Dr Tan : Tidak Gentar Disaman
Bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong langsung tidak gusar apabila namanya diumumkan antara tiga lagi individu yang bakal disaman.
Bercakap kepada Tv Selangor, menurut Dr Tan, sekiranya kes sampai ke mahkamah, maka semakin banyak perkara yang akan terbongkar.
"Sila lah. Saya pun sudah cakap banyak bagaimana Najib aturkan satu mesyuarat sulit di pejabat, pada waktu itu sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada masa itu Pengerusi Felda pun tidak tahu, ketua pengarah pun tidak tahu. Kalau betul-betul melalui cara biasa, sesuatu perubahan plan, mesti mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah bukan? ujarnya kepada Tv Selangor.
Semalam, media melaporkan Felda bakal menyaman tiga lagi individu dari Parti Keadilan Rakyat berhubung kes penyiaran artikel dari Suara Keadilan berjudul "Felda Bankrap".
Mereka ialah Dr Tan, Anggota Majlis Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan Pengerusi Biro Felda PKR, Suhaimi Said.
Pada 1 Julai lalu, Felda bertindak menyaman lidah rasmi PKR itu sebanyak RM 200 juta.
Dalam pada itu, Dr Tan terus mempersoalkan tindakan kerajaan melabur ratusan ribu ringgit dengan sebuah syarikat di Amerika Syarikat yang menggelarkan diri mereka pakar bio-diesel seperti yang didedahkannya sebelum ini.
"Apa kepakaran syarikat Amerika Syarikat dalam bio-diesel yang ada yang kita tidak ada?".
"Dari hari pertama sampai sekarang sudah tiga tahun, rugi, rugi, rugi" tambahnya lagi.

2 ulasan:
kalaulah pehak PR buat saman kepada BN itu kita anggap biasalah,tapi kalau pehak BN yang saman,kita rasa mereka sudah tidah ada jalan untok nak jawap isu berkaitan melainkan gertak untok menarik perhatian rakyat,rakyat sekarang ni sudah celek nampak yg manabaik dan yg mana burok.
najib rasa susah sebab terpaksa cari wang lain untuk penuhkan kembali wang FELDA
Catat Ulasan