABAS menjadi anjing yang makan tuan.
Sekalipun kerajaan Pusat cuba untuk melakukan dengan apa cara sekalipun bagi memboloti hasil mahsul kerajaan negeri Selangor termasuk konsesi air, namun jika kerajaan Selangor tegas dan tau apa yang hendak dilakukan, tidak semudah itu SYABAS boleh menggertak dan mengugut kerajaan Selangor.
Rakyat tetap di belakang kepimpinan MB Selangor!
kerajaan selangor kena berusaha supaya syarikat syabas tidak melakukan sewenang2nya dan ikut telunjok umno bee end yang hampeh tu... apa yang telah terjadi kepada pakatan rakyat di Perak jangan berulang lagi di Selangor pulak... BERHATI2 DENGAN KERJA JAHAT YANG TERLALU BANYAK TELAH DILAKUKAN OLEH PUAK2 UMNO NI... KEPADA RAKYAT. BERDOA LAH KERANA HANYA ALLAH SAHAJA YANG BOLEH MENGHANCURKAN UMNO DAN BEROK2 NYA
SYABAS memang barua UMNO, sebab tu UMNO swasta pada kroninya, tumbangkan kerajaan BN PRU13
Selagi Bn menguasai putrajaya lagi mampus rakyat denga syabas, saman ekor dll
Syabas kepada rakyat selangor yang memilih PR..maka apabila PR dipilih menerajui kerajaan Selangor, terbukalah peluang rakyat untuk menilai sendiri prestasi Pakatan Rakyat..Isu SYABAS, pasir dan berbagai lagi isu yang ditimbulkan terhadap kerajaan negeri merupakan peluang buat PR membuktikan iltizam mereka dalam membela nasib rakyat..
begitulah dasar pengswastaan BN, hanya swasta kepada orang UMNO. walaupun tak tahu berniaga
Selagi Bn menguasai Putrajaya nasib rakyat terus terabai , koperat didahulukan..
SYABAS alias UMNO memang penindas rakyat
aku pun pening gak memikir nya...camna syabas boleh naikkan rega air jika syer nya tak setju...?
kan kah kerajaan selangor ada syer nya...ni macam cakap politik jee...!
kalau boleh biar lah syarikat melayu yg uruskan air ni...bukan apa..air tu kan nak buat air sembahyang...risau lah jika non muslim pegang..!
Catat Ulasan