Watak Warak Saiful Akhirnya Terbongkar Hipokrit Jalin Hubungan Sulit Dengan Pendakwaraya
Dakwaan saksi utama kes Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan terlibat dalam hubungan 'romantik'dengan salah seorang anggota pasukan pendakwa menyerlahkan perwatakan dan peribadi sebenar bekas pembantu Ketua Pembangkang tersebut yang menonjolkan imej baik dan warak sepanjang perbicaraan.
Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, sikap hipokrit Saiful itu menguatkan lagi teori bahawa beliau sememangnya terlibat dengan konspirasi untuk menyumbat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam penjara Sungai Buloh bagi mematikan perjuangan Pakatan Rakyat.
"Sebelum ini, kesungguhan pihak pendakwaan dan media memberikan gambaran bahawa Saiful seorang yang kuat sembahyang sehingga 'dahinya hitam' nampaknya tidak benar sekali.
"Dakwaan ini sebenar menunjukkan watak sebenar Saiful yang sebelum ini dikatakan individu yang baik nampaknya menyimpang jauh.
"Selepas ini rakyat akan lebih percaya bahawa tuduhan itu hanya untuk menamatkan karier politik Anwar sekaligus untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," kata beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.
Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin semalam mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan pendakwaraya, sedang menjalin hubungan sulit dengan Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya akan diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.
Sementara itu, Mohd Yusof enggan mengulas sama ada sama ada anggota wanita itu akan digugurkan daripada pasukannya atau tidak.
Beliau kemudiannya menafikan dakwaan tersebut dengan alasan tidak tahu menahu berhubung tuduhan itu.
Walau bagaimanapun katanya lagi, beliau akan berbincang dengan pasukannya itu pada 2 Ogos ini sama ada anggota wanita itu akan dikekalkan bersama pasukannya itu.
Pasukan pendakwaan terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina Latif.
Tambahnya, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.
Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes Fitnah II ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh memperolehi cuti sakit selama dua minggu.
Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Ulasan GB
Kredibiliti kesaksian kes liwat tersebut perlu dicabar. Keterangan Saiful Bukhari sebelum ini di dalam mahkamah sepatutnya tidak diterima kerana ternyata beliau tidak mempunyai kredibiliti dan tidak memenuhi syarat untuk menjadi saksi.

4 ulasan:
janganlah percaya pada tanda hitam di dahi...mungkin ya sebab banyak menonggeng pada juak juak yang balun belakang...ha..ha..ha epul, epul..janganlah mencari dosa kering dengan menfitnah orang lain..rakyat tak percaya dah...terlaknatlah engkau saiful dengan sumpah laknat yang betul betul melaknatkan...
Anugerah pelakon Terbaik paling layak diberikan kepada sepul.. Sungguh hina dan keji.. Memalukan umat Islam.. Kesian ibu yang mengandungkan si sepul ni.. Minta jauhlah kaum kerabat kita dari perangai si sepul ini..
Kalau mana-mana hakim masih percaya cakap manusia macam Saiful ni,tidak keterlaluan dikatakan tak ada bezanya antara hakim-hakim tu dengan Saiful.Gani Patail ada faham.
yang dia pi sumpah jujung quraan tu ambil hukum daghi mana aku pun heghaan padanla puak2 umno semua pakai hukum tu,pasai tu umno ni tak mau hukum islam yg sebenag depa lebih suka pakai hukum otak kepala pasai tu islam depa nama islam hadhari.
Catat Ulasan