PAS Selangor nafi bincang kerjasama perpaduan Melayu dengan Umno
PAS Selangor menegaskan ia tidak menjalin kerjasama perpaduan Melayu dengan Umno walaupun ada pihak mendakwa ketuanya Datuk Dr Hasan Ali telah mengadakan pertemuan dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria Mei lalu.
Sehubungan itu, Ketua Penerangannya Roslan Shahir (gambar) berkata beliau hairan bagaimana permainan politik Umno boleh menjerat dan memerangkap sebahagian pemimpin PAS sehingga akhirnya terdorong untuk menembak sesama sendiri sedangkan musuh gegak-gempita gembira tanpa sebutir pun peluru mereka terlepas.
“Telahan dan mainan pihak tertentu menjadi modal untuk membunuh sesama sahabat. Ini membuat kita berfikir Umno sahajakah yang beragenda atau sesama kita pun ada agenda cantas-mencantas?” kata beliau dalam tulisan blognya.
Katanya, PAS bersedia menjadi galang-ganti kepada Umno jika ia ditolak oleh orang Melayu di Selangor.
“Terbaru Ahad lepas saya ke Tanjong Karang, membentangkan kertas kerja, bagaimana kita berharap saki-baki 12 kerusi Umno termasuklah Sg. Burong yang ditandingi PAS dapat ditawan,” katanya.
Malah kata beliau pihaknya telah mengadakan mesyuarat dwimingguan Majlis Pakatan Rakyat Negeri Selangor di mana pelbagai isu strategik dibincangkan.
“Mesyuarat dipengerusikan oleh (Menteri Besar) Tan Sri Khalid dan berjalan mesra dan lancar.
“Tiada pun isu “perpaduan Melayu”, “kerjasama Umno-PAS”, “Harusaani” dibincangkan kerana saya yakin kawan-kawan semua tidak langsung terpesona dengan agenda lapok Umno. Buang masa saja,” kata Roslan lagi.
Ekoran pendedahan Harussani bahawa ada pemimpin Umno-PAS menemui agar menjadi orang tengah, muncul cakap-cakap bahawa pemimpin PAS yang menemuinya ialah Hasan iaitu Pesuruhjaya PAS dan Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Hasan kembali dari luar negara malam tadi.
Katanya, “cukup-cukuplah kita bersengketa sesama sendiri dan PAS Selangor tidak berminat kerjasama dengan Umno,”
“Malah kalau benar pun mahu kerjasama boleh masuk logik akal mereka yang celik politkkah? PAS ini satu organisasi besar bukan milik PAS Selangor, macam mana kalau benar mahu kerjasama PAS Selangor sahaja yang kerjasama... kematangan perlu mengatasi diri, jika tidak orang hilang hormat pada kita walaupun kita bergelar yang berhormat.
“Sekarang isu yang perlu ditanya adalah sumbangan kita ke arah memantapkan jemaah. Sumbangan kita ke arah memperkasakan Pakatan Rakyat. Sebuah akhbar Mandarin hari ini melaporkan DAP dan PAS Selangor mendahului parti-partilain termasuklah Umno dalam gerakan mendaftarkan pengundi baru.
“Biarlah kerja pecah-belah ini dimainkan oleh Umno. Parti Islam tidak pernah mentarbiyahkan ahlinya untuk jadi begitu,” katanya lagi.
Mengenai dakwaan Hasan telah menemui Harussani, Roslan berkata: “Apa pun saya tiada jawapannya. Orang yang didakwa itu berada di luar negara, insy-Allah pulang malam ini.”
“Dan, biarlah beliau menjelaskan, beliau bukan orang baru dalam politik. Saya yakin ramai sudah tahu jawabannya,” katanya.
Ulasan GB
GB tak mahu ulas panjang bab ini lagi. Sekalipun banyak perkara yang belum terjawab.
Cuma ada yang masih bermain di kepala kebanyakan ahli-ahli PAS, bagaimana isu ini timbul jika tidak ada angin yang bertiup. Ia didedahkan oleh Mufti Perak itu sendiri dan sekalipun tidak dipastikan samada yang bertemu itu Hassan Ali atau pun bukan, yang nyata tiada penafian dari batang tubuh orang yang dispekulasikan. Orang lain pula yang menjawabnya. Dan isu ini bukan dari UMNO tapi dari perbuatan pemimpin PAS negeri Selangor sendiri.
Mungkin Roslan SMS terpaksa membela bosnya, kerana jawatan Ketua Penerangan PAS adalah lantikan Pesuruhjaya PAS Negeri.
Ingat, siapa yang mula-mula memecah-belahkan PAS selama ini JIKA bukan dari mereka yang mempelupori gagasan UG? Siapa yang mula-mula menikam rakan jika bukan PJ Selangor sendiri yang memecat Khalid Samad dan Shaari Sungip dari Dewan Harian PAS Selangor? Siapa yang menggantung jawatan YDP Shah Alam dari jawatannya jika bukan dari Pengerusi Disiplin parti yang amat dikenali sebagai seorang pembawa fikrah UG?
Benar Parti Islam tidak pernah mentarbiyahkan ahlinya untuk berpecah-belah tetapi siapa yang sebenarnya yang memecah-belahkan parti selama ini jika bukan kamu puak-puak UG?
Persoalan siapa yang mencemarkan maruah parti dengan menerima sponsorship dari SYABAS - sebuah syarikat yang UMNO mempunyai kepentingannya - di dalam Muktamar ke 55 di Shah Alam tahun lepas masih berlum terjawab. Itu belum dibongkar habis-habisan dan Ketua Penerangan PAS Selangor yang terlibat masih membisu. Ingat, selama ini semiskin-miskin PAS, kita bermuktamar 100% wang dari keringat dan airmata ahli PAS sendiri, bukan dari wang UMNO! Tetapi PAS Selangor mencemarinya dan memalukan ahliu PAS dengan menggantung banner SYABAS di sepanjang muktamar berlansung untuk memalukan Menteri Besar Selangor dan PKR yang menjadi rakan utama PAS di dalam Pakatan Rakyat yang pada ketika itu dan ini sedang berjuang habis-habisan dengan SYABAS. Bebal sangatkah untuk PAS Selangor memikirkannya?
Roslan bertanya: “Sekarang isu yang perlu ditanya adalah sumbangan kita ke arah memantapkan jemaah. Sumbangan kita ke arah memperkasakan Pakatan Rakyat?
Anda ingat anda seorang sajakah yang memberi sumban? Kami tahu anda telah kaya raya, tidak seperti dulu-dulu.
Tetapi kami para blogger yang miskin-miskin, insyaAllah, lebih ke depan dan istiqamah di dalam memberikan sumbangan ke arah memantapkan jemaah selama ini. Tanpa blogger, persoalan UG tidak terbongkar dan mungkin PAS telah lama hanyut bersama UMNO. Kami blogger lebih ke depan dan istiqamah di dalam memperkasakan Pakatan Rakyat dengan tidak pernah mengkhianati PR, tidak seperti mereka yang dikaitkan dengan UG, pepat di luar rencong di dalam!

14 ulasan:
Elok blogger diam sajelah....
mereka yg menyokong hassan ali ni adalah bekas puak UG yang lidahnya bercabang lapan 18...
depan ahli pas cakap lain, dengan umno cakap lain, dgn pkr cakapnya lain, dengan dap cakapnya lain juga..
bila dah tersepit, mereka kata tak suka umno, sdgkan merekalah dulu orang yang masuk dlm kelambu umno
munafik paling hebat...
Roslan Shahir tak payah susah payah nak bela Hassan Ali.Ahli-ahli PAS Selangor memang kenal siapa Roslan dan amat maklum akan hubungannya dengan Hassan Ali.Sejak tak jadi S/U Akhbar Presiden,sudah kurang buka mulut dan buat kenyataan.Itu lebih baik dan rasional.Duduk diam-diam lebih baik dari buat kerja menegakkan benang basah.Pepatah Inggeris ada menyatakan:Speech is silver,silence is golden.
Inilah politik puak2 UG... bila tersepit mulalah mengatakan PAS Selangor tak terbabit. Kita pun tak kata PAS Selangor terbabit... yang kita sebut ialah ada pemimpin PAS terbabit... siapakah itu? Kenapa individu tsb tak menafikannya!
seelok2nya pecat ja ahli2 pas yang terbabit dengan idea UG ni.aku dari dulu lagi tak suka dengan hasan ali ni.talam dua muka..
sbnrnya dh mls nk komen psl Untrusted Government a.k.a UG ni..komen dn harapan blogger2 hanya kan terlaksana BILA PRESIDEN LEBIH TEGAS DENGAN PENDIRIAN PARTI..isu ini xkn lenyap jika pimpinan atasan sendiri turut sama menari bila lagu dimainkan oleh musuh..
salam,
memang PAS Selangor tak jumpa Harussani, tapi Dr. Hassan Ali....dah tak de ke ulama kat negeri perak or dlm pimpinan PAS pusat or mantan pimpinan yg bolih dia rujuk bab2 agama dan perpaduan melayu ni..kenapa mesti Harussani..
minta pimpinan tertinggi ambil tindakan segera...!!!
Ada juga penyokong dan ahli pAS yg bodoh no..termasuk GB...org Pas ni tak boleh nak berjumpa dan bersembang dengan orang UMNO langsung ka...member2 aku berlambuk aihh org UMNO...hampa duk kalut apa...GB pun satu hang syok no,,cerita macam ni...kalau hang berani p tanya Hassan Ali sendiri..ambik kenyataan dia..kalau hang org bijak reaksi Hassan Ali cakap pun hang boleh tau dia nak tipu ka tidak...kalau setakat hang pun ambik berita dari sumber lain, aku ingat tak berapa smart la...
jagan jumpa harussani lagi la mufti ni cenderong sokong umno.. umno dasarnya sekular..TG nik aziz dah cakap..
Lepaih ni...org PAS jgn p jumpa org UMNO pasai dasar depa sekular,,,mgkn mcm tu,,niat shbt kat atas tu...UMNO bkn Harusani sorang saja cik abang oii...kat Parlimen lepaih MP PAS dgn group PR saja lah nampaknya...nak kempen pun kat org PAS sudah la...
Anon 2.57
Tak kebulur jika tak temu UMNO
Berapa ramai pemimpin PAS yang dah ziarah ahli-ahli PAS sendiri?
Pecat saja Hassan Ali dan Roslan SMS. Jangan tunggu mereka buat hal 2-3 hari menjelang PRU nanti. Orang yang makan duit Syabas ni patut dihumban keluar. Duit sponsor dari Syabas pun tak tahu nak beza halal haram ke, semua bedal je.
hassan ali sudah terpalit dengan kerja2 yang mencemarkan pas. fullstop. harussani sudah terpalit dengan usaha2 mewujudkan kerajaan perpaduan (ug) di perak selepas pru 12. fullstop. buatlah analisis dari segi politik. ia bukanlah sangat masalah perpaduan melayu. kalau benar, kenapa semasa kuat, umno tidak pernah menyebut mengenainya? pas sudah terima akibatnya selepas menyahut jemputan umno menyertai perikatan. bilakah jemputan itu dihulurkan? bila pula perpaduan melayu dimuliakan umno? kedua2 situasi adalah apabila kedudukan umno sudah goyah. ini politik. umno parti politik. pas parti politik. juswteru setiap tindakan perlu diteropong dari segi politik. siapa dapat untung dengan perpaduan melayu. itulah perkiraan politik.
mereka2 yang membela hassan ali dan yang sebulu dengannya akan terus berbuat demikian kerana perjuangan mereka tidak mendasari perjuangan pas. melayu itu lebih tinggi dari islam gamaknya...
gb, teruskan dengan perjuangan sdra. mereka boleh cop kumpulan yang menentang mereka dengan apa sahaja. penentuan siapa benar dan siapa salah bukanlah di dunia ini. ulama pun memang sedia maklum bukan satu.
wallahu'alam.
Catat Ulasan